Selipar Dan Sandal Tahan Lasak Dari IPANEMA

Sekarang ni, kalau nak carikan selipar atau sandal yang tahan lasak & affordable untuk anak-anak, tak payah pikir panjang lagi.. Dengan range harga antara RM 20 hingga RM 50, macam-macam jenis selipar yang kiut-miut boleh dapat kat IPANEMA..

ipanema-logo
Sumber: IPANEMA Malaysia

Amboihhh, tak mahal ke selipar budak-budak sampai RM 50? Berbaloi ke beli? Heheh, percaya la, sekali dah beli brand ni, mesti dah tak nak bertukar brand lagi.. Sebab apa?

  1. Banyak pilihan design cantik-cantik & kiut-miut
  2. Yang harga RM 20 lebih je pun ada
  3. Tahan lasak
  4. Lagi jimat sebab tahan lama
  5. Setakat ni Mia enjoy pakai selipar brand ni & kaki tak melecet
ipanema-kids
Contoh sandal kiut budak-budak..

Sebelum ni, masa kecik dah pernah belikan Mia selipar IPANEMA dah 2 kali pun.. Tapi bila kali ni kaki mia dah makin besar, tak muat dah selipar lama so cari la replacement selipar selipar yang lebih kurang sama bentuknya kat kedai-kedai kasut biasa.. Memang lah agak murah, lebih kurang RM 10 je sepasang, tapi Mia pakai sekali je.. Sebabnya dia tak selesa.. Ye la kan, Mia ni kan jenis yang aktif.. Lari ke sana sini, panjat sana sini.. Bukannya nak kata selipar kedai kasut lain tak bagus kualitinya, tapi ikut jenis kaki si pemakainya la jugak kot..

Akhirnya, terpaksa balik pada brand IPANEMA.. So, selesai semua urusan SHAKLEE di Sunway, terus ke Empire Shopping Mall hujung minggu tu.. Mintak Mia pilih sendiri selipar jepun IPANEMA yang dia nak, design camner, kaler apa tapi last2 dipilihnya selipar hitam semua.. Yang paling murah dah tu, dalam RM 20 lebih je after less, pandai anak ayah pilih yang economical.. Paling best, Mia dah pakai selipar tu dekat SETAHUN tapi still nampak macam baru.. woww.. JIMAT kan?

So, ni pic Mia pakai selipar hitam kesayangan dia ni yang dah dekat setahun.. Dari Khalif baru lahir, sampai la sekarang ni masih elok je lagi.. Untung ayah tak payah nak beli banyak-banyak selipar utk Mia kan? Satu je dah cukup kan? hehehe..Nasib baik masa pergi ke Perth last month, tak bawak sekali selipar ni sebab sejuk kat sana.. Kalau tak, beku kaki Mia..

mia-1
Jan 2016
mia-2
Jan 2016
mia-3
Feb 2016 (Khalif kecik lagi masa ni)
mia-4
Feb 2016
mia-5
Feb 2016
mia-6
Mac 2016 (trademark Mia – pakai selipar terbalik)
Mia & Khalif
Ogos 2016 – Posing ala-ala model selipar..
mia-7
Sep 2016 (Khalif dah pandai main piano lagu Winter Sonata masa ni hahahaa)
mia-khalif-1
Latest Pic, semalam (Okt 2016).. Khalif pun dah ikut jejak langkah akak Mia.. Dok try selipar IPANEMA..

Macam semalam, harga selipar IPANEMA Khalif RM 32.90, tapi dapat 10% discount so tinggal x sampai RM 30.. Khalif try yang kaler putih ngan merah, tapi dipilihnya yang kaler merah.. Nangis-nangis tak bagi ambik masa nak scan bayar.. hahahaha

Macam-macam aksi masa try selipar.. Malu ayah dengan aksi kamu, Khalif huhuhu..

img_1012

img_1016
Sandal wifey pun brand IPANEMA jugak.. Dah lama jugak beli tu, tahan lasak..

img_1019  img_1022

img_1030

Mia & Khalif 2
Sementara menunggu nak bayar kat kaunter.. Mia pakai baju MASTERIA, kenangan ayah menang iPhone 6 tahun lepas 🙂
Khalif IPANEMA
Khalif terus pakai sandal yang baru beli.. Nampak selesa je, sesuai la tu kan? So, kita shopping baju ngan seluar Khalif lak 🙂

Nak tau mana lokasi IPANEMA seluruh Malaysia? Just google SINI orait..

“MIAQAISARAH”

017-202 3543

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s