Tips Mengatasi Pening Kepala

Alhamdulillah, bangun pagi ni kepala rasa ringan, rasa segar dan yang penting kepala tak pening lagi dah.. Setelah sekian lama, akhirnya pening kepala menyerang lagi petang semalam.. Bukan jenis pening-pening biasa, ni yang jenis sampai rasa nak pitam.. Biasa la kat pejabat ni, macam-macam kerja kena buat.. Cuaca pun tak menentu sangat sekarang ni, kejap hujan lebat, kejap cuaca panas.. Yang terkini, keadaan jerebu yang teruk sangat kat Malaysia ni.. Memang la kerja dalam pejabat je, tapi disebabkan ulang-alik ke tempat kerja naik komuter so sedikit-sebanyak akan terdedah jugak kat cuaca jerebu ni..

IMG_3900
Keadaan masa nak keluar dari rumah pagi ni, masih lagi jerebu teruk..
IMG_3897
Keadaan jerebu teruk masa berjalan dari stesen komuter ke ofis..

Dah la masa nak balik petang semalam, masa tengah-tengah pening kepala tu, komuter buat hal pulak.. Elok-elok boleh sampai rumah cepat, terus delay hampir 2 jam.. Katanya ada kabel terputus di salah satu landasan, so perkhidmatan komuter terpaksa menggunakan satu saja landasan.. Bersesak-sesak orang kat stesen komuter dengan dalam train.. Lagi la bertambah pening kepala..

IMG_3894
Keadaan yang terlampau sesak pada waktu puncak ditambah pulak dengan masalah teknikal..

Sampai je rumah dah hampir waktu Maghrib, terus mandi untuk segarkan sikit badan.. Wifey pun dah get ready dengan secawan Nutriferon dan 3 biji Omega Guard untuk saya.. Fungsinya adalah sebagai immune booster, iaitu penggalak kepada sistem imun tubuh badan kita ni.. Bila imun meningkat, daya tahan melawan penyakit pun akan meningkat juga la.. Memang caring sangat wife saya ni, tambah-tambah time saya atau anak-anak jatuh sakit.. Risau betul dia.. heheh..

Nutriferon n Omega
Angry bird pun dah marah.. Pening kepala jugak agaknya..

Selesai  solat Maghrib, makan malam dan solat Isyak, sempat la main-main sekejap dengan Mia & Khalif tapi badan berasa tak bermaya sangat.. Waktu solat, tak lupa saya memohon agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal, namun Allah S.W.T. yang menentukan.. Banyakkan juga meminum air masak supaya kandungan air dalam badan sentiasa mencukupi.. Lepas itu, saya terus masuk tidur.. Awal sikit malam ni, lebih kurang dalam pukul 10.30 malam.. Alhamdulillah, bangun pagi ni rasa memang segar sangat, sakit kepala pun dah hilang dan dapat siapkan entry ni.. Itu la tandanya saya dah sihat 100%.. heheh..

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk, boleh la hubungi saya ye.. Mana tahu anda pun mengalami masalah yang lebih kurang sama macam saya.. InsyaAllah kami akan membantu mana yang termampu..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s