Short Trip Ke Brunei Darussalam

Alhamdulillah, dapat jugak merasa jejak kaki ke Negara Brunei Darussalam walaupun trip kali ni singkat je.. Jarang-jarang sekali orang buat pegi ke luar negara, tapi tido semalam je, paling kurang pun mesti nak 3 hari 2 malam kan.. Hahaha..

Actually, trip kali ni berkisarkan kerja sebenarnya.. Kalau nak bercuti, memang la tak berbaloi nak spend masa cuma satu malam je kat Brunei nih.. Mana sempat nak shopping dengan lawat masjid-masjid yang cantik kat sini.. Disebabkan nak ke oversea nih la, terpaksa renew passport yang dah hampir-hampir expired tuh.. Nasib baik renew passport kali ni ambik masa sejam lebih je kat SINI.. heheh..

Boarding Pass
Ada gak flight Royal Brunei tapi MAS tetap di hati..

Macam biasa, kalau outstation ke mana-mana supplemen Shaklee ni memang wajib dibawak.. Paling penting supaya badan kekal bertenaga dan tak mudah jatuh sakit kat tempat orang nanti.. Sesuai untuk traveller dan backpackers jugak..

IMG_2333
Ostematrix dan Chewable Vita-C memang antara supplemen wajib dibawak masa travel..

Masa dalam flight, sempat layan movie sequel kepada Rocky Balboa, tajuk Creed.. Layan gak movie nih, tapi tak sempat nak tengok ending sebab dah landed kat Brunei.. Sekejapnya je dah sampai.. Huhu..

IMG_2344
Movie Creed lakonan Sylvester Stallone..

Alhamdulillah, selamat mendarat di Negara Brunei Darussalam.. Siap semua passenger kena hygienic spray dulu dalam cabin sebelum nak landing.. Tak sure lak, memang law travel ke oversea macam ni atau just Negara Brunei je..

IMG_2352 IMG_2354

Masa kat Imigresen, kena pulak isi form ketibaan.. Dulu masa ke Jakarta pun prosedurnya macam nih jugak..

Sepanjang kat sini, kawan bos yang entertain kami.. Terkejut jap tengok lifestyle orang kat sini, kebanyakannya naik kereta sport & kereta mewah-mewah.. Sebabnya, harga kereta kat sini memang murah.. 1st time la merasa naik Dodge, tapi yang nih bukannya muscle car Dodge Charger yang Toretto naik dalam Fast & Furious tapi family car je.. heheh.. jadi la, merasa jugak naik..

IMG_2389

Kitorang dibawak check in ke hotel dulu.. Untuk trip nih, saya stay kat Times Hotel.. Kira-kira dalam 3 km je dari airport.. Memang dekat sangat.. Lagipun Bandar Seri Begawan ni tak lah besar sangat, pusing-pusing kat situ jugak.. Best hotel nih sebab betul-betul atas shopping complex je.. Memang sangat recommended untuk sape-sape yang bercadang nak berkunjung ke Brunei.. Senang nak shopping dan cari tempat makan.. Rate pun ok, cuma BND 98 tapi kalau convert ke RM mau menangis jugak la sebab masa ni Ringgit tengah drop so jadi RM300/malam.. Takpela, nanti kita claim balik hehehe..

IMG_2358
Times Hotel Bandar Seri Begawan..
IMG_2359
Bilik yang selesa dan bersih..

Lepas tu, macam pelancong-pelancong lain, kitorang dibawak jalan-jalan melihat keindahan binaan masjid-masjid kat sini.. Kalau nak tau, kat sini memang terlampau banyak sangat masjid yang besar dan cantik-cantik.. Memang sebuah negara yang Islamik.. Antara masjid yang sempat kitorang singgah cuma Masjid Omar Ali & Masjid Sultan Hassanah Bolkiah..

IMG_2451
Memang cantik sangat design masjid Omar Ali nih..

IMG_2370

Yang kat bawah nih pulak kat Masjid Sultan Hassanah Bolkiah.. Lagi la cantik dan mewah.. Fuhh.. kagum sekejap..

IMG_2442 IMG_2440 IMG_2435 IMG_2392

Actually, banyak lagi masjid-masjid yang lain sepanjang perjalanan nih tapi tak sempat nak singgah.. Hari pun dah petang, balik rest-rest kat hotel jap pastu terus gi dinner kat Restoran KTM.. Tak sangka, datang jauh-jauh, last-last cari seafood thai jugak.. hahaha.. Boleh tahan gak sedap masakan seafood kat sini.. Yang paling best, kerang besar penumbuk budak kecik.. huhu.. terkejut tengok, sampai tak sempat nak snap pic.. 1st time nampak nih.. Alhamdulillah, kenyang makan malam tu..

IMG_2447
Datang Brunei tapi cari masakan Thai la pulak..
IMG_2448
Romantik pakcik & makcik berdua nih.. makan kat luar berdua je.. tak tau la request ke apa ke.. 🙂

Malamnya sebelum tido, telan dulu 2 biji Ostematrix dengan kunyah Vit-C Chewable.. Bangun besoknya memang segar je badan.. Tak macam travel ke oversea lak rasanya.. Macam bangun tido kat rumah, fresh je.. Memang wajib bawak ke mana-mana..

IMG_2490
Posing jap kat JKR Brunei.. Bukannya senang, jarang dapat datang sini.. heheh

Lepas meeting terus gerak balik ke Malaysia.. Tapi kali ni lalu jalan darat lak.. Flight balik besoknya dari Miri so stay la lagi semalam kat Miri lak.. Macam biasa, kalau ke Miri memang akan stay kat Hotel Meritz.. Sebab apa?? Sebab hotel ni pun bersambung gak dengan shopping complex.. turun lobi je terus masuk pintu mall.. heheh.. InsyaAllah next entry akan cerita pasal trip ke Miri nih pulak dan apa makanan best kat sana k..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s