Working At Home Mom & Dad (WAHM & WAHD)

Banyak yang saya impikan dalam kehidupan ni.. Masa bujang dulu, impian saya mudah sahaja dan selalunya tak berfikir panjang pun.. Yang saya tahu:

  • belajar rajin-rajin;
  • dapatkan keputusan exam yang bagus;
  • masuk universiti;
  • dapatkan diploma dan ijazah;
  • apply kerja yang working hours nya Monday ~ Friday je
  • beli kereta (tak ada yang spesifik sebab taste asyik berubah ikut masa)
  • beli rumah
  • bantu ibu & ayah
  • pencen

Alhamdulillah, ada antara impian saya tu yang dah tercapai tapi ada juga yang belum..

Namun, saya percaya bagi setiap orang akan tiba tika dan saat terjadinya satu turning point somewhere along the way, yang mengubah keseluruhan hidup kita seterusnya.. Contoh yang selalu kita tengok di kaca TV, ada antara artis wanita yang tak bertudung dan suka berpakaian agak keterlaluan, dah mula menutup aurat.. Tak dinafikan, hidayah yang diterima daripada Allah S.W.T. membuatkan mereka mula berubah ke arah yang lebih baik..

Macam saya dan wifey, turning point kami apabila saat lahirnya Mia Qaisara pada 14 Februari 2011.. Memang hari-hari tak fikir apa lagi dah selain nak peluk cium dan membesarkan Mia dengan penuh kasih sayang.. Kalau boleh setiap saat nak berdekatan dengan Mia.. Disebabkan masa tu kami bekerja sebagai jurutera di jabatan kerajaan yang sama, Mia kami letakkan kat taska di bawah bangunan pejabat sahaja.. Sepanjang di taska, pernah juga Mia digigit kanak-kanak lain dan dicakar sehingga ada kesan.. Kalau selesema tu, memangnya tak pernah sembuh sebab taska Mia ni dipasang centralized air-cond sepanjang masa, memang sejuk.. Walaupun sedih, relakan juga Mia diletakkan di taska sebab terpaksa bekerja.. Wifey selalu mengadu tak boleh bagi tumpuan pada kerja sebab asyik teringatkan keadaan Mia.. Apa yang mampu kami buat cuma boleh bersabar dan berdoa banyak-banyak pada Allah S.W.T. supaya Mia sentiasa di bawah jagaanNya..

188368_197428480279541_6313239_1
Mia Qaisara ~ Day 1
198298_197428716946184_7232817_1
My sweetheart..
SDC178491
Pakaian Mia di taska yang sejuk.. macam duduk kat oversea dah..
394388_10150491412162092_583450196_2
Pandainya pandang kamera..

Akhirnya, pada bulan Oktober 2012, wifey nekad dan mohon izin saya untuk berhenti kerja dan menjaga Mia secara fulltime di rumah.. Tak perlu dihantar pada orang lain untuk dijaga.. Tak perlu risaukan Mia lagi.. Mia pun suka sebab boleh tidur dan bangun ikut suka je.. Memang banyak perubahan yang kami nampak pada kelakuan Mia, contohnya Mia dah tak merengek-merengek lagi nakkan perhatian ayah dan ibu tengah-tengah malam, jarang jatuh sakit dan mood pun ceria je selalu..

Sambil-sambil tu wifey juga sebagai Working At Home Mom (WAHM), buat perniagaan Shaklee secara online.. Waktu tu bonus yang diterima hasil perniagaan Shaklee tak sampai pun suku daripada gajinya tapi kami amat senang hati sebab Mia ada di depan mata.. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. dan usaha bersama, kini kami mampu memperoleh bonus Shaklee melebihi gaji dahulu sewaktu masih bekerja.. Malah, kami juga telah layak menerima Car Bonus & Convention Bonus dari Shaklee..

So, kini impian saya pula untuk menjadi Working At Home Dad (WAHD) dengan Shaklee agar dapat:

  • melihat Mia membesar di depan mata
  • buat aktiviti keluarga bersama-sama tanpa menunggu waktu hujung minggu
  • kebebasan masa dan wang ringgit
  • balik ke kampung pada bila-bila masa
  • hantar dan ambil Mia dari sekolah supaya Mia tak perlu berhimpit-himpit naik bas sekolah
  • bantu ibu dan ayah serta beri keselesaan kepada mereka
  • menunaikan haji dan umrah bersama-sama keluarga
  • beli rumah banglo
  • beli kereta idaman yang rare

….dan banyak lagi….

InsyaAllah, kami sedang berusaha ke arah itu.. Sekiranya anda juga mempunyai impian yang sama, jom join kami..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s