Percutian Best Di Perth, Australia – Day 1

Entry sebelumnya [Tips dan Persediaan Bercuti Ke Perth, Australia]

Entry sebelumnya [Percutian Best Di Perth, Australia – Here We Come!!]

DAY 1

– TIBA DI PERTH, AUSTRALIA –

Alhamdulillah, selamat tiba ke Perth lebih kurang pukul 3 petang setelah lebih 5 jam di awangan.. Memandangkan waktu kat Perth ni sama je dengan Malaysia, so tak perlu nak betulkan jarum jam tu k.. Dan tak perlu nak pura-pura jet lag jugak walaupun awak tu kat oversea.. hahaha.. Prosedur checking imigresen kat airport Perth ni macam biasa la, macam mana-mana airport yang lain.. cuma kat Perth ni agak ketat sikit sebab ada line up untuk anjing pengesan dan kena declare barang-barang yang kita bawak.. Maybe ni yang leceh sikit kalau kita ada bawak makanan luar, kena buat list la, kena susun dalam beg asing la, takut kena samak la.. Disebabkan kitorang tak ada bawak makanan apa-apa dari Malaysia, so mudah je lepas.. Just declare je vitamin Shaklee yang kitorang bawak tu.. heheh..

img_6257 img_6249 img_6250 img_6251 img_6255 img_6258 img_6260 img_6262 img_6264 img_6266 img_6270 img_6282

– SIMCARD OPTUS –

Kalau dah sampai ke negara orang, wajib la ambik simcard baru.. Alaa, ambik yang prepaid je.. Tak cadang pun nak roaming sebab takut bil melambung-lambung nanti, naya je.. So, pilihan kat Perth ni sama ada Optus atau Vodafone.. Kedai-kedainya kat airport ni sebelah-menyebelah je.. Disebabkan ramai orang, beratur jugak la dekat sejam kat sini.. Walaupun kat Vodafone tak berapa ramai orang, still pilih Optus sebab ramai kata yang ni ok.. Alhamdulillah, memang ok sangat2, tak menyesal.. Cuma AUD 10 je untuk penggunaan 4 hari kat sana.. Murah je kan? Heheh

img_6274
Beratur dekat sejam gak kat sini.. kebetulan ramai pulak orang hari tu.. huhu

img_6315

Β – KAK AZLIN AHMAD – PERTH’S BEST TOUR GUIDE –

Masa sampai sini, dari jauh dah perasan Kak Azlin ni sampai.. Tapi tak tegur lagi, buat-buat tak nampak dan curi-curi snap pic Kak Lin.. Bangga tau, sebab tour guide kitorang ni merupakan admin FB Page Tips Cuti-Cuti Perth yang super femes tu heheh.. She’s such a sweet and cool lady.. Senang sangat nak deal dengan Kak Lin ni..

img_6285 img_6293 img_6306

Kalau nak tahu, salah satu sebab kitorang tertarik nak ke Perth masa musim bunga ni sebab terpengaruh dengan penulisan dalam tipskembaraperth.blogspot.my

Musim bunga adalah musim yang paling saya suka. Selain daripada melihat bunga-bunga yang mula berkembang, suasana sejuk dan cahaya matahari yang sentiasa memancar tetapi tidak terik, sangat menyeronokkan. Musim ini adalah waktu yang paling sesuai mengunjungi Perth.”

Quote from: tipskembaraperth.blogspot.my

Bila dah balik ke sini, baru perasan blog yang saya dok baca penuh khusyuk tu rupa-rupanya blog penulisan Kak Lin.. hahahahaha.. memang suratan atau kebetulan semua ni??

img_6321
Di luar airport Perth, cuaca sejuk dan nyaman.. Macam duduk dalam aircond..

img_6323

img_6326
Kia Carnival Kak Lin ni memang selesa sangat untuk kitorang berlima..

Kat sini, kanak-kanak naik kereta diwajibkan pakai car seat @ booster seat.. Mia enjoy la duduk dalam seat ni, behave sangat-sangat sepanjang kitorang kat Perth tapi Khalif la yang tak tahannya.. Mula-mula ok je seronok, lama-lama dah boring asyik menangis je sebab tak biasa duduk dalam car seat dan nak menyusu.. hahahaha..

img_6337
Mia memang good girl sepanjang trip kat sana πŸ™‚
img_6339
Tengah blur lagi kenapa kena ikat pulak ni πŸ™‚
img_6338
Dia nak keluar dari car seat pulak dah hahaha

Senang ambik pakej dengan Kak Lin ni.. Segala ground arrangement dari start sampai kat airport sampai balik semula ke airport semuanya Kak Lin yang rancang dan uruskan.. Cuma kos makan je tak termasuk dalam pakej.. Sebabnya Kak Lin lagi prefer kalau kita bagitau ke mana kita nak makan atau Kak Lin boleh suggestkan mana-mana tempat makan halal yang sedap dan famous kat sini dan boleh bawak kita ke sana..

img_6335

img_9657
Sepanjang trip, seating kitorang dah fix macam ni je.. Abg Yuih kat depan, ibu, ayah dengan Khalif kat tengah, Mia pulak kat seat belakang sekali sorang-sorang.. hehehe

– HOMESTAY APARTMENT 2 BILIK YANG TERSANGAT “AWESOME”

So, next destination sebelum jalan ke mana-mana of course la check in dulu ke homestay.. Homestay kitorang ni pun di booking oleh Kak Lin dan husbandnya.. Terletak luar sikit dari Bandar Perth, tapi memang ok sangat.. Rasa macam nak buat rumah macam ni la pulak.. Lengkap serba-serbi dari kitchen cabinet nya, dishwasher, utensils, heater, katil, sofa bed, TV dan tak dilupakan washing machine + dryer (yang ni paling best!)..

Lokasi : Belvidere St, Belmont, WA

Host AirBNB : Jethro

Ratings : 5 out of 5 ****** (Marvelous!!)

img_7726 img_7723 img_7722 img_7721 img_7716 img_7712

img_7711

img_7709

img_7708 img_7707 img_7706

img_7705

img_7703 img_7702 img_7701 – SATAY ON CHARCOAL –

Lepas dah selesai solat dan rehatkan diri sekejap, Kak Lin bawak kitorang ke cafe Satay On Charcoal untuk dinner.. Cafe ni kepunyaan orang melayu Malaysia gak.. Disebabkan cuaca yang teramat sejuk malam tu, kitorang order nasik dengan Tomyam je.. Makan masakan panas-panas dalam cuaca sejuk ni memang best.. Walaupun kedai ni kecik comel je, tapi selesa πŸ™‚

img_9675

img_9678 img_9681 img_9682

– SHOPPING GROCERIES @ IGA –

Disebabkan kitorang dari Malaysia datang tak bawak apa-apa makanan, so kena la beli something just in case lapar masa tengah-tengah malam ke, nak makan apa pulak nanti kan? Kak Lin bawak ke mini market IGA, macam-macam barang runcit ada kat sini.. Yang halal pun ada banyak, kena rajin-rajin baca label la ye.. So, kitorang beli Maggi, biskut, air nescafe, minyak masak, telur, roti dan tuna.. Tq Kak Lin belanja Mia dengan Khalif coklat πŸ™‚

img_9695img_9686

img_9683

img_9692

img_9690

– BELL TOWER @ THE SWAN BELL TOWER –

Sebelum balik berehat ke homestay malam tu, sempat singgah ke Bell Tower jap.. Fuhh, memang cantik la menara loceng ni dengan lampu yang warna-warni nya.. Disebabkan tertinggal kamera DSLR kat homestay, so kita snap pic guna kamera fon je la.. Takpe, nanti ada rezeki kita datang lagi waktu siang pulak..

img_9722

img_9721

– SUPPLEMEN TRAVEL –

Balik je ke homestay malam tu, terus wifey bukak stok supplemen yang dibawak.. Bila travel ni, kesihatan la yang paling penting kan? Kalau dah tak sihat, nak bercuti pun dah tak seronok.. Alhamdulillah, sepanjang travel ke Perth ni, kitorang sekeluarga sihat walafiat.. πŸ™‚ Nak tau stok supplemen yang best untuk travel ni? Of coz la suplemen Shaklee.. hahaha

Order Supplemen Shaklee – 017-202 3543 (Sarah)

Supplemen Travel
Vivix, B-Complex, Ostematrix, Nutriferon, Collagen Powder, Cinch Tea dan lain-lain lagi πŸ™‚
img_9733
Vivix ni memang supplemen wajib especially travel pada musim-musim sejuk ni..

– END OF DAY 1 –

DAY 2 DI PERTH

Advertisements

8 comments

  1. Hi..saya ada trip beckpackers ke perth buln 3 ni..tp smpai skrg x jumpa kereta sewa (6pax) yg senang disewa dan harga yg berbaloi..ada x tourist guide (kak lin) buat sewa kereta atau any recommendation? Mohon bantuan

    Like

    • Hie.. banyak company kereta sewa yang ada kat Perth ni eg. Aries, Budget, Avis, Hertz, Thrifty dan sebagainya.. Kalau individually, saya suggest cik boleh try contact Jerry Proton.. (FB : Jerry Proton)

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s