Team Building Supermom Di Port Dickson (Day 1 of 2)

Alhamdulillah, pada 8 Mac 2015, kami sekeluarga telah terpilih untuk mengikuti Program Team Building yang dianjurkan oleh YourSupermom Office bersama lebih kurang 20 keluarga Shaklee yang lain.. Lokasinya di Sri Intan Resort, Port Dickson dan tempatnya amat cantik kerana terletak betul-betul di sebelah pantai di Teluk Kemang.. Perjalanan kami dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk ke sini..

Sri Intan Resot..
Sri Intan Resot..
Master Hadhatina MKB & Master Mohd Kamarul Baharin (duduk) dan anak-anak bersama team YourSupermom Office..
Master Hadhatina MKB & Master Mohd Kamarul Baharin (duduk) dan anak-anak bersama team YourSupermom Office..

Apa yang menariknya, program kali ini ditaja sepenuhnya oleh pengasas YourSupermom Office iaitu Master Hadhatina MKB & Master Mohd Kamarul Baharin.. Tujuan utamanya adalah bagi mengadakan aktiviti-aktivi yang berilmu dan bermanfaat sambil merapatkan ukhuwah di antara ahli-ahli Shaklee di bawah susur galur mereka di samping mengadakan Pra-Pelancaran Supermom MASTERIA .. Apa yang lebih menariknya, keseluruhan kawasan resort ini telah ditutup kepada pengunjung luar pada hujung minggu tersebut kerana ianya telah ditempah khas hanya untuk aktiviti kami sahaja.. Memang terasa diri amat dihargai sangat dalam group ni.. Sepanjang 2 hari 1 malam di sini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti majlis ilmu, group discussion, motivasi, sesi makan-makan sambil berkaraoke, BBQ, game dewasa dan kanak-kanak termasuklah sesi mandi swimming pool beramai-ramai..   DAY 1 Selepas sesi pendaftaran, kami ke bilik masing-masing.. Bilik yang kami duduk ni, adalah 2 rooms Apartment, so kami sharing dengan family Epul Jaguh & Wardah Aina & the kids.. Kebetulan memang kami kenal sangat dengan mereka ni, so memang enjoy.. Anak-anak pun happy dapat main bersama dalam apartment..

Tempat penginapan kami.. 2 rooms Apartment, so kami sharing dengan family Epul Jaguh & Wardah Aina & the kids..
Tempat penginapan kami.. Yang di sebelah kiri tingkat atas tu..
IMG_1033
Mia masuk bilik terus nak on aircond..
IMG_1047
Mia bawak senapang untuk jaga ibu.. heheh

Aktiviti dimulakan dengan sesi ‘taaruf’.. Masing-masing memperkenalkan diri kerana ada antara kami yang saling belum mengenali antara satu sama lain.. Manakan tidak, ahli-ahli Shaklee di bawah group Supermom begitu ramai sekali dari seluruh Semenanjung termasuk Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan.. Alhamdulillah, semuanya ramah-ramah dan sporting belaka.. Ada juga sesi nyanyian beramai-ramai dan kemudian, sesi perbincangan secara berkumpulan dan pembentangan hasil kerja.. Banyak idea dan tips-tips baru dalam bisnes dapat masa ni.. InsyaAllah akan diamalkan..

Ibu Mia macam nak menyanyi lak..
Ibu Mia macam nak menyanyi lak..
Team Building Supermom
Kelas vokal oleh Kamarul Al-Farabi Band..
1957705_10153093714247978_4425733382860041974_o
Tempat yang selesa dan luas.. Anak-anak pun happy main dalam bilik ni..
11046759_10153093716377978_3434027663455976915_o
Bapa-bapa jadi Mr. Mama hari ni..
11053079_10153093715792978_2092754313334847697_o
Brainstorming dan perbincangan kumpulan..
TB
Jadi Photographer lak hari ni..
shakid_standard_rgb
Minum petang sambil dengar tips dari Master Hadhatina..
TB3
Swimming time..

Aktiviti pada waktu malam pula dimulakan dengan dinner & BBQ.. memang sedap sangat-sangat BBQ ayam, ikan & kambing.. makan sampai puas sambil dengar persembahan karaoke ‘artis-artis’ yang terlibat.. siap dapat hadiah lagi untuk pertandingan karaoke ni.. rasa rugi pulak tak masuk bertanding sama.. sebab bukan pemenang je dapat hadiah, tapi semua yang masuk pun dapat jugak hadiah.. Lepas makan, sambung balik dengan sesi perbincangan kumpulan lebih kurang dalam sejam je.. Keesokan harinya, aktiviti Day 2 pula diteruskan lagi..

shakid_standard_rgb
Sesi karaoke sambil dinner & BBQ.. memang ketawa tak habis-habis dengar persembahan ‘artis-artis’ ni..

MASTERIA Official Commercial Ads oleh Master Hadhatina MKB

Hubungi kami untuk dapatkan maklumat produk, tips-tips kesihatan dan maklumat keahlian..

“MIAQAISARAH”

012-565 4020

Advertisements

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s