Tips Dan Persediaan Bercuti Ke Perth, Australia

24 September 2016, tarikh keramat di mana pertama kalinya kami sekeluarga menjejak kaki ke bumi kangaroo atau lebih spesifiknya ke Perth, Australia.. Walaupun trip kali ni tak lama, cuma 4 hari 3 malam je tapi pengalaman menarik sepanjang percutian kat sana memang tak dapat nak dilupakan.. Tidur je asyik termimpi-mimpi.. Aishhhh…Rasa macam nak pergi lagi je.. Seriously, sape-sape yang dah pernah pergi sana, mesti terasa macam nak repeat lagi.. huhuh

Air Asia X Ke Perth
Terbang dengan Air Asia X..
Puan Azlin Ahmad
Disambut mesra oleh Puan Azlin Ahmad @ Kak Lin.. Fuhh selamat.. Kalau tak mau terpinga-pinga kitorang nak ke mana lepas ni..
Perth Airport
Pic kenangan kat luar Perth Airport.. Sejuk, nyaman & fresh air..

SEBAB APA PILIH PERTH?

  1. Lokasinya di Australia Barat (Western Australia – WA).. So, kiranya paling dekat dengan Malaysia compare dengan Sydney, Melbourne dll..
  2. Hanya 5 jam tempoh penerbangan.. Kena tengok faktor ni kalau ada bawak anak-anak kecik macam kitorangย  ๐Ÿ™‚
  3. Boleh bermanja-manja, peluk2, bagi makan kangaroo.. koala dengan wombat boleh sentuh je la.. Semua haiwan ni takde kat Malaysia.. Lokasi yang sangat sesuai untuk bawak anak-anak bercuti..
  4. Masa September ni tempoh peralihan musim sejuk ke musim bunga, so cuaca masih sejuk.. Syiokkk
  5. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati kat sini..
  6. Tiket murah Air Asia Xย ย  ๐Ÿ™‚
Bell Tower Perth
Menara jam yang unik a.k.a. Bell Tower..
Caversham Wilflife Park
Tak sabar dah nak bermesra-mesra dengan kangaroo..

TIPS / PERSEDIAAN SEBELUM TRIP

  1. PASSPORT – pastikan masih tempoh sah laku (lebih 6 bulan dari tarikh expired).. Disyorkan, buat atau renew awal-awal kalau tak nak problem macam kitorang hari tu masa kat KDN.. semak juga senarai hitam, mana tau kot-kot ada sangkut dengan PTPTN..
  2. BUDGET – akan menentukan tempoh masa yang sesuai kat sana.. Masa ni, currency AUD1 = RM3.17.. Kalau bajet lebih, boleh stay lama dan ke banyak lagi tempat menarik yg jauh sikit dari bandar Perth.. Kalau bajet terhad macam kitorang, 4 hari 3 malam pun dah cukup cantik untuk sightseeing sekitar bandar Perthย  ๐Ÿ™‚
  3. TIKET FLIGHT – tunggu masa promo, terus grab tanpa rasa was-was.. boleh refer kat FB page Pemburu Tiket Murah.. compare tiket Air Asia, Malindo Air, MAS dan sebagainya.. pilih lah the best rate dan tarikh yang sesuai.. Jangan pulak beli tiket hari ni untuk travel besoknya, pening nak buat persediaan..
  4. VISA ETAwajib buat Visa ni kalau nak masuk Australia.. valid setahun untuk multiple entries.. Maximum sekali masuk selama 3 bulan.. mudah je tak perlu nak pening-pening.. masa saya buat, cuma RM 20/person.. boleh contact fb Puan Nadia Zaireen @ hp: 012-6968414.. servis tersangat tip-top & sangat recommended, insyaAllah kalau takde masalah dengan kedutaan, tak sampai sehari dah siap..
  5. TRAVEL INSURANCE – Jangan salah faham, insurance ni berbeza dengan Air Asia insurance k.. Yang ni coverage nya lebih menyeluruh.. optional, nak ambik boleh tak nak ambik pun boleh.. in-case jatuh sakit atau terjadi apa-apa insiden yang tak diingini sepanjang tempoh masa kat luar negara, insyaAllah insurans akan cover.. kos insurans VIP pakej untuk AXA Insurance, juga ambik dengan Puan Nadia Zaireen untuk travel 4 hari 3 malam hanya RM 124 sahaja untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak.. berbaloi ambik kalau nak dibandingkan dengan benefit nya..
  6. MAKANAN – untuk yang travel beramai-ramai dan nak stay lama, boleh juga kalau nak bawa makanan sendiri dari sini.. boleh jimatkan kos makanan sepanjang kat sana.. tapi perlu ingat, undang-undang imigresen kat airport Perth agak ketat.. siap kena declare barangan yang dibawak masuk dan ada line-up untuk anjing hidu beg-beg kita.. dan tak semua jenis barang makanan dibenarkan bawak masuk.. yang ni boleh refer terus blog-blog traveller lain atau terus ke website imigresen Australia untuk lebih detail..
  7. BACKPACKERS @ PAKEJ – terpulang kat diri masing-masing.. ada yang suka travel & planning semua sendiri, boleh je pilih backpacking.. lebih murah dan menjimatkan.. kalau yang bawak family ni, rasanya lagi mudah kalau hire travel agent je, semuanya dah tersedia termasuk penginapan dan transportation, so tak perlu fikir banyak-banyak.. Macam kitorang, terus ambik pakej dengan Puan Azlin Ahmad je, memang recommended sangat-sangat.. Bangga tau dapat guide directly dari admin FB Tips Cuti-Cuti Perthย  heheheh..
  8. ENCIK GOOGLE – bersahabatlah dengan encik Google & lebihkan masa cari info dan baca blog2 experience orang-orang lain yang pernah ke sana..
  9. FB Group – disyorkan jugak untuk join group FB Tips Cuti-Cuti Perth oleh Puan Azlin Ahmad.. banyak tips boleh korek dari sana.. yang penting, rajin-rajin gali secara berhemah dan jaga tatasusila bila dalam rumah orang yeย  ๐Ÿ™‚
  10. SUPPLEMEN – sangat penting untuk maintain kesihatan badan di negara orang.. Bagi kitorang, even ke mana-mana sekalipun, bawak sebotol VIVIX pun dah cukup untuk kitorang sekeluarga.. Alhamdulillah sepanjang trip, semuanya sihat especially Mia dan Khalif walaupun terkena kejutan peralihan cuaca masa tu yang malamnya cecah 9 degree Celcius..

===> Dapatkan VIVIX di SINI <===

Vivix Shaklee
Sampai je homestay terus open VIVIX.. Supplemen TERBAIK kitorang sekeluarga yang dah diamalkan bertahun-bertahun ๐Ÿ™‚
Vivix Di Perth
Untuk maintain sihat especially di negara orang, VIVIX memang tak boleh miss out.. Satu family memang penggemar VIVIX ๐Ÿ™‚

So, ni baru mukadimah dan jugak tips.. Banyak lagi nak diceritakan sebenarnya.. Tengah dok menulis lagi ni.. Fokus! Fokus! Huh Huh

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

10 comments

    • Salam.. harga pakej nya yg saya boleh conclude kan, lebih kurang je dgn agen lain yg saya survey.. cuma yang best dengan Puan Azlin sbb kitorang tak combine dgn group2 lain.. rasa ekslusif, macam private tour la.. harga pulak ikut kesesuaian waktu ketibaan dgn itenerary yg akan Puan Azlin sendiri sediakan.. untuk harga, better cik Farah contact/pm terus FB puan Azlin.. insyaAllah, respon akan dapat cepat ๐Ÿ˜Š

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s