Percutian Best Di Perth, Australia – Day 2

Entry sebelumnya [Tips dan Persediaan Bercuti Ke Perth, Australia]

Entry sebelumnya [Percutian Best Di Perth, Australia – Day 1]

DAY 2

Bangun pagi-pagi Ahad ni, selesanya rasa badan.. Sedap-sedap je suhu dalam rumah ni.. Ye la kan, sebab dah pasang heater, kalau tak mau bangun beku tapak kaki sebab suhu masa tu cecah 9 degree waktu malam.. hehehe.. So, pagi tu lepas bangun terus siap-siap sambil sarapan pagi dengan roti cicah tuna.. Sambil-sambil tu kita pekena dulu Vivix sorang sesudu, supaya bagi tenaga dan tingkatkan ketahanan diri sikit, baru la tak mudah jatuh sakit..

Vivix Shaklee Vivix Di Perth

Dalam pukul 8.15 pagi, Kak Lin dah sampai depan homestay nak pick-up kitorang sebab dah plan hari ni nak pergi banyak tempat menarik.. Actually kalau yang backpackers tu, maybe boleh start aktiviti lebih awal tapi macam kitorang yang ada anak-anak kecik ni, lebih prefer aktiviti yang santai dan tak terkejar-kejar sangat masa ni..

img_6387
Tengok Kak Lin tu, siap bukak kan pintu untuk si kecik Mia ni hehehe
img_6388
Stylo sungguh abangku ini..
img_6391
Kalau kat Malaysia, kereta AUDI ni kita mampu tengok je la.. tapi kat sini, mampu jugak kita posing ambik gambar.. hahaha
img_6394
Akak Mia excited sebab ada seat sendiri..
img_6397
Khalif pun ada seat sendiri, tapi tak berapa nak happy sebab kena ikat dengan seat belt..
img_9734
Selpie dulu..

– ELIZABETH QUAY –

Pagi ni, Kak Lin bawak round ke Elizabeth Quay dulu sekejap sebelum ke Cottesloe Beach.. Maklumla, masa bawak kitorang ke sini semalam hari dah gelap.. Tak nampak apa sangat.. Ingatkan malam dah cantik, rupa-rupanya masa siang lagi cantik Bell Tower ni.. tapi tak tau la, maybe sebab photographer yang snap pic cun kot hahahaha.. Anyway, kitorang tak singgah pun, just sightseeing je dari dalam kereta..

img_6422
Elizabeth Quay..
img_6415
Bell Tower yang unik..
img_6417
Berapa tahun la agaknya usia pokok ni?

– COTTESLOE BEACH –

Sepanjang perjalanan ke Cottesloe Beach, kagum kitorang dengan view kat sini.. Cantik, bersih dan hijaunya lain macam.. Langit nya pun kaler biru cerah tak sama dengan kat Malaysia ni.. Nyaman je rasanya..

img_6403
Kalau kat Malaysia, dah singgah breakfast kat McD.. Tapi kat sini, tak dapat la nak makan semua tu.. Non-Halal.. hehehe

img_6411

img_6450
Tenang je kawasan perumahan diorang ni kan? Tak ada kereta parking bersepah-sepah..
img_6451
Kalau la ini rumah ‘ana’ yang punya..

img_6437

img_6440
Khalif masih dok tidur lagi sebab cuaca sedap sangat kot awal-awal pagi ni.. Dapat la ibu dengan ayah berpeluk-pelukan romantis hehehe..
img_6428
Blue Boat House – tak sempat singgah hari tu, tapi ni pun antara spot attraction kalau nak bergambar..

Akhirnya sampai ke Cottesloe Beach yang famous ni.. Tapi disebabkan cuaca dan musim yang sejuk ni, so tak ada la orang nak mandi kat sini tapi yang berjogging dan cycling tu memang ramai.. Kata Kak Lin, kalau masa summer, pantai ni memang penuh la dengan umat manusia yang datang mandi walaupun ada shark huhu.. takpela, kitorang lagi rela mandi kat swimming pool hotel atau air jeram Hulu Langat je la daripada main berkejar-kejaran dengan shark hahaha.. Tapi seriously, pantai ni memang awesome, cantik dan bersih..

img_6457 img_6464 img_6465 img_6467 img_6470– RAINBOW SEA CONTAINERS –

Satu lagi destinasi yang menarik kalau nak bergambar, boleh la try ke Rainbow Sea Containers ni pulak.. Kalau snap pic kat sini, InsyaAllah la orang tau tu kat Perth.. Sebab art ni tak ada kat tempat lain.. Dari mana la si penciptanya dapat idea nak buat pelangi guna kontena yang besar gedabak ni?

img_6479
On the way, ternampak pulak grafiti art ni.. Cantik dan kreatif..
img_6481
Dari jauh dah boleh nampak.. Tapi kena parking jauh sikit la..

Disebabkan tempat parkingnya agak jauh, kena berjalan sikit la.. Kat Perth ni, tak boleh nak sebarang-sebarang parking, nanti kena saman lak.. Memang berdisiplin sungguh orang-orang sini tak ada nak park tepi jalan merata-rata walaupun pada hari minggu..

img_6486
Akak Mia memang suka bunga.. Pantang nampak, semua nak dikutipnya..

img_6482

img_6487
Ada jugak vandalisme kat sini..
img_6492
Cantik betul la design rumah kat sini.. bila la nak ada rumah cenggini? huhu

img_6519 img_6524 img_6528img_6535 img_6536

img_6544
Akak Mia berlakon buat-buat tidur 🙂

 – THE YARD FREEMANTLE MARKET –

Alang-alang dah hujung minggu ni, rugi la kalau tak ke Freemantle Market.. Sebabnya, market ni hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad.. Macam-macam barang makan dan souvenir pun ada jual kat sini.. Kalau nak dapatkan sayur-sayuran @ buah-buahan yang fresh, kat sini jugak la tempatnya.. Masa tu, try beli buah-buahan campur potong, pastu lupa pulak nak makan.. Bila dah balik malam tu, baru teringat yang ada beli buah.. Ingatkan macam dah lembik ke, tapi rupa-rupanya still fresh lagi.. Maybe sebab cuaca sejuk kat sana, so buah yang dok terperap dalam kereta seharian pun dah macam letak dalam peti ais..

img_6550
Entrance The Yard Freemantle Market
img_6547
Jom kita masuk..
img_6554
Muka sedih ayah tak nak dukung huhu

img_6559

img_6562
Buah potong AUD 5.. berbaloi beli, fresh dan banyak..
img_6570
Strawberry pun fresh dan murah je..
img_6572
Jarang dapat jalan-jalan dalam market tapi sejuk.. Biasa kalau jalan kat market Malaysia, berpeluh la jawabnya..
img_6575
Akak Mia memang pantang kalau nampak cupcake comel-comel ni..

img_6588

img_6594
Souvenir ni bagus kalau letak depan pintu bilik..

Sama macam kat Central Market KL gak, kat sini kebetulan masa tu ada live street performance nyanyi sambil collect donation.. Dengar punya dengar, sedap gak suara dia tapi apa yang membuatkannya special, sebab penyanyi nya tu penghidap autisme.. Kalau rajin-rajin, boleh la search FB Lilyan Smith @SingingAddsMeaningToMyWorld..

img_6606
Penyanyi autisme, Lilyan Smith, 16 tahun..

– FREEMANTLE PRISON –

Kalau yang rajin tengok bangunan-bangunan bersejarah tu, elok la singgah sini.. Kitorang sempat singgah snap pic je sikit sebab masa ni Khalif dah mengantuk, nak BF pulak dalam kereta.. Kat sini, kena ambik peluang masa parking je nak menyusu anak sebab sambil driving, anak-anak kena duduk dalam car seat je.. So, sambil Kak Lin park kereta kat parking lot tu, sempat la posing dengan abang Yuih jap tangkap gambar seframe dua.. Kalau nak lagi adventure, boleh la masuk ke dalam penjara tu, macam-macam aktiviti dengan gift shop pun ada..

img_6652

img_6632 img_6644 img_6645

– BELI SOUVENIR MURAH @ E-SHED MARKETS [MEGABES & AUSSIN] –

Tips kalau nak beli souvenir kat E-Shed Markets ni, datang la pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad dan cuti umum pukul 9 pagi hingga 5 petang je sebab hari-hari ni saja bisnes beroperasi.. Ada 2 kedai souvenir yang murah kat sini, Megabes dan Aussin.. Ownernya masing-masing dari Singapore dan Indonesia.. Pekerjanya pulak orang Melayu kita jugak so tak perlu la nak speaking-speaking kalau nak tanya atau mintak apa-apa.. hahaha.. Harga pun dijamin special, murah sangat t-shirt dan souvenirs yang diorang jual dan of coz la banyak choice.. Dekat sejam lebih gak menghabiskan masa kat sini.. Rambang mata dok pilih barang nak dibawak balik.. Kejap masuk kedai Megabes, kejap masuk Aussin, kejap masuk Megabes balik.. Lagipun kedai sebelah-menyebelah je.. Nak tau apa yang akak Mia beli? Dia beli telur dinosour.. Kitorang lak beli t-shirt, purse Australia, fridge magnet dengan boomerang sebijik.. trademark Australia tu.. heheh

img_6662 img_6653 img_6655 img_6657 img_6659

 – LUNCH @ KAILI’S FISH N CHIPS –

Bila dah best berjalan dan shopping tu, memang tak sedar rupa-rupanya dah masuk tengah hari.. Baru la perut terasa lapar, mintak diisi dengan fish n chips.. heheh.. So, untuk lunch hari ni, kita plan nak makan the famous Kaili’s Fish N Chips dekat Waterfront Freemantle ni.. Mia dengan Khalif suka la, sebab diorang suka makan fries..

img_6665 img_6668 img_6719 img_6723

Style order kat sini, beratur dulu untuk order.. Lepas tu akan dibagi satu pager yang akan alert kita bila order dah siap.. Sistematik jugak macam ni, tak payah nak beratur tunggu.. Teringat masa order kat Zawara Cafe Shah Alam pun guna sistem macam ni jugak..

img_6670

img_6672
Total order AUD 45.70..

Bila sampai je order, mak aihhh besarnya portion.. Terkejut kitorang..hahaha.. Patutnya just ambik 1 saiz Family pun dah cukup, tak perlu nak tambah yang junior set tu lagi.. Sebabnya fries dia besar-besar dan portion Fish Fillet tu pun besar dan banyak.. So, kenyang la lunch kitorang di bumi Australia hari tu.. Kalau nak lagi sedap, dicadangkan bawak sos sendiri ye 🙂

 

img_6702
Portion yang terlampau banyak.. Sos tu Kak Lin bawak dari rumah.. heheh

Mia pulak, sambil makan sambil main kat tepi jeti.. Risau la pulak kot-kot terjatuh dalam laut.. Tapi Alhamdulillah Mia pun dah besar panjang, pandai dah jaga diri.. Mia siap dapat kawan dengan anak omputeh lagi..

img_6684 img_6685 img_6692 img_6711

img_6714
Dah dapat geng pulak..

img_6675 img_6681 img_6682 img_6698 img_6709 img_6715

Alhamdulillah, kenyang sangat lunch dekat sini.. Memang wajib try kalau datang ke Perth.. 🙂

– MANDURAH CRUISE –

Our next destination is to watch the dancing dolphin.. betul ke dolphin ni menari? Entah la, tapi dekat bot ada tulis macam tu.. hahaha.. so, nak naik cruise ni pun ada schedule dia so cadangnya nak naik yang pukul 3 tapi bila sampai agak terlewat sikit dalam pukul 3.15 petang so kita tunggu yang next cruise dalam pukul 4 petang.. Ok la tu kan, Mia dengan Khalif pun happy je main kat sini sambil tunggu cruise..

img_6757
Si comel Khalif..
img_6773
Konon-konon macho la tu pakai glove besar, tak padan saiz dengan orangnya.. hahaha
img_6779
Like father, like son..
img_6782
Matahari panas tapi berangin sejuk.. Rindu moment ni..
img_6790
Mother and son..

img_6793 img_6806 img_6815

 

img_0036

img_6820img_0028 img_0077Sepanjang cruise,dapat la jugak tengok dolphin.. Tapi tak sempat nak snap pic.. Akak Mia punya la seronok tengok dolphin, sampai menari-nari atas kapal..

img_6840 img_6873

img_6899
Mia happy sangat dapat tengok dolphin..

img_6905

Tapi rasanya tengok dolphin tu sikit-sikit je, tapi yang main point cruise ni macam nak tengok rumah-rumah mewah sepanjang canal je.. fuhh, ternganga jugak mulut tengok design rumah kat sini, mewah & ekslusif..

img_6863 img_6865 img_6877 img_6880 img_6888 img_6890 img_6918 img_6926 img_6927

– AR-RUKUN MOSQUE –

Dah selesai ronda-ronda naik cruise, time untuk solat pulak.. Destinasi seterusnya ke Masjid Ar-Rukun, Rockingham.. Comel je masjid ni, tak berapa besar sangat tapi memang cantik design nya guna brick.. Tenang je solat kat sini..

img_6946 img_6942

img_0088
Jangan terkejut tengok sign kat toilet sini pun guna bahasa Melayu hahaha

– DINNER @ MAKAN-MAKAN CAFE –

Malamnya pulak, Kak Lin bawak ke Makan-Makan Cafe kat Victoria Park.. Ni pun kedai orang Malaysia gak.. Ada macam-macam menu yang biasa kita jumpa macam nasik goreng, nasik lemak, nasik beriani, sup-sup dll.. Malam tu, kitorang try makan nasik dengan sambal udang, sambal telur, gulai ayam, gulai daging & gulai kambing.. Fuhh, memang terangkat habis rasanya.. Abang Yuih tak habis-habis puji kesedapan nasik malam tu sampaikan plan nak repeat makan kat sini lagi malam besoknya..

img_6971 img_6949 img_6947 img_6957

img_6961
Suasana kat luar cafe pun tenang je.. Sebab orang kat sini suka duduk rumah je malam-malam..
img_6964
Temankan akak Mia jalan-jalan kat luar sementara makanan siap.. Bawak je ke mana-mana telur dinosour yang beli kat Megabes siang tadi..
img_6976
Memang sedap sangat makanan kat sini.. Kalau tak silap, sepinggan lebih kurang AUD 10 untuk 2 jenis lauk & 1 jenis sayur..

Alhamdulillah, malam tu tidur dalam kekenyangan dan happy sebab berjalan ke banyak tempat sejak dari pagi.. Jom tidur rehat-rehatkan diri untuk aktiviti besok nak pergi main-main dengan kangaroo pulak 🙂

– END OF DAY 2 –

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s