Kedai Tayar Murah Rawang

Sedar tak sedar, dah hampir 2 tahun bersama si ‘dia’.. Memang recommended untuk beli kereta import kalau ada rezeki lebih.. Sebabnya memang setakat ni tak pernah buat hal dan pemanduan yang sangat best.. Macam kami, dapat lah beli kereta idaman kami berdua ni walaupun jenis CKD (pasang di Malaysia) je.. Itu pun selepas layak dapat Car Bonus dari bisnes Shaklee ni.. Cuma, tayar standard Goodyear GT3 ni rasanya memang cepat haus tayar bunganya..

Bunga tayar yang dah hampir botak..

Dah tanya kat service centre Honda, harganya dalam RM 220 untuk sebiji tayar.. Kalau 4 biji dah RM 880 tu.. Memang agak mahal untuk tayar yang bersaiz 175/65/R15.. Pulak tu, tayar jenis ni bila ditanya kat kedai-kedai tayar memang rare dan susah sikit nak cari.. Kalau ada pun, harganya sama je ngan service centre nya harga.. Rata-ratanya, kedai ni akan recommend untuk tukar saiz tayar yang lebih besar tapi lebih murah macam 185/60/R15 (RM 185 brand Dunlop).. Fikir punya fikir, lastly decide nak stick dengan tayar GT3 dengan saiz standard la, lagipun handling tayar ni pun okay dan best dalam cuaca kering/basah.. Bila cornering pun tak terasa membuang.. So, bermulalah pencarian di laman sesawang untuk dapatkan info kedai tayar yang murah dan berdekatan area Selangor..

Hasil testimoni blogger-blogger, baru tahu rupa-rupanya ada 3 area di Selangor ni yang terkenal dengan ke’murahan’ tayar dan sport rim..

  1. KLANG – Perniagaan Tayar Hing Leong (dulu dikenali sebagai Kedai Papan)
  2. SUNWAY – Pusat Tayar Tek Ming Auto Services
  3. RAWANG

Apabila survey dan baca blog-blog orang dengan lebih mendalam pros and cons ketiga-tiga lokasi ni, lastly decide nak ke Rawang je la.. Lagipun dekat sikit dan banyak choice kedai nampaknya.. Kedai Papan kat Klang tu memang famous , tapi macam jauh la pulak.. Sama gak dengan yang kat Sunway tu.. Tak berbaloi lak rasanya..

Kat Rawang ni, memang ada banyak kedai tayar dengan sport rim.. Boleh park kereta kat situ dan jalan kaki je round ke semua kedai.. Masa pergi tu, cuma sempat survey 2 kedai je, Continental dengan V-Care.. 2 ni antara kedai yang disyorkan dalam laman sesawang.. Kat kedai Continental tu, tak ada stok tayar Goodyear GT3, kalau ada pun kena order dn harga sama je macam kat servis centre, RM 220.. so dia recommend tukar ke tayar saiz 185/60/R15 dengan harga tayar macam-macam jenis dari RM 165 sebiji.. Macam menarik dah tu harganya tapi still tak memenuhi kehendak asal ke sini..

So, terus ke kedai V-Care yang di seberang jalan je.. Layanan kat sini memang best dan penerangan dia pun detail.. Katanya, dia ada stok tayar GT3 yang baru dan yang paling best, harganya cuma RM 165 sebiji.. Memang agak murah dan terkejut jugak masa tu.. Agaknya dia nampak muka customer dia ni macam nak kata mahal je, terus dia recommend tayar GT3 second hand.. Harganya pulak cuma RM 100 sebiji termasuk balancing dan alignment kalau ambil 1 set 4 biji tayar so total RM 400 (siap dia bagitau harga ni tak termasuk GST tapi still ok la kan).. Lagi la terkejut dibuatnya.. Memang murah sangat tu, tapi ok ke tayar second hand ni?? Nak tau macam mana rupa tayar second hand tu??

Bunga tayar macam baru lagi.. rambut-rambut halus tu pun ada lagi..
Production date = minggu ke 15 tahun 2015 (lebih kurang tayar bulan April 2015) fuhhh!!

Alhamdulillah, memang rezeki sangat sebab katanya ada stok 3 set tayar jenis ni.. Ada jugak yang production date hujung tahun 2014 tapi still ok la kan.. Apa lagi, terus close deal la.. Rupa-rupanya owner lama tayar ni terus trade in dan tukar sport rim saiz besar sikit sebab tu nampak cantik je lagi tayar ni.. Owner tak sempat gunakan pun lagi.. Bagus jugak kedai V-Care ni sebab tak menipu customer walaupun sebenarnya dia boleh je bagitau ni tayar baru sebab condition nya memang tip top..

Proses pemasangan tayar..

Kalau nak ke bengkel ni, lokasinya bertentangan dengan Balai Polis Rawang, sebaris dengan KFC.. Sport rims macam-macam saiz dan design pun ada kat sini.. harga pun macam ok jugak.. Tips bila ke mana-mana pun bengkel repair kereta, sebelum pasang atau repair apa-apa parts kereta, jangan lupa tanyakan quotation kos keseluruhan kerja repair tu.. Takut mula-mula bagi murah tapi last-last kena tambah macam-macam lak.. Masa pasang tayar hari tu, saya dah siap tanya habis-habis.. Alhamdulillah harga RM 100 sebiji tayar tu dah termasuk balancing dan alignment sekali.. Ada jugak dia recommend tukar tiub besi pam angin tu, tapi cepat-cepat saya tolak baik-baik sebab yang lama still boleh guna lagi.. Total kena bayar hari tu RM 424 termasuk GST..

InsyaAllah, jumpa lagi 2 tahun untuk tukar tayar lain lak..
Advertisements

3 comments

  1. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s