Simpanan Emas Untuk Masa Depan Anak

Baru-baru ni kami bercadang membuat simpanan emas untuk keperluan pelajaran dan masa depan Mia nanti.. Separuh daripada wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) Mia dikeluarkan untuk pembelian emas dan separuh lagi kami teruskan melabur dalam ASB.. Sebabnya, harga emas dirasakan agak rendah pada masa ini dan kami percaya harga emas akan meningkat dari tahun ke tahun.. Berapakah nilai yang dikatakan rendah dalam pelaburan emas ini sebenarnya? Apakah threshold atau kayu ukuran yang menunjukkan harga emas adalah rendah atau pun tinggi? Ini kerana persepsi dan anggapan individu adalah berbeza-beza..

Presentation1

Pada pendapat saya, sekiranya anda ingin memulakan pelaburan emas, sekarang adalah masa yang amat sesuai di mana harga emas 24k @ Au999.9 berada pada lingkungan lebih kurang RM 140 per gram.. Jadikan pembelian pertama ini sebagai  benchmark harga anda.. Dengan ini, anda dapat memutuskan bagaimana perancangan untuk terus menambah pelaburan emas pada masa hadapan..

Saya dah pun menelefon Public Gold untuk bertanyakan hal-hal berkaitan pembelian dan pelaburan emas.. Semua pertanyaan saya dijawab mesra oleh En. Tony dan saya berikan 5/5 bintang untuk layanan beliau.. InsyaAllah dalam minggu ni kami akan memulakan pelaburan emas pertama keluarga kami.. Walau pun agak terlewat nak mula di usia 30-an, namun saya berpendapat “It’s better late than never”..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s