Menang iPhone6 Dengan Bermain Game Board

Alhamdulillah, memang rezeki anak-anak dan isteri.. Betul lah kata orang, anak-anak pembawa rezeki.. Mana tidaknya, sehari selepas isteri melahirkan permata hati kedua kami, dan bila Mia Qaisara dah menjadi kakak, dapat pulak hadiah iPhone6.. Memang elok sangat la tu, sebab smartphone Galaxy S4 yang selama ni dok guna tu, dah retak skrin dan tak keluar gambar sebab Mia dengan tak sengaja terjatuhkan.. So, ayah maafkan la ye.. Dah suratan takdir macam tu.. Nak repair kat Samsung je, dh RM600 lebih so terpaksa bertukar ke smartphone OPPO Joy yang lebih affordable, kalau tak silap harga beli hanya RM375.. Yang ni kalau Mia main dan jatuhkan pun, tak la sakit hati sangat.. Dari segi kefungsian OPPO Joy dengan S4, tak la berbeza sangat tapi dari segi kelajuan dan pemprosesan data, memang la sangat jauh bezanya.. Boleh la setakat nak berFacebook, whatsapp, GPS dan google, tapi memang kena banyak bersabar..

So, macam mana boleh menang iPhone6 ni? Caranya mudah sahaja.. Hasil membeli set MASTERIA dan sharing banyak video MASTERIA telah melayakkan kami masuk ke pertandingan yang super awesome ni.. Memang pemurah upline kami iaitu Master Hadhatina & Master MKB dengan penganjuran pertandingan dengan grand prize yang sangat lumayan..

My iPhone6
iPhone6 Gold 16GB yang dimenangi 🙂

Antara cabaran yang ditempuh masa nak dapatkan iPhone6 hari tu:

#1 Sharing sebanyak mungkin video MASTERIA melalui blog

Ranking blog ditentukan dengan jumlah view yang tertinggi bagi video yang di’embedded’kan.. Kedudukan carta ini akan disemak seminggu sekali oleh pihak Supermom Office untuk menentukan kedudukan semasa.. Top 20 finalist secara automatic layak ke Pertandingan Game Board MASTERIA ini..

List Top 20 Finalist
Layak masuk pertandingan dengan ranking blog No.5..

 

Poster Pertandingan MASTERIA
Poster Grand Final..

 #2 Pertandingan Game Board MASTERIA

Inilah hari yang ditunggu-tunggu.. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Shah Alam.. Mia Qaisara pun ikut sekali.. Semua peserta dapat t-shirt sponsor.. Makanan dan minuman pun ada disediakan.. Cara permainan game board ni pun mudah sahaja, tapi masa pertandingan ni, memang kena fikir pilihan yang nak dibuat betul-betul.. Agak mendebarkan jugak la.. Dalam peringkat saringan, kalah 1 game dan menang 1 game.. Dalam peringkat separuh akhir pula, Alhamdulillah menang so berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dengan hanya tinggal 3 peserta..

saringan
Masa peringkat saringan ni kalah dengan adik Luqman (berbaju hijau) yang cilik tu.. Memang bijak cara permainan dia 🙂
saringan list
Menamatkan peringkat saringan dengan penuh bergaya di kedudukan No.2..

 

semi final
Peringkat separuh akhir yang sangat mendebarkan..
Final list
Senarai peserta yang layak ke pusingan akhir.. masih di kedudukan No.2..

Walaupun menjadi satu-satunya peserta lelaki tunggal yang layak ke peringkat akhir,  akhirnya dapat juga menjuarai pertandingan ni.. Alhamdulillah, macam tak percaya bila dapat hadiah iPhone6 yang memang menjadi idaman selama ni..

Final
Peringkat akhir perlawanan..
Champ
Berjaya juga akhirnya..
Terima Iphone6
Sesi penyampaian hadiah oleh pencipta game board MASTERIA ni iaitu Master Hadhatina & Master MKB.. Muka still control walaupun sebenarnya excited sangat dapat hadiah iPhone6..
champion
Bergambar kenangan dengan family Master Hadhatina & Master MKB..
IMG_20150606_112814
Ucapan tahniah oleh penganjur Supermom MASTERIA..

So, apa tunggu lagi? Jom sertai group kami untuk banyak lagi kelebihan dan anda juga boleh dapatkan set MASTERIA dari kami.. InsyaAllah akan ada lagi banyak lagi aktiviti menarik di masa akan datang.. Boleh refer ke Facebook page Supermom MASTERIA untuk info-info menarik dan terkini daripada pihak penganjur..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

6 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s