Khasiat Meal Shakes

Alhamdulillah.. Pada 14 Februari 2011, iaitu genap setahun dari hari persandingan kami (14 Februari 2010), kami dikurniakan seorang anak perempuan yang cukup sempurna dan sihat.. Sejak dari hari kelahirannya, Mia Qaisara sememangnya seorang yang amat aktif dan ceria.. Mia juga amat jarang sekali demam atau jatuh sakit.. Kalau demam pun, masa nak mula meniarap, nak tumbuh gigi atau bila nak dapat ‘kebolehan’ baru, bak kata orang-orang dulu.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana memelihara kami sekeluarga dan memberi Mia kesihatan yang amat baik sekali.. Alhamdulillah, dengan memberi Mia menyusu badan sepenuhnya, saya merasakan amat membantu dalam menguatkan sistem ketahanan badan dan perkembangan otak serta fizikal Mia..

Mia PicsNamun begitu, bagi memastikan Mia mendapatkan khasiat yang secukupnya, saya juga memberi Mia supplement sebagai pelengkap atau makanan tambahan sejak Mia berusia 1 tahun.. Tambahan pula, Mia amat memilih dalam soal makanan.. Apabila makan, sayur-sayuran semuanya ditolak ke tepi.. Jadi, sebagai alternatif, saya memilih untuk memberi Mia 2 jenis supplement iaitu Meal Shakes dan Omega Guard dari Shaklee..

Meal shakes_2

#1 Mengapa saya memilih Meal Shakes Shaklee?

  • Rasa vanilla yang sangat sedap
  • Kaya dengan protein dan kalsium
  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Mengandungi serat untuk kesihatan usus anak
  • Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kacang soya

#2 Siapa yang boleh minum Meal Shakes?

  • Pelajar
  • Kanak-Kanak (1 tahun ke atas)
  • Ibu Mengandung
  • Mereka yang gemar bersukan
  • Mereka yang sering demam/selesema
  • Mereka yang sibuk bekerja
  • Mereka yang sukakan cara pemakanan yang segera tetapi sihat

Perlu diketahui bahawa pengambilan Meal Shakes perlu diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum cukup matang.. Pada pendapat saya, apa jua jenis makanan yang kita makan, perlu dikawal pengambilannya walaupun untuk orang dewasa.. Untuk Mia, saya hanya tambahkan 1 sudu teh Meal Shakes ke dalam minuman kesukaan Mia setiap hari.. Kandungan ini sudah memadai untuk Mia yang masih kecil dan 1 tin Meal Shakes mampu bertahan sehingga 1 bulan setengah sehingga 2 bulan..  Amat menjimatkan, bukan? Setelah berusia 3 tahun, Mia suka meratah Meal Shakes pula..Sebab tu, saya biasanya menyimpan Meal Shakes di tempat yang agak tersorok dan memberi Mia makan mengikut panduan pengambilan khusus yang terbaik..

Anak merupakan anugerah dan amanah Allah S.W.T. kepada kita.. Hargailah dan jagalah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang.. InsyaAllah saya akan memberikan Mia segala yang terbaik dan termampu yang boleh diberikan.. Semoga Mia membesar dengan sihat dan ceria selalu..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s