Pengalaman Jaga Isteri Berpantang

Kalau dulu waktu bersalinkan Mia Qaisara, masuk hari ke 6 dah hantar isteri dengan Mia balik ke rumah mertua di Segamat, berpantang kat sana sebab saya terpaksa bekerja.. Tiap-tiap hujung minggu, mesti rasa tak sabar nak balik jenguk Mia dengan ibunya so kena lah penat sikit berulang-alik dari KL ke Johor..

Alhamdulillah, kali ni saya mohon cuti selama 2 minggu so dapatlah pengalaman baru melihat Ahmad Khalif membesar dari lepas bersalin sehinggalah dah masuk umurnya yang ke 20 hari.. Sebabnya kali ni, wife dah decide nak berpantang sendiri-sendiri kat rumah je.. Cadangnya nak cuti lama lagi sampai isteri habis tempoh pantang, tapi apakan daya, cuti tak berapa nak banyak.. Bila dah berpantang sendiri, maksudnya semuanya kena lah berdikari dan buat sendiri.. Sehari 2 kali saya mandikan Khalif, pakaikan baju, urut-urut badan dia dengan baby massage oil, salinkan pampers dan dodoi tengah-tengah malam & macam-macam lagi lah.. Bayangkan la macam mana saya mandikan baby yang baru beberapa hari umurnya ni.. Semuanya kena saya buat dengan penuh berhati-hati..

Khalif 1st Day
Khalif berusia 1 hari..

Satu yang paling penting masa berpantang ni, kena jaga pemakanan si ibu.. Kalau tak dijaga, dikhuatiri si ibu boleh bentan, masuk angin dalam badan, luka lambat baik, gatal-gatal dan sebagainya.. So, ada la beberapa resepi yang saya google dan ada jugak yang diajarkan oleh mak mertua saya.. Daripada tak berapa nak pandai masak, akhirnya dapat la jugak saya jadi chef yang tak bertauliah.. Antara menu yang saya masakkan untuk isteri masa tu:

#1 – LADA HITAM KETUK & IKAN BILIS GORENG

#2 – SUP IKAN MERAH

#3 – SINGGANG IKAN SELAR KUNING

#4 – IKAN SELAR KUNING MASAK STIM

IMG_0076
Ikan Selar Kuning Masak Stim

#5 – SUP DAGING

IMG_0082
Ikan Selar Kuning Masak Stim & Sup Daging

#6 – SUP SAYUR SAWI

Semua masakan ni termasuk nasi seelok-eloknya dimakan panas-panas oleh ibu yang berpantang.. Ini bagi mengelakkan masuk angin ke dalam badan sekiranya makan makanan yang sejuk.. Untuk minuman pulak, yang wajib diminum setiap kali mestilah air rebusan biji manjakani bersama halia.. Tujuannya adalah bagi mengecutkan rahim.. InsyaAllah, sekiranya berkesempatan, saya akan kongsikan resepi-resepi ni dalam entry yang akan datang.. Di samping itu jugak, isteri saya mengamalkan pengambilan set berpantang Shaklee seperti Vita-lea, Vita-C, B-Complex, Zinc-Complex, Ostematrix & ESP bagi mempercepatkan lagi proses penyembuhan.. Alhamdulillah, hasilnya sememangnya menakjubkan.. Itulah yang untungnya berbisnes Shaklee ni, sambil berniaga dan berkongsi, sambil guna dan merasai sendiri kebaikan produk ni.. 🙂

IMG_0029
Set Lengkap Berpantang Shaklee untuk si ibu.. Air Performance Drink tu saya yang minum untuk bagi tenaga.. 🙂
IMG_0083
Masa hari ke-7, rambut baby Khalif dah kena cukur..
IMG_0295
Gambar favourite ayah, comel sangat.. masa ni umur 13 hari..
IMG_0117
Akak Mia Qaisara yang caring & sayang sangat kat adik.. Tidur pun nak dekat-dekat adik..
IMG_0028
Macam mana ayah nak tidur ni, kena jadi tilam baby Khalif pulak malam-malam.. huhu

Pengalaman menjaga anak-anak & isteri semasa berpantang ni memang menyeronokkan.. Walaupun kadang-kadang terasa letih dan tak cukup tidur, tapi seronok dapat tengok keletah anak-anak & menjaga isteri sepanjang hari.. Semoga anak-anak ayah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh & solehah.. InsyaAllah, amin..

“MIAQAISARA”

017-202 3543

Advertisements

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s