Tempat Makan Santai Dan Menarik Di Putrajaya

Lama dah terdengar kat Putrajaya ni banyak tempat makan yang santai, menarik dan best.. Selalu je rasa nak bawak family makan-makan kat sini tapi belum ada rezeki sebab lokasi rumah kami yang agak jauh dari Putrajaya.. Akhirnya, pada hari Sabtu yang lepas selepas selesai je program Trip Percuma Ke Bangkok 2016, tercapai jugak hasrat nak makan-makan kat sini.. Yang lagi special nya, event makan-makan kali ni dibelanja oleh Master Hadhatina & Master MKB.. Semoga Allah S.W.T. murahkan lagi rezeki dan memberi kejayaan yang lebih hebat kepada mereka sekeluarga, InsyaAllah..

18
Event di Putrajaya..

Lokasi makan kami kali ni di Ikan Bakar Seri Empangan Putrajaya. Lokasinya di Presint 5, bersebelahan dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC).. Tempatnya memang menarik dengan view tasik yang sangat cantik.. Ada pelbagai jenis menu makanan kat sini macam ikan bakar yang pelbagai jenis, masakan goreng-goreng, nasi campur, tauhu bakar, burger dan macam-macam lagi.. Harganya pula agak standard, tak murah dan tak mahal sangat..

Waktu Perniagaan: 10 pagi – 10 malam (ditutup pada hari Isnin)

**Menu untuk ikan bakar bermula pada pukul 5 petang sehingga 10 malam

Memandangkan masa kami sampai tu dah petang, nak makan nasi campur macam dah terlewat dan nak makan ikan bakar pulak macam awal lagi, so, hari tu kami cuma order masakan goreng panas-panas dengan burger je.. Lain kali la baru kita merasa makan ikan bakar kat sini.. Servis dan layanan pun ok.. Order pun cepat sampai.. Dah habis makan nasi paprik + telur dadar, boleh la pulak tambah order burger ayam pulak.. Bila dah berborak tu, air memang bergelas-gelas la order.. Memang sedap makanan-makanan kat sini.. Kawasannya bersih dan luas, sangat sesuai kalau nak buat sesi coaching atau jumpa client.. Amat selesa dengan surau dan tandas juga ada disediakan..

10
Tempat ni juga sesuai untuk riadah dan bawa anak-anak berjalan..
7
Kalau takut air, boleh la try naik sampan ni..
6
Kawasan yang luas dan lapang untuk anak-anak bermain..
IMG_4335
Mia and friends..
1
Sedapnyeeeee..
2
Kamarul Borhan dari Kumpulan Al-Farabi Band..
IMG_4338
Kita bergambar dulu sementara tunggu makanan sampai..
3
Ahmad Khalif pun seronok dan diam je duduk atas riba ayah sambil ditiup angin sepoi-sepoi dari tasik..
11951442_10153547231252978_5739023690003898038_o
Bergambar kenang-kenangan di depan restoran..

InsyaAllah, kalau ada siapa-siapa yang di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan-kawasan berhampiran yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk, keahlian atau trip PERCUMA ke Bangkok ni boleh lah hubungi kami dan kita set kan tempat perbincangan di sini.. Sambil bincang-bincang, sambil menikmati keenakan juadah kat sini.. 🙂

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s