Kemeriahan Majlis Blogger Raya 2016 Tajaan Sajian d-Hidang Catering

Sebelum ni, bila baca entry lepas-lepas geng blogger join Majlis Blogger Raya meriahnya la nampak.. Dari gaya penceritaan tu, nampak sangat kesedapan makanan dan betapa ‘happening’nya event kalau Hai Blogger! yang organize.. Mana taknya, kalau Hai Blogger! punya event especially pasal makanan, memang selalunya sedap dan berkualiti.. Bukan sebarang-sebarang tawaran tau yang diorang pilih 🙂 Macam tahun lepas, tahan air liur je la tengok entry Blogger Raya makan Char Kuey Teow Ketam.. So, azam tahun ni macam mana pun, mesti nak join Majlis Blogger Raya 2016.. Ni antara KPI blog saya untuk tahun ni.. Hahahaha..

registration
Majlis Blogger Raya 2016 Tajaan Sajian d-Hidang Catering..

So, untuk bulan Syawal tahun ni para blogger semua sangat lah bertuah sebab Majlis Blogger Raya 2016 yang dibuat di Central Kitchen, Seksyen 15, Shah Alam mendapat tajaan makanan daripada Sajian d-Hidang Catering.

sajian-d-hidang-catering
Sajian d-Hidang Catering – Penaja Majlis Blogger Raya 2016

Berpengalaman selama 14 tahun dalam industri makanan dan katering.. Boleh dikatakan otai lama dalam bidang ni sebab Sajian d-Hidang Catering telah diberikan kepercayaan menguruskan katering untuk orang-orang kenamaan @ VViP seperti Timbalan Perdana Menteri, timbalan-timbalan menteri dan sebagainya..Punyalah ekslusif dan berkualiti makanan diorang kan?

persediaan-khemah-2
Tema English Style.. Unik dan menarik..

Masa dapat invitation hari tu, ternganga jap bila tengok list menu yang akan disajikan.. Ada lebih 13 jenis menu raya dan semuanya memang favourite kitorang sekeluarga pun.. Antaranya kambing golek, lemang, lontong, rendang ayam & daging, kuah lodeh, kuah kacang, satay ayam & daging, roti jala + kari ayam, kuey teow goreng panas, burritos ayam & kambing, ABC, cendol, air kordial, buah-buahan dan dessert..

blogger raya 2016 registration
Blogger Registration..

Memandangkan majlisnya pada 1 Ogos 2016 (Syawal ke-27) jatuh pada hari bekerja, so x dapatlah nak gerak awal ke sana.. Balik je kerja, terus siap-siap berbaju melayu lengkap.. Wifey, Mia dengan Khalif lak dah siap cantik-cantik awal lagi.. Suka diorang dapat pegi majlis raya hujung-hujung Syawal ni.. Sampai sana dah pukul 7 lebih.. Tapi based on info dari group, katanya khemah-khemah dan decoration baru nak dipasang tengahari tu.. Ajaibnya, sempat pulak siap segala persiapan sebelum event mula.. Nampak tak, kepantasan team-team yang dah berpengalaman 14 tahun ni handle event catering.. Fuhh..

persediaan-khemah
Persediaan event..

Sampai je, belum sempat duduk, Mia dah gi buat spot check makanan.. Nampak bahagian dessert tu, Mia dah nangis-nangis nak ambik.. Terpaksa sabarkan dia jap.. Mana boleh ambik makanan lagi la sayang, event makan-makan belum mula.. Baru dok bagi ucapan heheh.. Jangankan Mia, bapaknya tengok makanan-makan kat sini pun dah terliur.. Dengan kambing goleknya, rendang, satay dll.. tu semua makanan favourite.. huhu..

mia-qaisara-lapar
Presentation makanan cantik sangat sampai buat tetamu kecik ni lapar, nangis-nangis nak ambik.. Haruuuu..

Jom kita tengok apa lagi menu kitorang malam tu.. Jemput jamu mata ye:)

Kambing golek sedap
Kambing yang telah digolek.. yummy..
img_7368
Dessert & aneka kuih-muih..
Kambing golek sedap
Stall kambing golek..
burritos
Burritos Mexico.. Makanan favourite malam tu.. Repeat sampai 4, 5 kali.. Siap dapat tapau bawak balik..
Kambing golek dengan blackpaper sauce
Kambing golek dengan blackpaper sauce.. Memang terbaekkk!
Makanan tradisional
Makanan tradisional menjelang raya..
Pemanis mulut..
Appetizer..
mexican burritos
Burritos mexico in the making..
buah-buahan
Stall buah-buahan..

Makan malam tu memang tak ingat punya.. Hampir semua menu dapat dirasa.. Mia ngan Khalif ni pun enjoy sebab menunya pun sesuai gak untuk kanak-kanak dan sedap.. Mia ni dah la jenis memilih makanan.. Kalau dia makan, maksudnya memang sedap la tu..

Khalif dan kawan
“Hai.. cantik la baju melayu awak ni.. Beli kat mana?”
Khalif dan kawan 2
“Baju awak pun cantik la.. Macam kain pelikat”

Seronok budak-budak ni dapat main ngan kawan-kawan.. Ibu ngan ayah lak, dapat hadiah Cool Hijab sebab jawab soalan quiz.. Heheh..

Kuiz Cool Hijab
Hadiahkan wifey giveaway Cool Hijab yang dimenangi untuk menyejukkan rambut ketika bertudung..

Sempena malam tu jugak, ada pengenalan kepada Blogrdirect, iaitu satu platform baru yang dibina untuk menaiktaraf industri blogger Malaysia.. Untuk bloggers semua, boleh daftar di www.blogrdirect.com..

pegurus-dan-sales-manager-sajian-d-hidang
Halim Nadzeri @ pengasas Hai Blogger! bersama Pengurus dan Sales Manager Sajian d-Hidang..

Selain tu jugak, penaja bersama iaitu MIWA Jelly Drink ada bagi ole-ole untuk dibawak balik.. Punya lah seronoknya Mia ngan Khalif ni bila dapat jelly drink edisi Boboiboy.. Belum sempat sampai rumah pun dah habis sebenarnya.. hahahaha

MIWA jelly drink
Mia dengan MIWA jelly drink
Pengasas Hai Blogger!
Bersama Halim, pengasas Hai Blogger!.. Mia ngan Khalif lak tak habis-habis dok sedut MIWA Jelly Drink tu.. huhuh

Sebelum balik tu, CVS Production ada buat rakaman video time-freeze.. Entah macam mana la hasilnya, tapi memang fun bila kena berlakon buat-buat jadi keras tak bergerak.. Macam-macam aksi ada.. Rupanya berlakon tak ada skrip, tak bergerak pun penat jugak sebenarnya..  Hahahaha.. X sabar nak tengok video tu nanti..

So, overall untuk Majlis Blogger Raya 2016, thanks Hai Blogger! atas jemputan.. Terima kasih jugak untuk Sajian d-Hidang Catering atas makanan yang sangat-sangat sedap dan bervariasi.. Kalau sesiapa tengah mencari perkhidmatan catering yang sedap, lazat, ekslusif & grand untuk sebarang majlis, tak kira la wedding ke, majlis korporat, family day, dll saya amat recommend Sajian d-Hidang Catering sebagai katerer anda.. Sekali dah rasa, pasti mau lagiiiii… 🙂

SAJIAN D HIDANG (M) SDN. BHD.

Sajian d-Hidang Catering

33 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15,

40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Facebook :  Sajian d-Hidang Catering

No. Pejabat : 03-55108776 / 9776 / 3773

Contact person :
Tuan Haji Mashadi : 019 231 7733
Puan Hajah Marsidah : 019 272 7733
Puan Ruhani : 019 3328 484
En Zulah : 019 233 1727
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s