Percutian Best Di Tam’s Chalet Janda Baik

Seronok betul rasanya bila dapat bercuti bersama family.. Sebenarnya, kalau nak bercuti ni tak perlu pun nak pergi jauh-jauh.. Sekitar KL/Selangor ni pun dah banyak tempat yang menarik.. Yang penting, dapat spend masa dengan family tersayang, ye tak? πŸ™‚ Lagipun, tempat dekat ni, cost dan time saving, tak perlu nak drive lama-lama dalam kereta.. Macam bulan April lepas, kami ke Ajlaa Resort ni dengan kawan-kawan uni, memang happening habis..

Kali ni, destinasi kami lagi dekat dengan rumah.. Walaupun ianya dah termasuk dalam negeri Pahang, tapi jarak perjalanan hanya 60 km dari Rawang.. driving pun cuma ambil masa lebih kurang 45 minit je.. Nak tahu ke mana? Inilah destinasi percutian hujung minggu kami seterusnya, Janda Baik, Pahang.. (untuk versi yang lebih brif, boleh refer blog Sarah Qaisara ni ye) πŸ™‚

12
Menuju ke Janda Baik, Pahang..

Cadangan asalnya nak bawak Mia Qaisara dengan Ahmad Khalif mandi jeram kat sini je.. Tapi sambil-sambil tu, kami packing jugak pakaian mana la tau kalau-kalau penat nanti dan ada chalet yang kosong, boleh la terus bermalam kat sana je.. Tak booking pun chalet, just main redah je.. So, lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami pun bertolak ke sana selepas siapkan sikit makanan untuk dibuat berkelah nanti..

123
Suasana kampung yang nyaman.. Banyak signboard chalet kat sini..

Akhirnya, kami tiba ke Riverside Chalet.. Kawasan ni memang betul-betul di tepi jalan dan tempat tumpuan ramai orang.. Tempat mandinya pun agak menarik dan luas.. Mia Qaisara pun dah tak sabar-sabar nak mandi.. Pantang betul kalau dah nampak air..

CHECKING-IN

Sambil-sambil wifey temankan Mia Qaisara mandi kat situ, saya lak bawak Ahmad Khalif dalam misi mencari chalet untuk bermalam.. Bila ditanya owner Riverside, hampa sebab kesemua chalet telah penuh jadi saya pun terus drive ke atas sedikit dari Riverside..

Lebih kurang 300 meter dari Riverside Chalet, betul-betul sebelum simpang ke Cherengin Hills Resort, saya tertarik dengan Tam’s Chalet ni.. Chalet ni betul-betul bertentangan dengan D’ Ark Resort, dipisahkan oleh sungai yang mengalir.. Kalau nak ke chalet ni, boleh juga cari Masjid Sultan Abu Bakar.. Kawasannya amat strategik untuk kami yang ada anak kecil ni.. Letaknya di penghujung jalan dan amat privacy sekali.. Alhamdulillah, masih ada chalet yang kosong dengan harga RM 150/malam.. Siap ada aircond lagi, dah la cuaca memang sejuk kat sini.. memang nyenyak la tido malam ni.. huhu

IMG_4727
Jalan masuk ke Tam’s Chalet..Kat depannya ada tempat orang main ATV..
IMG_4724
Rumah tuan tanah, Abang Zahar..

So, ni lah chalet kami.. Saiz biliknya sederhana, memang selesa untuk kami 4 beranak ni..

IMG_4738
Pandangan luar bilik, comel je design chalet ni.. Semuanya chalet baru, mula beroperasi dalam bulan Mei 2014..
Collage
Pandangan dalam chalet.. Kemas, bersih dan lengkap..

Yang Disediakan:

  • 1 katil queen size dengan bantal yang banyak dan empuk
  • 1 tilam single extra
  • sinki
  • water heater (kettle)
  • Pinggan, gelas, jug air
  • aircond
  • kipas angin dinding
  • bilik air yang ‘super’ bersih
  • tekanan air laju
  • tikar untuk piknik kat luar
  • tikar sejadah

Yang Tidak Disediakan:

  • Shower water heater (maybe sebab nak bagi pengunjung rasa macam suasana yang betul-betul seperti di kampung, mandi air sejuk-sejuk)
  • TV
  • Tuala

AKTIVITI WAKTU PETANG

Belum sempat letak barang, Mia Qaisara dah teruja nak mandi sungai.. Tak risau sangat Mia mandi kat sini, sebab airnya cetek je dan arus pun tak laju sangat.. So, terus bentangkan tikar dan berkelah makan lunch dengan bekal kami tadi.. Layan sungguh makan di tepi sungai sambil menikmati keindahan alam semulajadi..

IMG_4502
Khalif pon sempat mandi sungai jap.. dah penat,nyusukan, terus tidur Khalif ni.. Sedap sangat dengar bunyi arus sungai kot.. Nyaman je rasa kat sini..
IMG_4511
Sedapnya lapar-lapar makan tepi sungai camni..
IMG_4524
Chalet dekat, kat atas tu je..
IMG_4508
Layan kappucino Malaysia..
IMG_4523
Nampak air terus tak ingat ibu ayah lagi dah.. Terjumpa friend lak tu..
IMG_4520
Main pasir sungai..
IMG_4601
Ada 3 pondok tepi sungai untuk kegunaan pengunjung.. Boleh BBQ kat sini jugak.. Best2
IMG_4621
IMG_4627 Normal shot dengan Canon EOS 700D..
IMG_4656
Setting shot sikit Canon EOS 700D.. Nampaknya perlukan tripod ni.. huhu
IMG_4547
Dah bangun pun budak comel ni.. πŸ™‚
IMG_4587
Sewa pelampung dari tuan tanah.. RM 5 sahaja sampai checkout..
IMG_4588
Water rafting..

AKTIVITI WAKTU MALAM

Waktu malamnya pula, kebetulan family Abang Zahar sambut ulangtahun kelahiran ayah beliau, Pakcik Mohamad Nor yang ke 78 (kalau tak silap).. Orang kat sini gelar pakcik ni dengan panggilan Pak Uda.. Masih sihat nampaknya Pak Uda ni, mungkin juga faktor persekitaran kampung Janda Baik yang nyaman & kurang pencemaran membuatkan Pak Uda ni steady je..

IMG_4672
Tempat BBQ ni boleh juga disewa untuk function bersama kawan-kawan @ family.. Peralatan pun lengkap..

Diorang adakan barbeque betul-betul di sebelah chalet kami.. Ada jugak pulut kuning dengan rendang daging.. Alhamdulillah, langkah kanan kami percutian kali ni.. Tak pasal-pasal, dijemput sekali join majlis besday ni.. Borak punya borak, tak disangka family Abang Zahar ni semuanya ramah-ramah belaka.. Dah macam satu family dah kami malam tu.. hahaha.. Layan betul borak dengan Pak Uda especially pasal pendudukan komunis di Tanah Melayu satu masa dulu.. Kalau nak tau, Pak Uda ni jugak merupakan salah seorang pejuang negara yang ada pengalaman menentang komunis.. Memang respek abis kat Pak Uda ni, pejuang veteran..

IMG_4686
Pulut kuning bentuk kek.. Unik!
IMG_5783
Fuhh.. semuanya siap dihidang depan kami.. kenyang sungguh malam tu..
IMG_4705
Pakcik Mohamad Nor @ Pak Uda..
IMG_4689
Layan borak ngan Pak Uda ni memang syiok..
IMG_4690
Lepak santai macam kat kedai kopi.. huhu
IMG_4698
Khalif pun nak borak gak ke?? Pakai baju pink pulak tu.. huhuhu
IMG_4692
Anak-anak dan menantu Pak Uda pun semuanya ramah-ramah.. πŸ™‚

AKTIVITI WAKTU PAGI

Seawal jam 6.30 pagi saya dah bangun dan sembahyang Subuh.. MasyaAllah, nak berwudhu’ tu terasa sejuknya air kat sini, macam ais batu.. hahaha.. So, terpaksa la mandi lambat sikit dalam pukul 8 pagi.. Tapi, memang menyegarkan bila badan kita ni terkena air sejuk.. Kalau siapa-siapa yang agak tak boleh tahan tu, leh la masak air panas guna water heater (kettle) yang disediakan tu untuk mandi..

On the way nak cari sarapan pagi, sempat la saya singgah sekejap ke Cherengin Hills Resort ni, saja melawat kawasan.. Letaknya betul-betul atas puncak bukit, lebih kurang 5 minit je memandu dari Tam’s Chalet.. Sejuknya kat sini, sampai ke sum-sum tulang.. InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, next time boleh la try stay kat sini pulak sebab trip kali ni memang plannya nak bawak family santai-santai ala kampung sambil mandi sungai..

IMG_4762
Cherengin Hills Resort di waktu pagi..
IMG_4760
View ke bawah dari Cherengin Hill Resort.. Ni bukan jerebu ye, tapi kabus pagi..

Sempat jugak saya lalu ke jalan masuk ke stadium Frenz United.. Tapi tak sempat la pulak nak singgah ke stadium, sebab perut dah berkeroncong mintak nasik lemak.. Kata Pak Uda semalam, kat sini ada banyak kedai makan untuk sarapan pagi.. Nasik lemak ada, roti canai pun ada.. Memang betul la, sedap nasik lemak dengan roti canai yang saya beli hari tu..

IMG_4764
Signboard ke Stadium Frenz United..

SEBELUM CHECKING-OUT

Pagi tu, rupa-rupanya Mia awal-awal dah bangun.. Tunggu ayah balik belikan sarapan.. Tak sabar nak gi mandi sungai.. Tak tau sejuk ke budak Mia ni agaknya? Huhu.. So, kita mandi lagiiiiiiii..

IMG_4777 IMG_4821 IMG_4835 IMG_4857 IMG_4877 IMG_4885 IMG_4889 IMG_4890 IMG_4973CHECKING-OUT

Best betul weekend getaway kali ni.. Baik family Abang Zahar ni.. Nak bayar duit sewa pelampung pun, dia tak nak ambik dah.. Sedihnya rasa nak kena balik rumah dah.. Dah la kat rumah tak ada sungai, tengah berjerebu lak tu.. huhu.. Tak apa la, next time leh lagi datang ke sini, dekat je pun..

IMG_5057
Getting ready nak balik dah.. Will surely miss this place.. Feels like home..

Apa-apa pun, sebelum balik, kita snap pic product dulu la sikit.. Bak kat orang, “Close to Nature”.. Lagipun, produk-produk yang terdapat di SINI semuanya berasaskan bahan-bahan semulajadi πŸ™‚

IMG_5029===> TONTON, LIKE & SHARE

DETAIL TAM’S CHALET

So, ni sikit detail jenis-jenis penginapan buat siapa-siapa yang berminat nak bercuti kat sini:

**SEMUA HARGA ADALAH FLAT RATE (Sama je harganya kalau weekend ke, weekdays ke, cuti umum ke, semua sama)

-info sehingga 25 Oktober 2015-

IMG_4738
Chalet (Aircond + Kipas) : 2 buah = RM 150/chalet/malam (1 katil queen + 1 tilam extra)
IMG_4741
Chalet (Kipas sahaja) : 3 buah = RM 150/chalet/malam (1 katil queen + 1 tilam extra) (baru siap dibina bulan September 2015)
IMG_4739
Chalet Family (Kipas sahaja) : 1 buah = RM 230/malam (2 katil queen + 1 tilam single)
IMG_4733
Homestay (Rumah 3 bilik) : 1 buah = RM 350/malam (boleh muat 6 @ 7 family)

Kalo nak booking stay kat sini, boleh lah call nombor nih k..

Kak Yan: 012-603 6844

Advertisements

6 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s