Babywearing Stylo Dan Bergaya

Zaman sekarang ni, terdapat bermacam-macam jenis babywearing di pasaran.. Ada yang mahal, ada yang murah.. Ada yang berwarna-warni, ada yang berwarna plain.. Ada yang senang pakai, ada jugak yang jenis berbelit-belit sana-sini.. Untuk Mia Qaisara, kami juga terfikir untuk pakaikan babywearing ni bagi menggantikan penggunaan stroller.. Secara peribadi, kami memilih jenis Soft-structured Carrier (SSC) dari jenama Snuggbaby.. Memang tak menyesal kami pilih jenama ni sebab dah beli dari zaman Mia Qaisara toddler sampailah sekarang diwariskan kat Ahmad Khalif pulak, dua-dua orang nampak selesa & seronok duduk dalam carrier tu.. Design nya pun boleh tahan cantik & menarik.. Nak pakainya pun amat senang dan mudah, cuma klip saja buckle, tak perlu nak berbelit-belit talinya..

Babywearing ni  kami beli di Karnival Mombaby Bazaar di Space U8 Shah Alam bulan Mac 2014 yang lepas…. Masa event tu, kami pun ada buka booth produk Shaklee.. Sambil-sambil tu, dok shopping gak produk baby yang orang lain jual.. heheh.. So, dengan tak disangka, wifey ternampak ada booth yang jual barangan Snuggbaby ni.. Kitorang memang cadang nak beli satu sebab nak dibawa ke Jakarta bulan April depannya.. Senang sikit nak bawak Mia dalam tu je, tak perlu la nak bawak stroller naik flight dengan masa shopping & jalan-jalan kat Jakarta nanti.. Kalau tak silap, harganya lebih kurang RM360.. Memang agak pricey tapi berbaloi sebab tahan lama dan tahan lasak.. Yang kami beli ni toddler size, sesuai la untuk toddler macam Mia Qaisara ni..

6
Tengah hias booth..
2
Masa ni kat Shaklee Jakarta.. Senang sikit nak bawak Mia berjalan ke mana-mana..
3
Salwa ngan Pojie kat sebelah tu memang otai babywearing.. Banyak belajar dari diorang ni la..

Apa yang best pasal SSC Snuggbaby ni??

  • Mudah & kemas apabila dipakai (adjustable buckle)
  • Padding tinggi, sesuai untuk bagi sokongan pada leher baby yang masih lembut
  • Ada sleeping hood untuk lindung kepala baby semasa tidur, terkena cahaya matahari atau hujan rintik secara tiba-tiba
  • Senang nak dibawa berjalan ke tempat-tempat yang sempit
  • Senang untuk dibersihkan/dicuci
  • Selesa untuk baby dan si ibu/ayah (baby boleh tidur terus dalam tu)
  • Material kain yang sejuk & lembut
  • Sesuai untuk newborn (cinch belt) sehingga toddler (refer jadual kat bawah)
  • Front & Rear facing style
  • Breastfeeding friendly
  • Kalau kena cara pemakaiannya, memang tak rasa lenguh atau sakit badan/pinggang bila bawa anak
Presentation1
Sumber: Snuggbaby

Apa-apa pun, yang penting bila beli baby carrier ni kena lah pentingkan soal keselamatan dan keselesaan.. Biar beli mahal sikit daripada beli murah tapi fake sebab ada kes buckle patah dan membahayakan baby.. Yang lain-lain tu boleh la anggap sebagai extra bonus je.. Cumanya, saya syorkan supaya beli carrier yang bukannya dari jenis crotch carrier supporting sebab jenis yang ni akan buatkan kelengkang baby sakit sebab keadaan kaki baby yang tergantung..

Antara 2 jenis carrier yang terdapat di pasaran.. Gambar atas kiri adalah dari jenis crotch carrier ..

Sekarang ni, babywearing Snugg dah diwariskan kat Ahmad Khalif pulak.. Senang sikit nak bawak berjalan bila anak dah 2 orang ni.. Sambil babywearing anak, sambil tangan boleh melayan whatsapp customer Shaklee kat handfon.. Nak selfie pun senang.. Heheh

Wefie
Wefie..
Khalif Snuggbaby
“Apa la yang ayah aku dok sengih sorang-sorang ni?”
IMG_3554
Tertidur jugak sambil berjalan-jalan.. Nampak macam best je Khalif duduk dalam tu..

So, pemilihan jenis babywearing ni terpulang la kepada diri masing-masing.. Lain orang lain la persepsi dia.. Yang mahal tak semestinya sesuai untuk kita dan yang murah pula tak semestinya tidak bagus.. Tak perlu nak ikut cakap orang lain, yang penting kita sendiri rasa selesa, stylo dan bergaya bila memakainya..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s