Langit Langi Butik Hotel Yang Best Di Port Dickson

Alhamdulillah, selamat tiba ke rumah selepas bercuti hujung minggu bersama keluarga ke Port Dickson.. Rasanya, baru 2 bulan lepas ke PD untuk Team Building yang di fully sponsor.. Memandangkan kali ni percutian tajaan sendiri je, so terima kasih En. Google kerana banyak memberi info dan nasihat untuk cari tempat penginapan yang menarik dengan harga berpatutan.. Kali ni kami sekeluarga menginap di Langit Langi Hotel (Cawangan PD).. Kalau tak silap, ada satu lagi cawangannya di Dengkil.. Walaupun cuma hotel di deretan shop lot, tapi memang menarik hotel ni..

IMG_2414
Nama hotel yang pelik..

Pagi Sabtu tu, macam biasa kami ke Shaklee dulu, nak belikan stok untuk customer.. Kebetulan bulan ni ada promosi Omega Guard, so ramai yang order supplemen ni.. Tak perlu risau sangat pasal hotel sebab malam sebelum ke sana, kami dah call dulu ke hotel ni untuk booking..

IMG_2355
Muka happy tiap kali bila shopping kat Shaklee..

===> TONTON, LIKE & SHARE

Disyorkan supaya booking awal sebab masa call tu hampir fully booking dah.. Kali ni, kami pilih bilik Superior King Room dengan kadar harga semalam RM 198 nett untuk weekend.. Harga untuk hari biasa pula RM 168.. Kadar harga ni dah termasuk sarapan pagi untuk 2 orang..

IMG_2493
Senarai harga bilik.. Weekend tu consider sebagai peak..
IMG_2357
Senarai harga bilik jugak tapi dengan kalendar 2015..

Harga bilik ni masih dikira berpatutan sebab dah call banyak butik hotel lain kat PD malam sebelum tu, tapi kebanyakannya rate RM 200 ++ untuk weekend dan biliknya pun biasa-biasa je.. Tapi yang paling best kat hotel ni, jenis Superior King Room cuma ada 2 bilik je, terletak pulak kat tingkat paling atas, siap dengan private jacuzzi..

IMG_2471
Katil mengadap private jacuzzi yang ‘open air’ dengan TV LCD yang besar boleh dipusing-dipusing ikut suka..
IMG_2374
Siap ada kelambu lagi..
IMG_2380
1st time Mia Qaisara mandi jakuzi.. dari pukul 5.30 petang sampai nak ke Maghrib berendam..
IMG_2387
Nampak kepala je.. Menyorok dari Shin Chan ke?
IMG_2395
Khusyuk main buih..

Cumanya, bilik jenis ni rasanya paling sesuai untuk pasangan yang nak ber‘honeymoon’ sebab bilik airnya jenis berkaca dan boleh nampak sampai ke dalam so kalau bawak anak-anak kena la pandai nak cover-cover masa dalam toilet.. Lagipun, tak ada bidai pulak dalam bilik air tu.. heheh

IMG_2442
Bilik air see through tanpa bidai..

Malamnya, kami dinner kat Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson.. 5 bintang untuk tempat makan ni sebab harganya pun tak mahal sangat dan kawasannya memang teramat bersih sampaikan tak nampak seekor lalat pun walaupun banyak seafood kat sini.. Staf-staf kat restoran sini pun berpakaian bersih dan kemas..

IMG_2401
Jom pilih seafood segar..
IMG-20150510-WA0038
Selfie sambil tunggu makanan sampai..

Besok paginya pulak, lepas sarapan pagi terus mandi swimming pool.. Cantik swimming pool kat sini especially lighting waktu malam.. IMG_2421 IMG_2424 Overall, memang puas hati dengan percutian kali ni.. Mia Qaisara pun happy sangat.. InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, boleh ke sana semula lain kali.. Ni no telefon hotel tu kalau-kalau ada yang berminat nak booking.. (Langit Langi Hotel PD – 06-6462941)..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

11 comments

  1. salam kak,nak tnya,saya dah booking tadi superior king room thru call je tadi.die just mintak no tel & nama je yek?secure ke?kang bile smpai dpt bilik lain plak haha.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s