Mudahnya Renew Passport

Lama dah tak bukak buku merah nih.. Last sekali guna masa ke Jakarta tahun 2014 dengan geng-geng Supermom melawat Shaklee Indonesia.. Happening btol masa tu.. Terasa macam nak pergi je sekali lagi.. Tak puas rasanya setakat pergi 4 hari 3 malam.. Best join group kitorang nih, banyak aktiviti.. Kalau berminat nak join ahli, leh refer sini..

Shaklee Jakarta
Bergambar kenang-kenangan dengan staf Shaklee Jakarta..

Baru-baru nih sebab ada urusan nak kena pergi ke Brunei, so nak tak nak kena la renew passport.. Kalo ikutkan tempoh passport ada lagi sebulan lebih tapi kan syaratnya kalo nak keluar negara passport kena hidup at least 6 bulan.. Kali nih, renew 5 tahun terus senang citer.. Lagipon pernah ada pengalaman buruk dulu masa nak buat passport, kena tunggu sampai 5 jam baru nama kena panggil.. Mia Qaisara pon dah ngamok2 masa tu sebab menunggu lama sangat.. Bukannya apa, maybe masa tuh pergi masa hari minggu kat UTC & orang terlampau ramai sampaikan no. giliran boleh ambik sampai pukul 10 @ 11 pagi je lebih kurang camtuh..

So, berbekalkan pengalaman tak berapa nak best tahun-tahun lepas tuh, kali nih try pergi masa office hour lak, kat Pejabat Imigresen Jalan Duta, KL.. Besar kompleks nih, sebab share dengan pejabat-pejabat Kerajaan yang lain..

IMG_2168
Luas dan selesa Pejabat Imigresen kat sini..

Bila dah ambik no. giliran, memang terasa berdebar-debar sangat.. Entah berapa jam lagi la pulak nak kena tunggu kali ni.. Dah la boleh tahan ramai gak orang hari tu..

IMG_2161
Dekat 20 nombor gak kena tunggu nih.. huhh

Ternyata, jangkaanku meleset belaka.. Ingatkan hujan sampai ke petang, tapi rupa-rupanya tak sampai 15 minit no dah dipanggil.. Terkejut… Memang terkejut.. Walaupun orang agak ramai, tapi servis memang sangat efektif.. Total kaunter ada 25 dan hampir kesemua kaunter dibukak.. Ada kaunter khas untuk warga emas dan kanak-kanak.. No giliran lak tak henti-henti dipanggil, memang meriah dan tak sunyi.. Gambar takyah bawak, snap kat kaunter je masa nak renew tuh.. Sebelum print, staff kaunter tanya dulu ok ke x? Kalau tak puas hati dengan pic tadi, leh snap lagi..

IMG_2162
No. giliran tak henti-henti dipanggil..

Lepas tu tunggu lak sampai sekali lagi no dipanggil untuk buat bayaran.. RM 200 untuk 5 tahun.. Memang okeh sangat kalau nak compare dengan rate sebelum nih yang sampai RM 300 untuk 5 tahun.. Untuk student yang nak study oversea, warga emas, kanak-kanak bawah 12 tahun dan Jemaah Haji, ada rate lain yang lagi murah cuma RM 100 sahaja.. Untuk OKU pula, tiada sebarang bayaran dikenakan.. Kalau nak tau lebih lanjut, leh refer kat website Imigresen nih ye..

Lepas dah buat bayaran, memang kena menunggu sejam sementara diorang nak siapkan Passport kita tuh.. So, sambil-sambil menunggu, boleh la pegi minum atau makan dulu.. Ada mamak ngan beberapa cafe lain kat dalam kompleks nih.. Memang serba lengkap.. Sejam menunggu tuh rasa sekejap je..

IMG_2169
Kalau nak minum mahal sikit, leh singgah sini..
IMG_2170
Mesin jualan layan diri untuk aksesori smartfon @ gadget anda..

Tak sampai sejam tu, saya try pegi tanya semula kat kaunter passport dah siap ke belum.. Rupa-rupanya tak sampai sejam pun, dah siap sebenarnya.. Alhamdulillah, total dalam masa sejam lebih je dah terus siap dapat passport baru.. Passport lama dapat balik gak tapi dah kena gunting la.. Leh bawak balik buat kenangan..

IMG_2171
Sejam setengah je dah siap semua..

Terima kasih semua staff pengurusan Imigresen Jalan Duta atas layanan & servis, memang efektif dan layak dapat 5 Star Award..

“MIAQAISARAH”

012-565 4020

Advertisements

6 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s