Tempat Makan Sedap Shah Alam dan Cheras

Entry ni merupakan cabaran hari ke-3 bagi Cabaran 30 Hari Blogging diinisiatif oleh blogger terkenal Shah Alam merangkap sahabat saya iaitu pasangan suami isteri Muhammad Faiz Mohamed Saaid dan Ainul Fadzilah Mustafa.. Walaupun saya dah terlepas cabaran hari pertama dan kedua, saya pasrah dan bertekad untuk menghabiskan baki 28 hari cabaran ni.. Lagipun, saya rasakan ianya sesuatu yang amat bagus untuk saya yang masih baru dalam bidang blogging ni..

10686905_10152713270502838_695878305692464758_nWalaupun saya tinggal agak jauh dari Shah Alam, lebih kurang 20 km jaraknya, tapi saya tetap memilih Shah Alam sebagai destinasi lunch kami sekeluarga terutamanya pada hujung minggu..Sebabnya di sini ada kedai makan ayam kampung terbaik iaitu RESTORAN A. HASSAN AYAM KAMPUNG.. Dengan menulis entry ni sahaja sudah cukup untuk membuatkan saya rasa nak ke Shah Alam hujung minggu ni bersama anak dan isteri, Siti Sarah..

Alamat : Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor..

AyamKgGorengDSC_0979 DSC_0995Semua gambar di atas kredit kepada

http://mrs-ainlaily.blogspot.com/2011/11/ayam-kampung.html

Kalau makan kat sini tak sah kalau seorang tak ambil 2 ketul ayam dan 2 pinggan nasi.. Nasib baik ada set ni..Mia Qaisara pun kadang-kadang boleh habiskan 2 ketul ayam gak.. Nampak je badan kecil, tapi selera makan boleh tahan gak.. Yang bestnya di sini sebab suasana kedai makan yang santai, boleh pilih untuk duduk dalam restoran ataupun di luar sahaja di kaki lima untuk lebih ventilation.. Ayam kampungnya digoreng garing dan dihidangkan panas-panas, memang sesuai dengan selera dan citarasa saya.. Konsepnya di sini ambil makanan secara self-service,  minuman je boleh diorder.. Setakat ni, servisnya sememangnya tidak mengecewakan.. Bagi yang nak lunch di sini, saya syorkan supaya datang awal dalam pukul 11.30 pagi atau selewat-lewatnya 12 tengahari untuk lauk-pauk lain yang panas dan boleh pilih tempat duduk.. Kalau datang dalam pukul 1 tengahari, dikhuatiri anda terpaksa berkongsi meja dengan orang lain pula nanti sebab tempat duduk di sini selalu full-house.. Kalau nasib kurang baik, mungkin anda terpaksa menunggu beberapa minit pula untuk tempat duduk yang kosong..

Masa saya bujang dulu, saya biasanya makan di restoran A. Hassan yang terletak di Velodrome, Cheras..

Alamatnya: Dataran Velodrome, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur..

Rasa makanan bagi kedua-dua kedai ni x jauh bezanya, sama saja cuma saya dah jarang ke Cheras di atas faktor jarak yang jauh dari rumah saya sekarang ni.. Sebenarnya kat Cheras ni lagi feel, sebab suasananya yang lebih ‘kekampungan’, macam makan kenduri.. Kat sini juga, saya pernah menghasilkan rekod peribadi dengan menghabiskan 3 pinggan nasi dan 3 ketul ayam kampung goreng sehingga tak larat nak berjalan..

velodrom01 velodrom02 velodrom05

velodrom06Gambar di atas kredit kepada

http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/10/jom-makan-nasi-ayam-goreng-kampun.html

So, kalau ada rakan-rakan yang nak join kami lunch bersama hujung minggu ni di Shah Alam atau minggu-minggu yang lain, boleh la kontek kami ye..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

2 comments

    • Aah.. memang ada macam-macam lauk.. ketam masak lemak, daging, sotong, ikan-ikan, petai, ulam-ulaman & macam-macam lagi.. cuma kitorang biasa ambik ayam kampung goreng seorang 2 ketul, daging sikit, ulam-ulaman dengan sambal belacan (memang terbaik).. itu je menu kitorang selalunya.. hehe

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s