Sabtu yang lalu, kami sekeluarga tak melepaskan peluang untuk menghadiri Master Coordinators Celebration pasangan Master Siti Farhana dan Master Ahmad Firdaus di Hotel Marriot Putrajaya.. Alhamdulillah, dapat serba sedikit tips-tips kejayaan mereka melalui sesi sharing.. Walaupun kami bukannya di bawah susur galur kumpulan beliau, namun itulah yang bestnya dengan Shaklee, kami semua satu keluarga besar.. InsyaAllah, suatu hari nanti, kami juga akan mencapai title Master Coordinator dalam Shaklee supaya dapat membantu lebih ramai orang..
Jom sertai kami untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan menjadi ahli Shaklee..
On the way pulang dari majlis tersebut, kami sempat singgah di Mutiara Damansara.. Apa yang ada kat sini? Kalau anda jawab ada One Utama Shopping Complex, The Curve, Kidzania dan lain-lain jawapan berkaitan, jawapan anda semuanya betul tapi tak berapa nak tepat.. Sebabnya, antara tempat yang kami sekeluarga paling suka pergi semasa cuti hujung minggu selain ayam kampung A. Hassan, pastinya ke IKEA.. Kadang-kadang bukannya nak membeli sangat pun, tapi just nak menjamu mata dengan konsep dekorasi-dekorasi dalaman rumah yang bagi kami, dirasakan amat ideal dan praktikal sama ada untuk ruang kediaman yang besar, sederhana malahan kecil sekalipun. Amat sesuai untuk sesiapa yang mencari idea untuk mengubahsuai @ makeover kediaman anda.. Sebelum ni, kami juga ada membeli beberapa barangan dari IKEA dan sehingga kini, Alhamdulillah, tidak mengecewakan..
Antara sebab mengapa saya sukakan barangan IKEA (mengikut pandangan peribadi saya):
- Merupakan jenama yang dipercayai dan dikenali ramai
- Konsep hiasan dalaman rumah yang simple tetapi cantik serta menjimatkan ruang
- Kualitinya terjamin, disertakan dengan warranty dari pihak IKEA (untuk sesetengah produk)
- Harga yang berpatutan (berdasarkan kualiti material)
- Ruang showroom yang selesa dan teratur mengikut bahgian rumah
- Mesra pengguna dengan kemudahan surau berhawa-dingin, cafe yang menyediakan makanan western yang sedap dan dilengkapi tandas yang bersih
- Konsep window shopping yang santai (anda boleh mencuba duduk atas sofa, baring-baring atas katil kalau muka tak malu dan membuat pilihan dengan tenang tanpa gangguan dari salesperson yang asyik mengekori anda sepertimana kedai-kedai barangan rumah yang lain)
- Kemudahan meletak kenderaan yang dikawal security guards dan mencukupi dengan bayaran yang berpatutan (Kalau sebelum tahun 2013 dulu, parking adalah percuma sahaja. Sekarang ni, kalau tak silap saya, 2 jam pertama adalah percuma untuk pelanggan yang membuat pembelian barang dan sejam berikutnya tambahan RM 1)
- Mesra kanak-kanak (ada disediakan ruang permainan berbayar untuk anak-anak di samping play gym di cafe dan di showroom bahagian bilik kanak-kanak)
- Kaunter bayaran yang banyak
- Barangannya dibungkus padat supaya boleh dimuatkan dalam kereta anda untuk dibawa pulang dan boleh dipasang sendiri (konsep D.I.Y.) ataupun mengupah IKEA untuk melakukannya untuk anda dengan upah yang berpatutan
- Barangan dengan konsep ‘complimentary each other’
- Antara yang paling saya suka adalah bau barangan IKEA itu sendiri (untuk jangkasamasa beberapa hari, bau rumah anda seperti bau IKEA sekiranya diletakkan barangan atau terutamanya perabot IKEA. For this, u need to own it to feel it)
Dalam ramai-ramai, rasanya Mia yang paling excited tiap-tiap kali kami ke sini..Mana taknya, suka la Mia Qaisara sebab boleh buat macam rumah sendiri.. InsyaAllah ye sayang, tak lama lagi rumah kita akan macam ni jugak nanti..




Ini pula gelagat Mia Qaisara yang setiap hari suka buat ayah & ibu terhibur sangat:
Sebenarnya, ada banyak lagi sebab untuk kami sukakan IKEA.. Kalau nak disenaraikan, sememangnya agak panjang.. Mungkin itu antara faktor yang membuatkan kami sukakan kedua-dua produk IKEA dan juga produk Shaklee.. Ini kerana kami menyukai sesuatu yang ringkas, berjenama dan dikenali ramai tetapi mampu dimiliki, kualitinya yang outstanding dan ianya sesuai untuk seisi keluarga..
“MIAQAISARAH”
017-202 3543
assalamualaikum. selamat berkenalan.bestnya jalan-jalan di ikea ye. tini masih tak berkesempatan lagi nak ke sana. Tapi selalu berangan nak sampai ke sana.Selalu layan katalog je la..
http://qaseh83.blogspot.my/
LikeLike
Waalaikumussalam.. Selamat berkenalan.. Terima kasih sudi lawat blog saya ni.. Semoga ukhuwah berkekalan.. 🙂
LikeLike
Hahahah ikea best.. barang murah.. slalu jugak beli barang ikea untuk deco studio..
pst.. tapi air mineral cap ikea dia mahal.. hahahahha
LikeLiked by 1 person
Btol.. Brg murah & berkualiti.. Senang pasang.. Tp ada jugak brg2 yg mahal, kena pandai pilih & ikut budget sendiri la.. Walaupun air mineral mahal, karipap dgn aiskrim memang sedap.. Hahaha
LikeLike