Sejak dah pandai merangkak ni, bagus la baby Khalif dah pandai main sendiri.. Kalau tak asyik nak kena berdukung je.. Cumanya, still kena pantau la pergerakan dia tu.. Ye la kan, kecik lagi.. Baru masuk 6 bulan.. Semua benda nak di explore, nak dipegang, habis kutip semuanya masuk dalam mulut..

Sambil bawak Mia Qaisara dengan baby Khalif main kat playground, dapat la ibunya jadi model facial jap petang tu.. Punya la seronok baby Khalif main, sampai tak ingat nak menyusu ke, nak nangis ke.. Memang behave sangat-sangat.. good boy Khalif..
So, model facial untuk produk apa yang ibu Khalif jadi malam tuh? Of course lah untuk produk Shaklee yang sangat top ni.. Jangan ingat Shaklee cuma ada supplement untuk kesihatan je, set produk penjagaan diri dan kecantikan pun ada.. Kalau nak kulit wajah flawless, boleh la try ambil set Nutriwhite Shaklee ni secara konsisten.. Nak tau fungsinya?? Boleh refer sini ye..
Keistimewaan Produk Nutriwhite
- Dihasilkan khas oleh saintis Jepun untuk kulit orang Asia
- Diperkaya dengan 16 jenis tumbuh-tumbuhan terbaik dari 16 buah negara
- Sesuai untuk jenis kulit combination (oily & kering)
- Sesuai untuk semua peringkat umur
Kalau tengok ciri-ciri kat atas tu, memang sesuai sangat la dengan kulit kebanyakan dari kita ni, Asian skin.. Tambahan pulak negara kita ni memang terkenal dengan keadaan cuaca yang panas sepanjang tahun.. Sama ada kita sedar atau tak, hari-hari kita terdedah dengan cahaya matahari.. Memang makin lama, makin rosak la kulit kita ni kan..
So, semua yang datang pada hari tu termasuklah kitorang dah tak sabar-sabar nak dengar penerangan daripada nutrionist-nutrionist Shaklee yang sangat berpengalaman ni.. Macam mana agaknya nak repair balik kulit kita yang semakin hari, semakin kurang sihat ni.. Ye la, umur muda lagi, tapi kulit dah nampak mula kusam, kurang bermaya dan tumbuh pulak jeragat.. Makin la hilang self confident bila berdepan dengan orang lain kan? Kalau tak dirawat sekarang, makin melarat lah nanti.. Macam wifey, untunglah sebab dapat free facial treatment hari ni.. heheh



Lepas setel je buat facial treatment nih, dengan excitednya wifey cakap kat saya;
“Abang, memang best la set Nutriwhite nih.. Muka rasa fresh sangat dan tegang sedap-sedap je tak macam kalau guna produk lain, rasa tegangnya menarik-narik muka.. Lagipun, kulit muka sayang kan sensitif sikit, silap guna produk sikit mulalah muka rasa pedih especially kalau ada chemical dalam tuh..”
Bila dah cakap macam tuh, nampaknya kenalah belikan set ni untuk wifey.. Lagipun untuk saya jugak kan.. heheh
Untuk cara penggunaan set Nutriwhite ni, boleh refer pic yang kat bawah ni k.. 🙂
Set Nutriwhite ni jugak amat sesuai untuk mereka yang ada masalah jeragat atau bintik-bintik hitam di wajah.. Jeragat memang common sangat terjadi kat rakyat Malaysia, especially pada kaum wanita.. Puncanya, mungkin akibat kekurangan nutrien (atas faktor peningkatan usia/genetik), faktor cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia..

So, boleh la cuba set ni untuk dapatkan kulit wajah yang cantik dan berseri-seri.. Sekiranya terdapat limited budget, amat sesuai kalau ambil 2 produk ni iaitu Spot Whitening Treatment (RM 150) dan Ultimate Protection Whitening Lotion (RM 200) terlebih dahulu bagi mengurangkan kesan jeragat di wajah kerana ia mengandungi sunblock SPF 15 dan uv protector di dalamnya.. Sesuai sangat lah untuk sesiapa yang kerjanya kerap terdedah kepada cahaya matahari ni macam engineer kat site atau yang banyak buat aktiviti luar..
Mahal ke set Nutriwhite Shaklee ni?? Kalau nak diikutkan, mana-mana produk kecantikan yang terbukti berkesan memanglah harganya sedikit tinggi.. Apa salahnya melabur sikit untuk kecantikan diri untuk suami ke, kan bagus macam tu.. 🙂 Pada saya, set Nutriwhite ni masih berbaloi untuk dimiliki.. Mana taknya, dengan harga RM 1,158 untuk full set ni, kita akan dapat:
- Tujuh (7) produk yang ekslusif
- Keahlian Shaklee secara PERCUMA untuk SEUMUR HIDUP
- Rebat Tunai yang akan dibayar semula pada pertengahan bulan berikutnya
- Pembelian dengan kadar harga ahli yang jauh LEBIH MURAH untuk next purchase (untuk kesemua produk Shaklee)
- Peluang untuk buat bisnes (sekiranya berminat)
Memang untung berganda-ganda kan.. 🙂
Senarai harga set Nutriwhite..
**Boleh juga buat pembelian secara loose item mengikut budget dan keperluan masing-masing

Bestnya kalau kulit dapat kembali ke keadaan seperti bayi.. Bersih, suci dan murni je nampaknya.. Jelesnya tengok kulit baby Khalif ni.. huhuh
Ingin dapatkan set Nutriwhite ni? Hubungi kami segera..
“MIAQAISARAH”
017-202 3543
[…] Kalau nak tau lagi detail pasal fungsi & harga produk Nutriwhite, boleh refer entry ni.. […]
LikeLiked by 1 person