Motivation & Recognition Sambil Beraya

Ini la yang bestnya bila join group bisnes ni, asyik makan, makan, makan, makan je.. Makan pulak dekat hotel yang berbintang-bintang.. Kadang-kadang kat Sunway Hotel, Empire Hotel, IOI Marriot Putrajaya, Palace Of The Golden Horses dan merata lagi seluruh Malaysia ni.. Kalau berkesempatan, memang kami sekeluarga takkan lepaskan peluang ni.. Biasanya kami join event yang area Selangor atau KL je, yang jauh-jauh tuh masih belum sempat nak join.. Heheh.. Sambil makan-makan, sambil dengar sharing dan tips-tips dari mereka-mereka yang dah berjaya.. InsyaAllah satu hari nanti kami pulak yang akan bagi sharing kat atas stage tu.. 🙂

Kali ni, pada 23 Ogos 2015, event jamuan raya & makan-makan dibuat kat Holiday Villa Hotel, Subang Jaya.. Kali pertama jejakkan kaki ke sini, so kena la refer GPS dari iPhone6 yang dimenangi dalam Pertandingan GameBoard MASTERIA bulan Mei 2015 yang lepas.. Kami sampai tepat pukul 2.00 petang.. Masa ni tak berapa ramai lagi orang.. Memang luas dewan kali ni.. Mia Qaisara la yang paling seronok, dapat jumpa best friend dia macam Arreessa & Wafiy.. Kalau kat rumah asyik dok sebut nama-nama diorang ni je.. Yang lagi best hari ni, Natascha, cousin Mia pun ada datang jugak event ni.. Sakan la diorang dok main..

image
Bersama Idola.. Master Zainul @ Wak
image
Wifey bersama Ainul, blogger cool.. Khalif sedap je tidur dalam babywearing..
image
Pengacara Majlis yang kiut-miut..

Sharing kali ni dari 2 orang Master Coordinator yang sangat-sangat cemerlang dalam biz ni iaitu Master Dr. Hj. Abdullah & Master Nurazlina.. Banyak tips yang dapat pada hari tu, memang tak menyesal habiskan masa kat sini.. Sebenarnya event tu tak la lama pun, dalam 3 jam je (2 jam event, 1 jam makan.. heheh)..

image
Sharing dari Master Dr. Hj. Abdullah..
image
Sharing dari Master Nurazlina..

Sambil-sambil tu, ada jugak cabutan bertuah dan sesi Riang Ria.. Untuk cabutan bertuah, wifey berjaya dapat sebotol Zinc Complex yang berharga RM33.75.. Untuk sesi Riang Ria, saya pulak dengan rela hati nya merelakan diri naik ke stage dan tak disangka-sangka diminta untuk bertanding dalam pertandingan pakai tudung dan pakai songket terbaik serta kemas.. Yang jadi masalahnya, laki-laki diminta untuk menggayakan tudung dan yang wanita pula diminta untuk memakai songket.. Terbalik pulak! Kumpulan yang mana menerima tepukan paling gemuruh dari penonton, dikira sebagai pemenang.. Tak disangka-sangka, kumpulan kami menang daripada 3 pasukan yang bertanding dan menerima sebotol hadiah DTX Complex yang berharga RM155 setiap seorang.. Memang rezeki kami sekeluarga pada hari tu..

image
Pembahagian kumpulan..
image
Sedang berbincang, siapa yang patut dikorbankan.
image
Walaupun begini, saya masih lelaki tulen.. hahaha
image
Semua orang memang sporting la..
111
Mia main dah tak ingat ayah & ibu..

image image imageSemuanya berjalan dengan lancar pada hari tu.. Mia pun enjoy sangat main dengan kawan-kawan.. Makanan pun sedap-sedap especially bihun goreng.. Memang best event-event anjuran Shaklee, setakat ni masih belum ada yang mengecewakan.. Nak join?? Jom sertai kami sekarang..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s