Hotel Bajet Di Melaka Yang Awesome

Pernah tak kadang-kadang bila kita duduk saja-saja, tetiba je timbul inspirasi nak pergi bercuti? Kalau orang lain tak tau la macam mana, tapi kalau family kitorang selalu macam tu.. kadang-kadang last minute plan pun jadi.. tak perlu jalan jauh-jauh pun, dalam Malaysia ni pun dah cukup.. Jimat masa, jimat duit.. Janji hati puas.. hehehe..

Ni antara muka-muka kaki jalan 🙂

Untuk next trip ni pulak, cadangnya nak ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.. Bak kata orang, tak sah melawat Malaysia kalau tak ke Melaka.. Sebabnya, hampir semua tourist attractions ada kat Melaka ni dari makanan yang sedap, tempat-tempat menarik dan bersejarah, tempat shopping, zoo, pantai-pantai sampai lah ke waterpark yang best.. Perasan tak ramai je pelancong asing kat Melaka?? Ingat semua tu suratan atau kebetulan je ke?? Mesti ada asbab nye kan??

So, setiap kali nak gi bercuti apa perkara pertama yang kami akan consider? Of course la yang paling penting, penginapan yang MURAH tapi SELESA.. Jangan ingat hotel mahal je selesa k.. Silap-silap, hotel yang bajet lagi selesa.. sampai ke hati pun terasa selesa tau sebab duit tak payah nak keluar banyak-banyak.. Poket lagi laaaaaaa selesa.. hihihi

1) PENCARIAN HOTEL BAJET

Step pertama, nak cari hotel bajet yang ada ciri-ciri macam ni:

  • MURAH
  • aircond
  • tenang & selesa
  • ada parking (free)
  • free wifi
  • bilik air yang bersih (wajib!)
  • ada lift
  • ada TV
  • set coffee making
  • environtment yang selamat
  • berdekatan tourist attractions

So, untuk trip ni nanti, nampaknya hotel paling sesuai yang memenuhi semua ciri-ciri kat atas tak lain dan tak bukan adalah EURO RICH HOTEL MELAKA.. Hotel ni bertaraf 3 Bintang dan kategori bajet tapi betul-betul di tengah Bandar Hilir, Melaka.. Kalau tak berapa sure, boleh cari guna GPS.. Mudah je kan?

Betul-betul dalam Bandar Hilir, Melaka je.. boleh jalan kaki je ke tempat-tempat yang dekat tu dan elak trafik jem.. bijak… bijak…
Ini la rupanya Euro Rich Hotel Melaka.. Satu baris shoplot tu semua dia punya 🙂
Night View pulak.. cantik dan menarik kan?
Lobby..
Lift Lobby canggih sebab button jenis touch je..
Coffee House yang bersih dan kemas..
Bilik Superior King..
Bilik Deluxe King..
Bilik Deluxe Twin..
Bilik Family Junior..
Bilik Family Junior Plus..
Bilik Family Quad..
Bilik Family Premier Extra..
Bilik air yang bersih..
Lengkap dengan toiletries sekali..

 

Apa lagi yang best pasal hotel ni?

Setelah di’survey’ feedback-feedback dan review customer yang pernah stay sini, nampaknya pilihan saya memang tak salah.. Katanya, semua staff kat hotel ni sangat friendly..  Parking pon senang. Pihak hotel akan beri kad parking untuk letak di dashboard.. Mengenai environment pula, hotel ni bersih dan tenang dan selesa. Contohnya bilik Superior King.. Room ni offer katil king, work desk, penghawa dingin, free wifi internet, 32” plasma TV, coffee making, hairdryer dan air mineral.. Iron kene request baru pihak hotel hantar.. Bilik ni selesa sangat dan suasana bilik ni agak romantic gitu sebab lampu dan warna bilik kot. Overall memang ramai yang puas hati la.

Tapi macam mana nak dapatkan bilik dengan harga yang murah???? Tak perlu pening-pening kepala ok.. Semuanya main klik-klik je sekarang.. kalau booking melalui TRAVELOKA, harga bilik bermula dari RM 60++ jer untuk semalam.. Woww, ini sudah bagus..

Tempah EURO RICH HOTEL Dengan Mudah & Cepat melalui link di bawah ini:

Euro Rich Hotel Melaka on Traveloka yang super duper murah.

 

2) LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI

Ok, bab hotel dah setel.. Mudah sangat dengan TRAVELOKA ni, semuanya di hujung jari je.. So, sekarang kena fikir destinasi pulak.. Sebenarnya, kat Melaka ni terlampau banyak tempat menarik yang boleh dilawati.. Kalau nak pergi semua tempat, mau makan masa berminggu-minggu.. huhu.. Jadi, perlulah pilih ikut citarasa masing-masing..

Macam kitorang, kalau boleh nak ada program lawat ke tempat menarik sikit, makan sedap-sedap dan yang terakhir mesti ada aktiviti mandi-manda untuk Mia Qaisara dan Ahmad Khalif.. 2 orang budak ni memang suka main air..

 

i) Tempat Menarik Di Melaka

Antara tempat yang wajib pergi dan lawat ialah Kota A’Famosa.. Kota bersejarah yang dibina pada tahun 1511 oleh Portugis sebagai banteng pertahan diorang.. Yang boleh nampak pintu kotanya jela. Bahagian lain dah dimusnahkan..

Kota A’ Famosa..

Selain itu best jugak kalau dapat ke Menara Taming Sari.. Dekat je dengan hotel.. Waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam. Menara ni berpusing 360 darjah selama 7 minit.. Dari atas boleh nampak Banggunan Memorial Kemerdekaan, Bukit St Paul, Muzium Samudra, Dataran Pahlawan, Masjid Selat Melaka dan Laut Selat Melaka. Harga tiket bagi dewasa ialah RM23.00 manakala kanak-kanak hanya RM15.00. Make sure bawa kad pengenalan ok. Baru boleh dapat diskaun lebih kurang 20%. Kalau tak hadaplah harga tiket asal.. heheh..

Menara Taming Sari..

Selepas tu, boleh jalan-jalan sekitar Bandar Hilir pulak.. masuk muzium-muzium yang ada kat situ pun ok jugak, sambil-sambil belajar serba-sedikit tentang sejarah.. Yang ni boleh dipertimbangkan, ikut kepada tahap kepenatan kaki nanti.. hihi

 

ii) Destinasi Makan Sedap

Sebab dah ke Melaka, antara makanan yang kena try contohnya Ikan Bakar Umbai.. Uhhh, nikmatnya kalau dapat makan nasik panas-panas dengan ikan bakar cicah air asam dan kicap+cili api.. Mak mentua lalu sebelah pon boleh tak perasan ni..

Ikan Bakar Parameswara, Umbai..

Selain itu, terbaik jugak kalau dapat merasa Hajjah Mona Asam Pedas.. Tengok setanding tak dengan masakan asam pedas Johor wifey yang super sedap tu.. heheh..

Hajjah Mona Asam Pedas.. kredit: j2kfm.com

Walaupun kat area rumah ni ada je dijual Coconut Shake, tapi rasa macam tak sah jugak ke Melaka kalau tak pekena Coconut Shake Klebang.. Dengar-dengarnya kena beratur panjang kalau nak beli.. Adusss, ni yang buat lemah semangat.. Mesti sedap sangat la tu.. Tapi memang la, nak dapatkan sesuatu yang best tu, kena la berkorban sikit ye tak??

Fuhh.. menarik betul Coconut Shake Klebang ni..

 

iii) Aktiviti Mandi-Manda Kat Melaka Wonderland Theme Park

Agaknya dalam banyak-banyak tempat nanti, yang ni kot yang Mia dengan Khalif paling excited.. Maybe boleh singgah ke Melaka Wonderland Theme Park ni masa on the way nak balik ke KL, lepas tu boleh berendam sampai ke petang.. Taman tema ni ada pelbagai tarikan seperti water slides, Lazy cum Crazy Pool, Adventure Island, 1 Big Wave Pool dan banyak lagi.. Memang jenuh la nanti nak ajak bebudak ni balik.. Confirm drama swasta la nanti ni.. huhu..

Fuiyooo.. Bercabang-cabang water slides dia..

 

So, that’s all planning nanti.. hopefully menjadi kenyataan.. Tak sabar nak ke Melaka & stay di EURO RICH HOTEL sambil beraktivitas di sana 🙂

“MIAQAISARAH”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s