Rahsia Berhenti Merokok

Pejam celik, pejam celik tak sedar dah hampir 5 tahun saya berhenti merokok.. Kalau nak tau, inilah merupakan salah salah satu kejayaan terbesar yang masih saya banggakan sehingga ke hari ni.. Maybe ada orang yang akan cakap, “Alaaa, apa susahnya nak berhenti merokok, tak payah beli, tak payah cucuh rokok.. Tak payah hisap rokok 2, 3 hari, nanti lama-lama automatik la berhenti merokok”.. Alangkah indahnya kalau kenyataan semudah kata-kata.. Habis bangkrap la company-company rokok seluruh dunia kalau semua orang mudah-mudah je dapat berhenti merokok kan.. Hahaha..

rokok

Macam saya, mula hisap rokok masa sekolah menengah lagi.. Zaman tu, rokok sekotak 20 batang berharga RM 3.70 je sampai lah time saya berhenti merokok 14 tahun selepas tu masa rokok berharga RM 10.. Hampir separuh hidup saya ditemani dengan rokok, hari-hari siang dan malam.. Dalam tempoh masa tu, dah tak terkira berapa RM yang saya laburkan dalam industri tembakau ni.. Pulangannya dalam bentuk matawang kosong je, tapi dapat la habuan sakit dada sekali-sekala.. Ok lah tu kan, daripada tak dapat pulangan apa-apa langsung..

Rokok pertama yang saya try masa tu, of course la Marlboro, feeling ala-ala koboi sikit..  Tapi bila dah try Dunhill lepas tu, terus sangkut dengan Dunhill lak.. Biasa beli Marl @ Dan 7 je.. Di samping harga yang sangat ekonomi, cuma RM 1.60 je, rokok pack 7 ni padat dan lebih kick, senang nak disorok bila ada spot check dan mudah nak dibawak ke mana-mana.. Agaknya, itu lah sebabnya Kerajaan kita dah mansuhkan pack 7, 10 dengan 14 kot dan naikkan harga rokok.. Termasuklah jugak dengan soft-pack dan jual secara batang-batang.. Supaya budak-budak sekolah tak beli rokok ni..

Dunhill 7 Collage
Dunhill 7 yang dah pupus..
smoker mijie
Sewaktu zaman kegelapan.. Asal lepak je hisap rokok.. Asal jumpa kengkawan je hisap rokok.. Asal minum je hisap rokok.. Huh

So, kalau nak diikutkan, memang dah lama la saya merokok.. Tapi apa yang buatkan tiba-tiba je saya terasa nak berhenti merokok ni? Sebenarnya, niat nak berhenti tu dah lama tapi biasa lah, asyik tertangguh je.. Janji dalam hati besok nak start, pastu tunggu ke besoknya, pastu tunggu lagi ke besoknya.. Sampai ke sudah tak dibuatnya jugak..

Mia ngan Ayah Ibu
Mia yang botak & Wifey yang banyak bagi galakan untuk quit smoking..

Cumanya, bila dah berkeluarga nih, banyak benda yang kena difikirkan especially dari segi kesihatan wife & anak-anak.. Takkan lah nak hisap rokok depan diorang kan.. Masa bujang, ok lah kan.. Tak perlu nak fikirkan pasal orang lain sangat.. Rokok kat mana-mana pun buat donno je.. Lagipun secondhand smoke punya effect sama je dengan effect orang yang merokok.. Dah la orang tuh tak merokok, kena tempias asap, dia pon dapat sakit sama.. Memang tak patut..

Us
Dating naik vespa je..
Mia Dgn Ibu & Ayah
Antara pendorong saya untuk terus quit smoking..
Mia Qaisara
Mia Qaisara @ 7 months.. Geram nak kiss budak comel nih hari-hari takkan la mulut nak berbau rokok kan??

Kalau saya cerita, mesti ramai yang tak percaya sebab saya berhenti merokok nih secara mendadak.. Takde kurang-kurangkan atau slow-slowkan rokok dulu.. Hari ni hisap macam biasa, besoknya dah stop.. So, macam mana?

NiQuitin

Masa tahun 2011 tuh, antara produk berhenti merokok yang paling top dan asyik berulang-ulang ditayangkan kat TV, nih la dia.. NiQuitin.. Ada yang jenis lozenge untuk hisap dan ada jugak yang jenis tampal kat lengan.. Siang petang pagi petang asyik iklan ni je yang dok dimainkan sampaikan jadi terpengaruh nak try..

NiQuitin_Lozenges
NiQuitin Lozenges

Apa benda NiQuitin ni dan apa beza dos 2 mg dengan 4 mg tuh? NiQuitin nih sebenarnya salah satu produk penggantian nikotin yang dicipta bagi menggantikan nikotin yang dapat semasa merokok dengan nikotin dalam bentuk tablet/lozenge.. Dalam erti kata lain, menggantikan nikotin dengan nikotin jugak, tapi dalam bentuk yang lebih terkawal la.. Pelik tapi benar..

Yang dos tuh pulak bergantung pada tahap ketagihan merokok seseorang tuh.. Contohnya kalau dia jenis yang bila bangun tidur je terus nak capai rokok, hah elok la kalo dia ambik yang dos 4 mg.. Yg dos 2 mg tuh pulak sesuai untuk someone yang bila bangun tidur, boleh lepak-lepak lagi buat keja lain, pas 30 minit atau sejam baru teringat nak merokok.. Saya lak masa tuh, tak ingat lak beli yang dos 2 mg atau 4 mg.. Maybe 4 mg sebab sehari merokok hampir sekotak gak..

Tidur merokok

Harganya pon boleh tahan, lebih kurang RM 60 untuk 48 lozenge, so harga akan jadi lebih kurang RM 1.20/lozenge.. Program yang dicadangkan oleh pharmacist pulak adalah selama 12 minggu dengan pengambilan  sebijik lozenge bagi setiap sejam atau 2 jam bagi 6 minggu pertama (maksimum 20 lozenge sehari sahaja).. Selepas minggu ke-6 tuh barulah boleh cool down sikit, dengan mengambil hanya sebijik lozenge bagi setiap 2 hingga 4 jam.. Bagi minggu ke-10 sampai ke 12 pulak, sebijik bagi setiap 4 hingga 8 jam.. Tujuannya untuk kurangkan ketagihan sikit demi sikit.. So, boleh la kira sendiri berapa total RM semua nak menghabiskan program ni yang makan masa berminggu-minggu.. Macam banyak gak kan..

Saya pulak masa tuh, tak la beli sampai sekotak, just beli sepapan yang ada 12 lozenge.. Sempat la hisap sebijik je.. Nak tau apa rasanya? Memang tak sedap, coz tekak akan rasa macam ada something yang buatkan kita rasa macam tak sedap la nak hisap rokok.. Macam ada habuk kat tekak ni.. Rasa pahit je tekak.. Kalau nak tau, itulah rasa nikotin yang dilepaskan oleh lozenge tuh.. Last-last buang je balance NiQuitin yang dibeli tuh.. Bukan sebab tak sedap je semata-mata, tapi bila difikirkan, rasa macam tak selesa la pulak bila ambil nikotin untuk gantikan nikotin dalam rokok.. Bila dah hilang kesan NiQuitin tuh, mulut terasa nak hisap rokok balik tapi just kuatkan semangat je tak nak sentuh rokok..

Alhamdulillah, berjaya tak sentuh rokok hingga sekarang.. Tapi dugaannya memang la hebat sekali.. Kena tabah dan cekal.. Dan yang paling penting, kena kuatkan semangat dan tak mudah mengalah.. Masa mula-mula tu, tak boleh langsung nak dekat dengan orang hisap rokok, tak boleh terbau asap rokok.. Bukannya apa, takut ketagihan tuh datang semula.. Bila bangun tidur, badan rasa lemah sangat, tak bertenaga.. Nak buat kerja kat ofis pun, tak bersemangat, badan cepat letih.. Otak jadi kurang idea, tak proaktif.. paling ketara sekali, masa awal-awal tuh nafsu makan jadi berkali ganda.. Perut asyik terasa lapar je.. Dah makan pun still terasa nak makan lagi.. Normal kot rasanya sebab tanya kengkawan yang cuba quit smoking lain pun diorang pernah ada perasaan camni jugak..

Sakit dada

Tapi di sebalik tuh, ada jugak kesan yang positif dan best.. Contohnya, dulu bila bangun tidur selalu terasa sakit mencucuk-cucuk kat dada, tapi sejak berhenti ni, dah tak ada lagi rasa sakit tu.. Bila bernafas pun rasa lebih segar dan lancar.. Bila bersukan atau main futsal pon dah tak cepat termengah-mengah  macam sebelum nih.. Gigi pun dah tak berkarak sangat dengan kesan nikotin yang kuning-kekuningan tuh.. Nak dekat dengan wife, anak-anak dan kawan-kawan pun dah tak perlu risau diorang tak selesa ke apa.. Tak perlu nak selalu kumur-kumur mulut dah.. Duit untuk beli rokok tu pun dapatlah digunakan untuk beli barang keperluan lain atau supplement Shaklee..

VIVIX

Shaklee pon ada satu produk yang dapat mengurangkan ketagihan dan membantu perokok berhenti merokok yang dipanggil VIVIX.. Rugi masa tuh tak kenal lagi dengan produk nih, kalau tak mesti saya tak cuba pun NiQuitin.. Sebabnya, VIVIX nih dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, diuji secara klinikal dalam makmal dan ianya antara produk Shaklee yang paling EKSLUSIF & PREMIUM.. Bentuk botolnya pun seakan-akan botol perfume.. Memang agak pricey sikit, tapi kalau dibanding dengan 1001 khasiatnya, insyaAllah pejam sebelah mata je beli.. Dah banyak testimoni, just google je kat internet tuh.. Semuanya memang puas hati dengan produk nih dan repeat lagi order, termasuklah kami suami isteri.. heheh

vivix insta
VIVIX yang super ekslusif..

Konsep VIVIX Dalam Membantu Mengatasi Ketagihan Merokok

VIVIX ni dapat memberikan satu kesan unik ke atas diri & sistem dalaman perokok yang insyaAllah dapat bantu berhenti merokok dalam jangka masa yang singkat sahaja.. Konsepnya sama/lebih kurang macam produk yang saya cerita panjang lebar kat atas tadi.. VIVIX mampu membuatkan perokok tegar macam saya ni merasakan asap & rasa rokok itu sangat PAHIT sehingga bukan sahaja tekak, tapi seluruh sistem tubuh badan pun tak tahan dan menolak rokok 100%.. Bagi perokok, konsep nih sama macam hisap rokok masa tengah demam atau selsema.. Memang tak best sebab rasanya akan jadi pahit lain macam.. Betul tak??

Bagaimana?

Antara fungsi lain VIVIX yang menjadikannya sangat mantap adalah kerana ia sebagai antioksidan yang sangat baik, menyahkan radikal bebas yang dibawa masuk oleh nikotin ke dalam badan dan memperbaiki DNA serta tubuh manusia secara keseluruhannya di peringkat sel.. Bayangkan lah berapa rosaknya badan kita yang dah 15 tahun merokok nih.. Yang dah 40 tahun merokok tuh lagiiii la.. Memang sesuai ambil VIVIX nih..

Vivix2

Vivix1

So, dengan pengambilan VIVIX secara konsisten, sel & DNA perokok yang telah rosak akibat nikotin yang diserap tadi dapat dipulihkan menjadi keadaan asal.. So, kalau masih nak merokok bila dah amalkan VIVIX nih, insyaAllah badan akan detect dan secara automatik menolak bahan berbahaya yang cuba nak masuk ke dalam badan..

Minum Vivix
Mia posing ala-ala model VIVIX.. Lagi sedap & romantik minum VIVIX ni kalau yang tersayang suapkan tiap-tiap hari ye..

Lama-kelamaan, ketagihan untuk merokok tu akan berkurangan dan hilang dengan sendirinya.. Macam saya, walaupun rasa nak hisap rokok tu dah tak ada sangat, tapi still amalkan pengambilan VIVIX setiap malam sebelum tidur.. Badan pon dah jadi segar dan sihat lain macam.. Setiap hari keluar rumah ke tempat kerja pukul 6 pagi pon relax je, tak mengantuk pun.. Sangat berbeza physical & mental condition saya sebelum dan selepas amalkan VIVIX nih..

Happy Family
Latest pic last week.. Bersama ahli keluarga baru kami, Ahmad Khalif @ 6 months old.. 🙂
Happy Family 2
Kehidupan lebih sihat & bahagia bersama family tersayang.. Pic by Iskandar Photography..

Bagi saya, walaupun harga sebotol VIVIX tuh mencecah RM 400 ++ (untuk tahan selama lebih kurang 2 bulan sebab pengambilan hanya sesudu teh sehari), tapi kebaikan yang saya dapat lagi tak ternilai harganya.. Tak dinafikan, mungkin agak mahal bagi sesetengah orang tapi mana-mana barang yang baik pon pasti harganya sedikit up.. Compare dengan kos nak beli rokok, maybe beli VIVIX lebih menjimatkan untuk heavy smokers.. Rokok pon dah naik harga tak masuk akal sekarang nih.. Syukur sangat sebab dah quit smoking sebelum terlambat nih.. Bak kata orang, wang boleh dicari tapi kesihatan tak boleh dicari ganti.. After all, kesihatan diri kita dan orang yang kita sayang lah yang paling penting kan?

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

5 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s