Meningkatkan Sistem Imunisasi Tubuh Badan

Keadaan cuaca yang tidak menentu di Malaysia pada masa kini merupakan antara punca kemerosotan kesihatan terutama di kalangan kanak-kanak.. Sistem imunisasi badan kita pula terpaksa bekerja keras untuk menangani keadaan cuaca ini apatah lagi kanak-kanak yang mempunyai sistem imunisasi yang lebih rendah dari golongan dewasa.. Ditambah pula dengan persekitaran dan udara yang dipenuhi dengan toksin menyebabkan sistem imunisasi kita semakin lemah.. Adakah dengan hanya makan ubat mampu mengatasi masalah imunisasi kita atau anda wajib mengamalkan gaya hidup yang sihat?

4 Cara Meningkatkan Sistem Imunisasi

Bagi memastikan sistem imun kita berfungsi pada kadar yang optimum, anda boleh merujuk kepada beberapa langkah berikut:

#1 Makan Dengan Cara Yang Betul

  • Elakkan makan berlebihan kerana boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan
  • Pilih makanan yang mempunyai nutrien-nutrien penting seperti:
    • Vitamin C (contoh: buah-buahan sitrus & brokoli)
    • Vitamin E (contoh: kekacang & bijirin)
    • Zink (contoh: ketam & daging lembu)
    • Bioflavanoid (contoh: buah-buahan & sayur-sayuran)
    • Karotena (contoh: lobak & keladi)

#2 Bersenam Selalu

  • Senaman yang kerap dan konsisten seperti berjalan kaki dan  berjogging
  • Tidak semestinya senaman yang berat, malahan senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik

#3 Tidur Yang Secukupnya

  • Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan badan
  • Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7 hingga 8 jam masa tidur sehari
  • Untuk mematikan anda mendapat tidur yang secukupnya, elakkan daripada minuman berkafeina seperti kopi

20140827_201412_rev

#4 Mengurus Tekanan

  • Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain
  • Luangkanlah masa untuk melepaskan tekanan beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan lain-lain aktiviti yang anda gemari

Kesimpulannya, ubat tidak menjamin kesihatan anda untuk jangka masa panjang tetapi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat anda boleh memiliki kesihatan yang optimum dan lebih sempurna..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s