Ajlaa Village Resort Yang Best

Rasanya, dalam banyak-banyak resort atau chalet kategori ‘mampu milik’ yang kami sekeluarga pernah kunjungi, Ajlaa Village Resort adalah antara yang terbaik setakat ni.. Bukan sahaja murah dan menarik, malah dekat dengan Kuala Lumpur.. Memang sesuai untuk short getaway bersama family atau rakan-rakan.. Sebelum ni, tak pernah tahu pun kewujudan tempat ni.. Tapi, masa gathering dengan kawan-kawan ex-UiTM Arau awal bulan ni, inilah destinasi yang telah dipilih dan ternyata ianya sememangnya pilihan yang bijak dengan pengalaman manis yang tak dapt dilupakan..

Lokasinya di Hulu Langat, Selangor berdekatan dengan Sg. Congkak.. Kalau dari Kuala Lumpur, pemanduan mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit sahaja.. Perjalanan masuk ke dalam kawasan resort ni sedikit mencabar apabila terpaksa memandu mendaki bukit melalui jalan yang tidak berturap lebih kurang 500 meter sebelum tiba ke resort tersebut.. Tapi memang amat berbaloi apabila dah sampai.. Lokasinya yang agak terasing dari resort-resort yang lain di situ membuatkannya amat unik dan ekslusif..

IMG_1838
View dari atas bukit tempat kami menginap.. Nun jauh di sana jalan masuk ke resort ni..
IMG_1617
Kami conquer semua bilik yg tingkat bawah.. Hujung tu tempat kami ber’BBQ’ malam nanti..
temp3
Antara chalet jenis lain dengan kawasan BBQ tersendiri..
IMG_1588
Chalet jenis atas air ni pun ada tempat BBQ nya sendiri..

===> TONTON, LIKE & SHARE

Kemudahan untuk memasak dan BBQ pun disediakan, just kena bayar extra je sikit, tak mahal pun.. Untuk bilik, kami bayar RM110/bilik dan extra RM40/family untuk guna kemudahan memasak dan BBQ ni.. Barang-barang makanan kena bawak sendiri.. Bilik-bilik kat sini tak ada aircond, just kipas je sebab tu murah kot.. Tapi, tak perlu risau sebab memang sejuk waktu malam.. Sekejap je, mata dah terlelap.. Malamnya, kami ber’BBQ’ sampai ke tengah malam.. Maklumlah, masing-masing dah lama tak jumpa.. Anak-anak pun terpaksa berjaga tengah malam nak temankan mak dengan ayah yang tak tahu nak tidur ni.. Cadangnya nak ajak ramai-ramai main game board MASTERIA, tapi tak sempat la pulak coz asyik sibuk makan & bersembang..

IMG_1428
Masa ni tak ada pengunjung lain kat sini, so kami conquer bangunan ni..
BBQ
BBQ sampai ke tengah malam..
IMG_1482
Hanida tunjuk skill masak nasik goreng..
IMG_1485
Anak-beranak dah tak sabar nak makan..
temp2
Bersembang sampai ke tengah malam sambil bawak anak.. Inilah pengasas  TheBabyStore, iaitu antara salah satu website menjual barangan bayi yang terkenal di Malaysia ni.. 

Besoknya pula, pagi-pagi kami dah bangun bersarapan nasi lemak yang dibeli oleh staff resort ni.. Sebenarnya, malam sebelum tu kami dah siap-siap bagi duit.. Ok gak resort ni, servis memang tip-top.. Siap boleh tolong belikan makanan untuk kami lagi..

IMG_1822
Terlebih excited sebab lama tak jumpa nasik lemak agaknya..
IMG_1811
Ned makan dengan penuh sopan-santun..
IMG_1694
Lama dah tak berkumpul ramai-ramai macam ni..
IMG_1691
Mia Qaisara dengan muka baru bangun tidur..

Lepas makan, terus mandi kat kolam kecik kat sini.. Anak-anak la yang paling seronok dapat main air..

IMG_1855IMG_1883IMG_1901IMG_1927IMG_1938IMG_1945IMG_1959IMG_1967IMG_1985IMG_2059IMG_2071IMG_2088IMG_2113
 Akhirnya, dapat juga try guna kamera Canon EOS 700D @ Rebel T5i @ Kiss X7i masa percutian kali ni.. Nampaknya masih banyak setting & skill yang perlu di improve.. Hopefully, next time gambar akan lebih menarik lagi, InsyaAllah..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

5 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s