Permohonan Kad Nikah Pintar Negeri Johor

Sebenarnya lama dah planning nak buat Kad Nikah Pintar yang saiz ala-ala kad pengenalan tu tapi belum berkesempatan.. Senang sikit nak bawa ke mana-mana, tak perlu lagi bawa sijil nikah negeri Johor yang saiz A4 tu.. Masa mula-mula kahwin tahun 2010 dulu, memang bawa ke mana-mana sijil nikah ni especially kalau pergi bercuti berdua ngan wife.. Mana tau tengah tidur kat hotel tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik lak.. Tak ke naya tu.. Sekarang ni sejak dah ada anak-anak ni, tak berapa nak la nak cuak sangat sebab pergi mana-mana pun dengan diorang sekali.. Ada juga bawa sijil nikah, tapi buat salinan je letak dalam kereta sebagai back-up.. Yang original tu kadang-kadang je bawak..

Mula-mula, ingat macam rumit sangat nak mohon kad nikah pintar ni tapi rupa-rupanya memang mudah sebenarnya.. Kalau kat Pejabat Agama Islam Segamat ni, nak tunggu siap tu yang agak lama, proses ambil masa sampai 3 bulan tapi nak mohon tu memang mudah sangat-sangat, tak sampai 5 minit pun.. Tapi tak sure la pulak kat negeri lain berapa lama tempoh nak siap tu.. Maybe lain tempat, lain prosedur nya..

Dokumen yang diperlukan..

So, semua dokumen kat atas kena sediakan dalam 2 salinan termasuklah gambar pasport suami dan isteri.. Bila tangkap gambar pasport, yang lelaki diwajibkan bersongkok dan yang wanita pula diwajibkan bertudung.. Urusan ni semua kami selesaikan sebelum ke Pejabat Agama.. Bila dah sampai ke sana, cuma isi borang dengan lengkap, ambil nombor giliran dan serahkan kepada petugas di kaunter apabila sampai turn.. Selepas bayar RM40, satu resit akan dikeluarkan sebagai bukti pembayaran.. Tak sampai 5 minit pun urusan di kaunter, dengan syarat, semua dokumen dah lengkap.. Untuk urusan di kaunter ni, tak perlu kedua-dua pasangan suami isteri untuk hadir sama, memadai sekiranya suami @ isteri sahaja yang memohon.. Tapi sebab nak dapatkan pengalaman, kami sekeluarga pergi sama-sama termasuk Mia Qaisara dan Ahmad Khalif sekali 🙂

Kad Nikah Pintar 2
Terlebih excited.. heheh

So, dah selesai semua, cuma perlu tunggu lebih kurang 3 bulan untuk datang collect kad nikah pintar tu pulak.. Alhamdulillah, tak sabar rasanya..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s