7 Tips Kekal Bertenaga Bagi Ibu Menyusu Semasa Berpuasa

Alhamdulillah, akhirnya bulan Ramadhan menjelma kembali.. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T.  kerana masih diberi peluang bertemu dengan bulan yang mulia ini.. Tahun ni, dikurniakan rezeki lagi dengan kelahiran cahaya mata kedua kami, Ahmad Khalif yang dilahirkan pada 29 Mei 2015 yang lepas.. So, tahun ni akan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya sebab kami akan menyambut Aidilfitri berempat, buat pertama kalinya.. 🙂

Khalif
Permata hati kedua kami, Ahmad Khalif..

Dengan kelahiran Ahmad Khalif, bermulalah kembali cabaran dan pengalaman penyusuan anak sehingga berumur 2 tahun, sama seperti Mia Qaisara.. Kebiasaannya, para ibu kurang mengalami masalah dalam menyusukan anak pada bulan-bulan yang lain kecuali semasa menjalankan ibadah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.. Walaupun ada yang dapat membuat penyusuan seperti biasa pada bulan ini, namun terdapat juga para ibu yang akan mengalami keadaan lemah dan tidak bermaya, pening-pening disebabkan dehidrasi.. Pada masa ini, kemungkinan para ibu juga akan mengalami masalah penyusutan susu badan.. Manakan tidak, segala zat dan nutrisi di dalam badan, dikongsikan bersama anak yang disusukan.. Di sini, saya akan kongsikan 7 tips penyusuan sepertimana yang diamalkan oleh isteri saya sepanjang menyusukan Mia Qaisara pada bulan puasa sepanjang 4 tahun lepas, malahan sambil bekerja pada waktu itu..

Tips #1 : Pengambilan Air Yang Banyak/Mencukupi

  • Sekurang-kurangnya 3 liter air masak sehari
  • Sebaik-baiknya 2 gelas bagi setiap kali waktu berbuka, setelah masuk waktu Isyak, sebelum tidur, sejurus bangun dari tidur & waktu sahur
  • Sekiranya takut terlupa, air boleh disediakan siap-siap dalam botol mineral dan diletakkan di tempat-tempat yang senang dicapai

Tips #2 : Bersahur Setiap Hari

  • Elakkan dari skip sahur sebagai asas persediaan bagi menghadapi tempoh berpuasa seharian

Tips #3 : Berbuka Dengan Makanan Yang Seimbang

  • Makanan yang diambil perlulah seimbang dan seboleh-bolehnya perlu ada kesemua nutrien penting
  • Contoh yang diamalkan oleh isteri saya adalah dengan mengambil hidangan nasi bersama sayur, ayam dan buah

Tips #4 : Sesi Perah/Pam Perlu Konsisten

  • 3 Jam Sekali Pada Waktu Siang terutamanya buat para ibu yang berkerjaya
  • Seelok-eloknya pam pada waktu yang sama setiap hari

Tips #5 : Pengambilan Supplemen

IMG_2975
Set Mighty 3 Gems
  • Pengambilan supplemen pada waktu sahur dan berbuka seperti Set Mighty 3 Gems Shaklee yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Performance Drink & Meal Shakes
  • ESP mengandungi sumber protein yang memberikan tenaga untuk tempoh masa yang lama pada waktu siang
  • Performance Drink dapat membantu memperlahankan proses kehilangan cecair dalam badan, menjadikan kita kekal bertenaga sepanjang waktu berpuasa
  • Meal Shakes mengandungi 19 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh, dan ia amat perlu bagi proses tumbesaran dan mengekalkan kesihatan

Tips #6 : Doa Yang Berterusan

  • Setiap rezeki adalah dari Allah S.W.T., jadi janganlah jemu meminta dan berdoa kepadaNya serta yakinlah dengan pertolongan dariNya.. Kita hanya berusaha dan selebihnya, bertawakallah kepada Allah S.W.T.

Tips #7 : Istiqamah

  • Lakukan secara berterusan dan konsisten tips-tips di atas dan yakinlah dengan hasilnya, InsyaAllah..

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, saya juga akan berkongsi dengan isteri pengambilan Set Mighty 3 Gems ni secara konsisten bagi membekalkan tenaga sepanjang hari.. Selamat Berpuasa 🙂

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s