Zaman sekarang ni, semua orang berlumba-lumba nak kelihatan lebih cantik.. Bukan setakat nak cantik luaran je, tapi juga dalaman.. Yang isteri, tentulah mencantikkan diri untuk suami dan yang suami pun kena lah nampak selalu hensem kacak bergaya di mata isteri.. Untuk yang masih bujang, malahan yang dah berumur pun kena lah sentiasa menjaga penampilan dan kesihatan diri, bukannya apa, untuk lebih sihat dan tampak lebih berkeyakinan sentiasa..

Kat mana ye nak cari “Wellness Spa” yang terbaik kat kawasan KL ni?? Nak-nak pula harganya berpatutan dan kualiti terjamin??
Tentulah di CitySkin MediSpa.. Apa yang “special” nya dekat sini??
- Pakar-Pakar Bertauliah
- Patuh Syariah (Bilik khas untuk wanita bertudung)
- Untuk Lelaki & Wanita
- Khidmat Nasihat Dan Bimbingan (Gabungan Klinik dan Spa)
- All In One (Rawatan Rambut, Kulit, Kuku, Badan)
- Produk-Produk Penjagaan Kesihatan & Kecantikan Yang Ekslusif Dan Berkualiti (100% HALAL)
- Harga Rawatan Yang Berpatutan
Kalau nak tahu, CitySkin MediSpa ni merupakan gabungan mantap inspirasi seorang ibu, Dr. Wan Julia Sham Dato Ariffin, 53 tahun bersama anak perempuan beliau, Puan Siti Farah Azwin Abd Khalid, 26 tahun..

Melihat kepada pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua ibu dan anak ini, tak dinafikan lagi kedua-duanya amat mahir dan berpengalaman luas dalam bidang penjagaan dan rawatan kesihatan serta kecantikan..

- Dr. Wan Julia Sham Dato Ariffin – Doktor Perubatan yang juga merupakan seorang Pakar Anti-Penuaan Dan Estetik; Antara Doktor Melayu PERTAMA yang menerima Board Certified In Anti-Aging & Regenerative Medicine (ABAARM – A4M USA)..
- Puan Siti Farah Azwin Abd Khalid – Pakar dalam bidang nutrisi dan terapi kecantikan termasuk Paramedikal Trichology Diploma dari International Association of Trichologist, Sydney, Australia..
Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang untuk sertai sharing session di CitySkin MediSpa Cawangan Bangsar South, yang lebih dikenali sebagai Hair Rich (World Integrated Trichology Centre).. Dengar nama pun dah boleh agak kan apa yang special nya? Kat sini specialist untuk penjagaan dan kesihatan rambut.. Siapa-siapa yang mempunyai sebarang masalah rambut, boleh lah rujuk ke sini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari pakar..

Melangkah masuk ke dalam sahaja pun dah terasa betapa ekslusifnya suasana di sini.. Memang tenang jiwa, raga & rambut rasanya bila berada dalam ni..



Selama lebih kurang 2 jam sesi taklimat dan demo bersama pakar-pakar di sini, rupa-rupanya banyak hal berkaitan penjagaan rambut yang saya terlepas pandang selama ni.. Antaranya dari segi pemakanan, senaman, ketidakseimbangan hormon dan sebagainya.. Yang lebih teruk, sekiranya masalah keguguran rambut tidak dirawat, ianya boleh menyebabkan seseorang tu berdepan dengan penyakit kemurungan yang mampu menjejaskan prestasi kerja dan kehidupan seharian..





Amat terkesan sekali rasanya dengan penerangan yang diberikan, lebih-lebih lagi saya memang mengalami masalah rambut menipis/berkurangan dan beruban semenjak dua menjak ni.. Betul apa yang disampaikan, masalah keguguran rambut ni sedikit sebanyak mengganggu saya untuk bergaul dengan orang terutamanya rakan-rakan sebaya yang mana rambut mereka masih hitam berkilat dan lebat.. Lebih teruk lagi, banyak kali saya disalah faham oleh orang baru dikenali yang rata-ratanya teka umur saya 40 tahun ke atas, sedangkan saya ni masih di awal 30-an.. huhu..stresssss.. stresssss..
Kalau lah dari dulu lagi saya sedar akan kepentingan penjagaan rambut ni, dah tentu saya dah dapatkan khidmat dari CitySkin MediSpa ni.. InsyaAllah masih belum terlewat untuk saya berbuat sesuatu.. Rasa tak sabar lak, nak cuba juga buat rawatan rambut di sini dalam masa terdekat ni.. Lagipun, kos yang dikenakan pada pendapat saya adalah sangat berpatutan jika dibandingkan dengan khidmat rawatan yang diterima..



Antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh CitySkin MediSpa:


Boleh lah hubungi dan buat tempahan melalui telefon dulu sebelum nak dapatkan perkhidmatan kat sini (boleh nyatakan referral dari blog miaqaisarah.com)..
[ Waktu Perniagaan : Setiap Hari (9 pagi hingga 6 petang) ]

i) CitySkin MediSpa
B7/1/1 Jalan Ampang utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor
Fon: 03-4253 5257

ii) Hair Rich (World Integrated Trichology Center)
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5, Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur
Fon: 03-2242 0880
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari: