3 Tips Mudah Untuk Mengekalkan Ketajaman Minda

Kita semua mempunyai pengalaman di mana kadangkala kita lupa di mana kita letakkan cermin mata kita, terlupa nama kawan atau tertinggal senarai barang yang nak dibeli di rumah sebaik saja apabila tiba ke supermarket.. Sama la macam wifey satu masa dulu, selalu sangat lupa mana diletaknya cermin mata especially lepas mandi.. Time nak tengok tv, baru la teringat.. Masa tu baru la nak tercari-cari.. Saya still ok lagi sebab Alhamdulillah, mata masih terang hingga kini.. 🙂

Sebenarnya, ini merupakan perkara biasa yang dialami oleh manusia apabila semakin meningkat usianya.. Ada kajian yang menunjukkan, dengan mengekalkan kesihatan otak dengan diet yang bersesuaian dan senaman, kita dapat meningkatkan tahap memori dan kuasa minda..

Di sini, saya kongsikan antara 3 tips yang mudah dan menyeronokkan yang kami sendiri amalkan bagi mengekalkan ketajaman minda:

#1 – Makan Ikan Sekali Seminggu
Individu yang makan ikan sekali seminggu mempunyai risiko yang lebih rendah mengalami penyakit Alzheimer.. Sebabnya adalah, kandungan Omega-3 asid lemak penting yang terdapat dalam ikan mengandungi DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda.

salmon-omega-31Jika anda bukan seorang peminat ikan, boleh lah mencuba pengambilan Omega Guard secara kapsul.. Inilah yang diamalkan oleh wifey sehingga kini dan Alhamdulillah dengan pengambilan secara konsisten, nampak adanya perubahan positif yang ketara..

omega & vita E

#2 – Rehatkan Minda
Otak akan menjadi penat apabila melakukan aktiviti yang sama sahaja setiap hari/setiap masa.. Sebenarnya, otak memerlukan sesuatu yang tak dijangka untuk mengekalkan kebijakan intelektual.. Apa kata anda rehatkan minda sekali-sekala dengan bermain apa-apa permainan minda seperti Sudoku atau teka silang-kata.. Macam wifey & saya, kami lebih gemar bermain permainan Gameboard MASTERIA bersama Mia Qaisara..
Mia main masteria
#3 – Tidur Sebentar Siang Hari
Tidur sebentar di siang hari @ Qailullah merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. dan dijanjikan ganjaran pahala jika kita meniatkannya, InsyaAllah.. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, orang yang biasa tidur siang dengan waktu 10 hingga 20 minit , memiliki daya ingatan yang lebih tajam dengan orang-orang yang tidak melakukannya.. Namun, kalau tidur siangnya sangat lama iaitu melebihi 45 minit, hal yang sebaliknya akan terjadi..
Qailullah (2)So, itu la antara 3 tips mudah yang saya sendiri amalkan.. Ada banyak lagi sebenarnya, cuma tak sempat saya kongsikan kat sini.. Hopefully, info di atas bermanfaat ye.. 🙂

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s