Alhamdulillah, bulan November tahun lepas dapat lagi menjejakkan kaki ke UiTM Arau malahan dapat bermalam di sana selepas hampir 10 tahun grad.. Dapat pula tidur di hostel yang sama masa study dulu.. Masa tu, kolej ni namanya Kempas atau kami panggil ‘Kolej Baru’ tapi tak tahu sejak bila namanya dah ditukarkan jadi Dahlia lak..Kebetulan sukan highway kali ni dibuat di Perlis.. 2 tahun lepas dibuat di Terengganu.. So, dapat la balik semula ke sini menggamit memori silam.. Membe pun ada kat sini, so sambil-sambil bersukan, dapat jugak jumpa kawan-kawan lama..

Kalau ke perlis, memang tak sah kalau tak pekena nasik ganja.. Sebenarnya nasik ganja ni lebih kurang je dengan nasik kandar cuma nak bagi thrill sikit jadi la namanya nasik ganja.. Tapi tak sama dengan nasik kandar kat KL, kat Penang yang biasanya kedai mamak yang corner lot tu.. Yang ni just warung-warung tepi jalan je.. Kenapa pulak namanya nasik ganja? Legal ke? Nak makan kena sorok-sorok ke? Tak kena tangkap dengan polis ke? High ke? Rasanya nama dia macam ni sebab sekali dah makan mesti tak dapat lupa dan nak datang lagi.. Sama la macam saya gak, memang termimpi-mimpi punya.. Kalau masa zaman study dulu, memang antara makanan wajib untuk dinner kalau keluar dari hostel.. Even sepanjang 3 malam di sana, 2 malam saya dinner di kedai yang berlainan.. Kedua-dua kedai tu saya bagi markah penuh untuk rasa dan kesedapannya.. Mengikut kata sahabat saya yang merupakan anak jati perlis ni, ada beberapa tempat yang best especially di Kangar, di seberang McDonald.. Tak sure pulak apa nama kedai ni.. Ada benarnya, sebab saya tengok pelanggan memang tak putus-putus sepanjang saya duduk makan kat situ..
1) Lokasi: Seberang McDonalds, Kangar

2) Lokasi: Depan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Jejawi





Selepas makan, sebelum tido memang wajib ambil Omega Guard dulu.. InsyaAllah, nak makan apa pun tak ada masalah sekiranya pemakanan kita diambil dalam keadaan terkawal dan tidak berlebihan.. Shep, Razip, Miran & Dee, semoga kita jumpa lagi lain kali di warung nasik ganja..
“MIAQAISARAH”
012-565 4020
Memang sedap nampaknya! Mesti try bila balik perlis nanti.
Dah try makan tengahari kat anjung keli? Sangat sedap! Highly recomended!
Tetapi lepas makan kena jaga-jaga. Kalau tak jadi macam saya ni suatu masa dulu!
LikeLike
Anjung keli tu kat mana? Apa menu specialty kat situ? kalo menarik, boleh try jugak next time ke sana..
LikeLike
Memang sedap nampaknya nasi ganja ni. Nanti balik perlis nak try.
Dah try makan tengahari kat anjung keli? Memang sangat sedap! Highly recommended.
Tetapi lepas makan kena jaga-jaga. Kalau tak jadi macam saya ni suatu masa dulu!
LikeLike
Anjung keli tu kat mana? Apa menu specialty kat situ? kalo menarik, boleh try jugak next time ke sana..
LikeLike
Wah nampak sedap-sedap je makanan di sini…terus perut terasa lapar memalam ni 🙂
LikeLike
Memang sedap sangat.. susah nak dapat kat tempat lain lauk2 ni 🙂
LikeLike
saya dulu ex-student uitm arau gak hihi.. mmg nasi ganja takleh miss
LikeLike
Sama la.. saya pun ex student uitm arau jugak.. masa tu slalu makan kat area pauh.. memang sedap sangat 🙂
LikeLike