Sup Sedap Ani Sup Utara (Sebelah Kompleks PERTAMA)

Seringkali kita dengar pepatah “tepuk dada tanya selera”.. Kalau diikutkan terjemahan dari Dewan Bahasa dan Pustaka, maksudnya adalah:

“sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri”..

Sebenarnya, maksud ‘selera’ di atas tu, tiada kena mengena dengan makanan pun.. Cumanya masa kat pejabat pagi semalam, selepas saya tepuk dada sebab batuk, saya rasa teringin pula nak makan kat Ani Sup Utara.. So, misi pada hari tu, saya berazam untuk makan tengah hari dekat Ani Sup yang terletak bersebelahan Kompleks PERTAMA..

Alhamdulillah, masa saya sampai, masih belum ramai pelanggan.. Kat sini disediakan menu pebagai jenis sup yang boleh dimakan sama ada bersama nasi, mee, bihun, koay teow dan sebagainya.. Bubur nasi kat sini pun boleh tahan rasanya.. Saya macam biasa, order Set Nasi Sup Campur Ayam & Daging yang berharga RM 6.30.. So, ini la makanan saya.. Set nasi bersama timun, telur masin dan sambal belacan yang pedas tapi sedap..

IMG20140925123719_1
Set Nasi Sup Ayam Campur Daging (RM 6.30)
IMG20140925124444-1
Sebahagian menu bersama senarai harga..

Kesimpulannya, memang sedap sup ni yang dimakan panas-panas.. Tak sia-sia saya berjalan jauh dari pejabat ke sini.. Alhamdulillah, kenyang..

“MIAQAISARAH’

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s