Panduan Daftar Kelahiran Anak Di Jabatan Pendaftaran Negara

Dah lebih 4 tahun tak daftarkan kelahiran anak, so prosedurnya pun dah ingat-ingat lupa.. Masa daftarkan Mia Qaisara masa tahun 2011 dulu, buat kat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Segamat.. Kali ni untuk adik baby pulak, daftarkan dekat JPN yang dekat-dekat dengan rumah je kat Seksyen 8, Kota Damansara.. Sebenarnya untuk urusan pendaftaran ni, kita boleh ke mana-mana sahaja cawangan JPN di seluruh Malaysia dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran.. Kalau melebihi tempoh tersebut iaitu hari ke-15 hingga ke -42, bayaran denda sebanyak RM 5.00 akan dikenakan manakala selepas 42 hari pula, kompaun tidak melebihi RM 50.00 akan dikenakan..

jpn
Jabatan Pendaftaran Negara..

Ibu dengan ayah ambik masa seminggu jugak nak decide nama adik baby.. Akhirnya, kami decide untuk letak nama Ahmad Khalif yang bermaksud ‘Khalifah Yang Terpuji’.. Mia Qaisara pun nampaknya suka sangat dengan nama ni.. Comel je bila dengar suara Mia yang pelat-pelat panggil nama adiknya ‘Khalif’.. So, sebagai panduan untuk bakal-bakal ibu bapa untuk anak pertama, perlu tahu dokumen apa yang perlu dibawa masa nak daftarkan kelahiran kat JPN (info setakat bulan Jun 2015):

PANDUAN MENDAFTAR KELAHIRAN

Setiap dokumen yang dinyatakan dibawah perlu dibawa semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran:

#1. Borang Pendaftaran Kelahiran (JPN.LM01) yang LENGKAP diisi

  • Biasanya hospital tempat kelahiran bayi akan sediakan borang ni semasa bayi dan ibu discharged lengkap dengan nama hospital dan nama jururawat yang bertanggungjawab. Maklumat ibu, bapa dan lain-lain akan diisi kemudian semasa di JPN. Borang ni di ‘sealed’ dalam sampul surat oleh pihak hospital, katanya supaya maklumat tak diubah. Semasa di JPN nanti baru sampul surat tersebut dibuka oleh pihak JPN. Mungkin prosedur ni berlainan bagi setiap pejabat JPN, tapi sebagai langkah berjaga-jaga, saya biarkan sahaja sampul surat sehingga dibuka oleh pihak JPN supaya tak timbul sebarang masalah prosedur..

#2. Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri Ibu Bapa Kandung / Pemaklum (sekiranya pemaklum bukannya ibu bapa kandung) (ASAL & SALINAN)

  • Perlu bawa kedua-dua kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (meskipun hanya bapa/pemaklum yang pergi ke JPN)

#3. Sijil Nikah atau Sijil Perkahwinan Ibu Bapa Kandung (ASAL & SALINAN)

#4. Dokumen Bukti Kelahiran (ASAL & SALINAN)

  • Kad Pranatal (Buku Pink) -SALINAN hanya untuk mukasurat hadapan, kedua, mukasurat 34 & 35
  • Surat Pengesahan Kelahiran (dikeluarkan oleh hospital tempat kelahiran)

So, selesai urusan pendaftaran dan dapat Sijil Kelahiran Ahmad Khalif on the spot gak.. Cumanya, MyKid hanya boleh diambil selepas 3 bulan.. Semoga Ahmad Khalif menjadi seorang anak yang soleh dan patuh kepada suruhanNya.. InsyaAllah.. Amiin..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s