Supplemen Untuk Awet Muda

Tarikh 11 Ogos 2016, memang betul2 “Hari ini Dalam Sejarah”.. Buat pertama kalinya, terpaksa beratur seawal jam 6.00 pagi kat luar pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta semata-mata nak renew passport wifey sambil nak buat passport baru untuk Ahmad Khalif (Passport ayah ngan Mia masih valid & expired lambat lagi).. Ingatkan dah paling awal datang, rupanya ada lagi yang awal datang.. Agaknya diorang tidur kat sini apa semalam? Pukul 7.00 pagi baru la dibenarkan masuk ke dalam pejabat, tu pun kena beratur lagi depan Pejabat Imigresen pulak.. Huhh..

Bahagian Passport Jalan Duta
Punyala ramai orang yang beratur dan datang awal2 pagi..

Peliknya, masa renew passport sendiri bulan 2 awal tahun ni, semuanya smooth je.. Siap recommend kat orang lagi kalau nak buat passport leh la datang ke Jalan Duta ni.. Tapi kali ni memang ramai sangat orang.. Ni semua gara-gara stok passport dari supplier sangat limited.. Tak tau la apa penyebabnya, tapi memang sangat-sangat menguji kesabaran rakyat Malaysia ni.. Dengarnya ada yang datang seawal pukul 3.30 pagi just nak make sure dapat ambil no. giliran.. Kalau datang pukul 9 je, kompem kena beratur panjang, silap-silap no. giliran hari tu pon dah abis, tak sempat nak ambik..

Bahagian Passport Jalan Duta
Mia je yang muka happy masa ni.. Orang lain semua muka stress.. hahahaha

Nasib baik la, kitorang ada bawak baby Khalif so dapatla duduk kat priority lane.. Sama jugak la untuk warga emas, dapat special treat kat sini.. Two thumbs up untuk servis government office & rasanya kat kebanyakan gov buildings memang polisi macam ni untuk kemudahan golongan-golongan yang memerlukan.. Mia macam biasa, tak duduk diam.. Terpaksa bawak colouring book & pencil colours dia, bagi terkawal sikit pergerakan.. hahaha.. Khalif pulak tak nak diletak kat bawah, so terpaksa la kitorang gilir-gilir dukung sambil beratur.. Nasib la makan supplemen hari-hari, kalau tak boleh patah pinggang..

Imigresen Jalan Duta
Tak sangka buat passport pun kelakar.. Akak kaunter ni memang sporting sangat..

So, dapatlah giliran no. 8 kat priority lane ni.. Kalau kat lane biasa, rasanya no giliran kitorang dalam no. 50 kot sebab yang beratur kat depan macam ramai je.. Sambil ibu tunggu no. dipanggil, ayah ngan Mia kelam-kabut pegi fotostat IC dengan salinan surat beranak Khalif.. Macam mana la boleh terlupa nak bawak salinan, nasib baik la surat beranak ori Khalif dengan Mia dah bawak siap-siap.. Macam Mia pulak, sebab dia dah makin membesar dan muka pun dah berubah dari pic asal kena jugak renew passport tapi prosedur lain sikit.. Just kena gi snap pic passport kat mana-mana kedai, pastu serah kat kaunter untuk diorang tampal dan stamp officially.. Bestnya kat KDN Jalan Duta ni, semua kedai ada.. Memang cukup lengkap.. Yang penting, semua dokumen ASAL kena la bawak k..

Imigresen Jalan Duta
Betulkan tudung siap-siap.. Senang pakai Instant Shawl Gradahlia ni, mudah dan ringkas..
Imigresen Jalan Duta
Seronok Khalif nak snap pic buat passport baru..
Priorty Lane Imigresen Jalan Duta
Mia yang sangat behave hari tu.. Sayanggg Mia..

Alhamdulillah, tak sampai 30 minit selepas dapat no. giliran, dah sampai turn kat kaunter.. Sebelum tu, isi borang siap-siap yang dapat masa ambik no. giliran, pastu serahkan semua dokumen termasuk pic Mia yang baru gi snap kat bawah tadi, snap pic ibu dan pic baby Khalif.. Khalif pun behave sangat, duduk sendiri je atas kerusi tu sambil snap pic.. Pastu buat muka comel.. Geram je tengok.. Hahaha..

Semua urusan kat kaunter siap tak sampai 10 minit.. Tapi still kena tunggu pulak untuk buat payment.. Total semua kena bayar RM 300 untuk passport tempoh 5 tahun termasuk tampal pic baru Mia tu (yang ni free je)..

Senarai Harga Passport Malaysia : Permohonan Baru dan Renew Passport?

Kategori Harga
Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahun RM200
Pemohon yang berumur 60 tahun ke atas RM100
Pemohon yang berumur 12 tahun ke bawah RM100
Jemaah Haji RM100
Orang Kelainan Upaya (OKU) PERCUMA

sumber: www.beritasemasa.com

Biasanya, 2 jam pun dah boleh siap passport tapi kali ni kena tunggu at least 3 jam.. Tapi Alhamdulillah la, semuanya dipermudahkan.. Dalam pukul 8.30 pagi dah setel urusan kat kaunter.. Sempat lagi keluar breakfast ke food court Jalan Duta sambil pekena capati + kari daging (tempat ni Jalan-Jalan Cari Makan pernah terjah).. memang sedap sangat.. Pastu jalan-jalan ke Publika jumpa anak Shaklee kitorang, Zaim.. Buat surprise gi terjah kat tempat kerja dia.. Zaim ni chef kat bakery Publika, pengamal setia Vivix.. 🙂

Dah cukup 3 jam macam tu, balik semula ke KDN Jalan Duta.. Sebelah je dengan Publika sebenarnya.. 5 minit drive sampai la.. Dapat je passport, terus wifey bandingkan dengan passport lama.. Seronok wifey, nampak betul perubahan kat wajah.. Kalau dulu, muka nampak kurang bersemangat dan kusam, pic yang bari ni pulak lebih ceria & semakin bebas dari parut-parut jerawat.. Padahal guna jenis camera yang sama je kat imigresen tu.. 

passport-lama-dan-baru
Perbandingan pic masa 2 tahun dulu dengan sekarang..

Kawan-kawan kat FB pun ramai yang komen cakap muka nampak makin muda sekarang ni.. Bangga jap husband dia.. Ye la, best la kan dengar bila kawan-kawan dok puji wife kita nampak makin muda.. heheheh..

Testimoni Vivix 1 Testimoni Vivix 2 Testimoni Vivix 3

Antara tips yang diamalkan wifey saya ni:

  1. Detox
  2. Pengambilan Supplemen Shaklee Secara Konsisten (antaranya VIVIX, Shaklee Collagen Powder, Alfalfa Complex, DTX Complex, Garlic Complex & Herblax)

Nak tau lebih lanjut tentang detail & fungsi setiap produk ni boleh terjah entry dalam Blog Saralicious Vitamin..

So, lengkap dah passport kitorang semua.. Tak sabar dah nak bawak Mia ngan baby Khalif fly ke serata dunia (angan-angan mesti mau tinggi kan?) Sekali pandang, anak-anak ikut muka siapa?? 🙂

My family passport
Yuuhuuu… lengkap dah semua.. Kami semua Shaklee family!

**Tq pada staff imigresen Jalan Duta yang sangat friendly, sistematik, sabar dan dedikasi dalam menjalankan tugas walaupun hari-hari pejabat penuh dengan orang.. Keep it up!

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s