Kelahiran Permata Hati Kedua

Alhamdulillah.. tepat pukul 2.14 pagi pada 29 Mei 2015 (Jumaat), lahirnya permata hati kedua kami.. Beratnya pun boleh tahan, 3.22 kg.. Memang rasanya dah lengkap kehidupan kami sekeluarga, sebabnya yang lahir kali ni adalah seorang baby boy.. So, officially Mia Qaisara sekarang ni dah jadi kakak Mia.. Sama macam kelahiran Mia hari tu, adik baby pun dilahirkan secara normal.. Sehari sebelum tu, dah ada tanda-tanda nak bersalin.. Jadi kami pun cepat-cepat ke Hospital Sg. Buloh pagi tu dalam pukul 9 pagi.. Bila sampai je, terus kena tahan wad sebab kata doktor bukaan dah 4cm.. Tunggu punya tunggu, lastly baru dapat masuk labour room bila bukaan dah 6 cm.. Masa tu pun dah pukul 9.30 malam.. Agak lama jugak la menunggu, sempat hantar Mia Qaisara ke rumah abang kat Rawang.. Lagipun siapa nak jagakan Mia kat hospital masa sambut kelahiran baby dalam labour room nanti..

Menunggumu
Sempat selfie sebelum masuk labour room..

Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan kali ni, wife nampak sihat sangat.. Tak la asyik terbaring je kat rumah.. Nampak perbezaannya dengan kehamilan kali pertama dulu.. Mungkin sebab konsisten ambik supplemen macam Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, ESP & Performance Drink.. Sampaikan masa nak dimasukkan ke dalam wad pun, nampak masih bertenaga dan cergas..

Walaupun hospital kerajaan, perkhidmatan kat Hospital Sg. Buloh ni agak sistematik.. Masa pendaftaran tu, ada la beberapa borang kena isi.. Lepas tu, nurse tanya sama ada suami nak masuk sekali ke dalam labour room masa bersalin nanti.. Sebabnya, suami hanya akan dipanggil masuk labour room bila betul-betul dah tiba masanya nak bersalin.. Selepas dipanggil masuk awal pagi tu, tak sampai 5 minit, adik baby pun dilahirkan.. Memang nampak berpengalaman dan profesional betul nurse-nurse yang sambut kelahiran ni.. Alhamdulillah, semuanya sihat dan selamat.. Berbeza dengan Hospital Selayang masa bersalinkan Mia Qaisara hari tu, suami boleh temankan isteri sebaik je masuk ke labour room sampai time kelahiran.. Lama jugak menunggu dalam labour room masa Mia hari tu, dari pukul 8 pagi sampailah waktu Asar.. Cumanya, kalau kat Hospital Selayang ni, dapatlah suami temankan isteri sepenuh masa sepanjang proses kelahiran.. Tak lah si isteri keseorangan je kat dalam tu..

Selepas adik baby dah disiapkan oleh nurse, baru ayah azankan ke telinga.. InsyaAllah, semoga adik baby akan menjadi seorang anak yang soleh yang patuh kepada suruhan Allah S.W.T. dan berbakti kepada agama..

Ahmad Khalif
Comelnya adik baby tidur..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s