Antara yang selalu dicari-cari oleh pasangan bakal pengantin, semestinya khidmat jurugambar untuk mengabadikan memori terindah mereka semasa hari bersejarah tersebut.. Boleh memanglah boleh kalau nak mintak adik-beradik atau kawan-kawan just tangkap gambar guna camera phone atau compact camera.. Tapi, setahu sayalah, secanggih mana pun phone tu, tak sama hasilnya dengan kita dapatkan khidmat jurufoto khas untuk wedding yang mempunyai kepakaran malahan harga DSLR termasuk gadgetnya saja dah mencecah berbelas malahan ada tu yang sampai berpuluh ribu ringgit kan?

Pada pandangan saya, tak salahnya rasanya kalau kita berbelanja sedikit untuk dapatkan hasil yang terbaik kan? Lagipun kahwin hanya sekali seumur hidup, so, masa ni la nak posing sakan untuk flashback diri sendiri termasuk anak cucu kita di masa akan datang.. Yang penting, berbelanja ikut kemampuan dan tidaklah sampai membazir.. Contohnya, kalau cadang nak kahwin lagi 2 tahun katakan, boleh la mula menabung sedikit demi sedikit bermula dari sekarang.. Lagipun sekarang ni dah banyak pilihan jurufoto dengan harga pakej yang berpatutan..
Macam saya dan wifey, bila bukak balik pic dan album wedding kami, rasa nostalgic dan mencuit hati pun ada kadang-kadang tuh.. Especially pic outdoor post-wedding kitorang honeymoon ke Pulau Perhentian.. Jangan tak tau, masa tu siap hire photographer untuk photoshoot kami sampai ke pulau kat Terengganu tu.. Dah beratus kali buka album dan tengok pic yang sama pun still tak rasa jemu.. Ye la, biasanya photographer ni penuh dengan idea gila-gila yang kita sendiri pun tak terfikir nak @ sanggup buat.. Tapi bila depan kamera diorang, habis rasa malu segan semua, sedar-sedar je dah jadi part time model.. Mia Qaisara yang tengok album pun pelik, sebab dia tak ada dalam pic-pic yang kitorang tunjukkan kat dia tu.. hahahaha.. Mia oh Mia..

Apa yang perlu disurvey kalau nak dapatkan khidmat photographer ni ye? Ni adalah list ringkas yang dapat saya kongsikan berdasarkan experience saya (mostly wifey la yang survey) sendiri masa nak hire photographer untuk wedding kami suatu masa dulu.. Simple je.. heheh
- Hire photographer terbaik ikut keperluan dan budget;
- Dapatkan harga total termasuk extra charge sekiranya event di luar kawasan dan sebagainya; dan
- Fahami terma & syarat-syarat yang dikenakan..

Masa wedding tahun 2010 dulu, kitorang hire salah sorang photographer dari KL untuk cover kedua-dua event di Segamat dan Rawang termasuklah outdoor.. Kurang beruntungnya kami masa tu sebab adik ipar saya yang sorang ni belum berjinak-jinak dalam bidang fotografi.. Tapi, melihatkan hasil kerjanya sekarang ni, memang terkilan sangat sebab bukan dia yang snap pic-pic memori kami dulu.. Kalau tak, hasilnya mesti lagi SUPERBBB!! Iskandar, apasal la ko lambat sangat join fotografi ni.. Huhu

Kalau nak kenal, ni lah Iskandar, founder kepada ISKANDAR PHOTOGRAPHY.. Satu-satunya adik kepada wifey saya, merangkap satu-satunya adik ipar saya jugak ler.. Panggilan manja kami kat dia, Is.. Orangnya simple, kreatif, berdisiplin dan senang nak dibawak berbincang.. Sepanjang berkecimpung dalam bidang ni sejak tahun 2012, Alhamdulillah katanya dah tak menang tangan job yang diterima especially time cuti sekolah dan cuti-cuti Malaysia ni.. Rezeki dari Allah.. Baru-baru ni, Is jugak dah berjaya meluaskan minatnya dalam bidang fotografi ni dengan bukak studio sendiri di Pasir Gudang, Johor.. Walaupun berpusat di Johor, ISKANDAR PHOTOGRAPHY juga menerima jemputan untuk event-event ke seluruh Malaysia.. So, jangan risau ye just kontek-kontek Is untuk sebarang pertanyaan..
Jom kita sneak peek sikit apa yang ISKANDAR PHOTOGRAPHY offer untuk bakal-bakal pengantin di luar sana yang inginkan memori indah diabadikan selamanya..
Indoor
Outdoor
ISKANDAR PHOTOGRAPHY
InsyaAllah, perkahwinan idaman yang anda impi-impikan selama ni akan direalisasikan melalui ISKANDAR PHOTOGRAPHY.. Selain menawarkan khidmat photographer, ISKANDAR PHOTOGRAPHY juga menyediakan khidmat videographer dengan harga yang berpatutan.. Untuk lebih detail, boleh terus hubungi Iskandar seperti berikut:
Call/SMS/Whatsapp: Iskandar : 012-796 5981 / 017-678 0963
Email Package: iskandar_4171@yahoo.com
Facebook Page : ISKANDAR PHOTOGRAPHY
*semua gambar adalah kredit kepada ISKANDAR PHOTOGRAPHY
[…] Latest pic last week.. Bersama ahli keluarga baru kami, Ahmad Khalif @ 6 months old.. š Kehidupan lebih sihat & bahagia bersama family tersayang.. Pic by Iskandar Photography.. […]
LikeLiked by 1 person
Penuh seni
LikeLike