‘Megathering’ 20 Tahun SDARians 959

10626589_801613293194387_875290157723710633_n
Bunting Megathering 20th Years of Brotherhood..

Sedar tak sedar, rupa-rupanya dah 15 tahun saya meninggalkan alam persekolahan [Form 1 (1995) ~ Form 5 (1999)].. Rasa cepat betul masa berlalu.. Bagi saya, bersekolah di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) adalah one of the best thing ever happened to me. Bila diingat-ingat balik memori di SDAR dulu, memang adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan, best dan buatkan saya ketawa sendirian, rasa macam nak kembali ke zaman dulu.. Walaupun ada jugak kenangan yang kurang manis, tapi semua itulah yang mendewasakan kami semua..

Di SDAR inilah, saya mengenal erti:

  1. persahabatan
  2. kehidupan
  3. berdikari
  4. orientasi
  5. rindukan keluarga di kampung
  6. balik kampung naik bas guna tiket waran
  7. solat berjemaah 5 waktu sehari semalam
  8. membaca yasin setiap minggu
  9. mengatur masa
  10. membaca komik
  11. keseronokan keluar ke bandar pada hujung minggu beramai-ramai
  12. keseronokan panjat tangki air
  13. berkongsi makanan, pakaian dan duit poket
  14. berjimat-cermat
  15. makan maggi
  16. makan sayur-sayuran
  17. minum air sirap panas
  18. mengemas katil
  19. membasuh, menyidai, melipat dan seterika pakaian
  20. menjaga rahsia kawan
  21. kesakitan dilempang, dirotan dan didenda ketuk ketampi secara mengeja
  22. survivor mencari makan di tengah malam apabila perut terasa lapar
  23. menyorok dalam loker apabila lewat turun ke perhimpunan pagi

….dan banyak lagi….

Kat sini, boleh dikatakan hampir setiap hari saya berdoa kepada Allah S.W.T. agar diberi kekuatan dan kejayaan dalam SPM.. Alhamdulillah, saya berjaya jugak akhirnya.. Kalau diingat semula, saya pun tak percaya, bagaimana saya boleh survive kehidupan selama 5 tahun di SDAR yang penuh dengan cabaran.. Rasanya persabahatan dan bonding kukuh di antara kami yang dah terasa seperti adik-beradik ni lah yang banyak memberi semangat kepada saya.. Susah dan senang bersama-sama..

10630548_10204142636740220_6511601043753112738
Inilah antara rakan-rakan, pengetua, bekas guru-guru dan pekerja sekolah yang hadir pada reunion Megathering 20th Years Of Brotherhood ~ #BreakingTheBoundaries kami

Memang best reunion kali ni.. Semoga ukhwah antara kami berkekalan sehingga ke akhir hayat.. InsyaAllah, dalam entry seterusnya saya akan ceritakan dengan panjang lebar aktiviti sepanjang Megathering kami kat sini.. “Once A SDARian, Always A SDARian”

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s