Percutian Best Di Krabi, Thailand

Sebut je Krabi, mesti terbayangkan pantai-pantai yang cantik dan menarik dengan pasir yang halus dan bersih.. Lautnya pulak warna hijau dan biru sejauh mata memandang.. fuhhh.. sememangnya syurga dunia yang perlu dirasai sendiri sekurang-kurang sekali seumur hidup..

Alhamdulillah, kalau selama ni dok baca pengalaman orang lain kat blog atau tengok kat tv je tapi akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki sendiri ke bumi Krabi.. Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan.. Bak kata orang, “You must see it to believe it” πŸ™‚

Tub Island.. Salah sebuah pulau yang cantik di Krabi..

Last sekali kami ke pantai yang cantik macam ni, masa honeymoon ke Pulau Perhentian tahun 2010 dulu.. Pendapat saya, kedua-dua Pulau Perhentian dan Krabi ni amat cantik dan unik serta ada kelebihannya tersendiri.. Cumanya kalau dapat diundur masa, rasanya lagi best kalau masa tu dapat honeymoon ke Krabi.. Selain dari banyak pulau yang cantik, makanannya especially tom yam kat sini tersangat la marvelous nya.. yummyyyy

So, di bawah sedikit tips untuk anda sebagai persediaan ke Krabi berdasarkan pengalaman saya sendiri πŸ™‚

~ TIPS/PERSEDIAAN BERCUTI KE KRABI ~

  1. Booking tiket Airasia awal-awal, boleh dapat harga murah ~beli online je~
  2. Sediakan sun block supaya tak sun burn ~beli di Guardian @ Watson~
  3. Make sure bawak sun glasses supaya nampak lebih kacak, cantik dan bergaya ~beli di Brands Outlet~
  4. Bawak waterproof bag, untuk simpan bahan-bahan berharga daripada basah ~beli di Decathlon~
  5. Bawak sport/action camera supaya boleh merakam dalam air (yang ni optional je tapi memang sangat-sangat berguna) ~beli dari Lazada~
  6. Makanan tak payah risau, tak bawak bekal dari Malaysia pun takpe, sebab sana banyak makanan/restoran halal
  7. Paling penting, cari hotel di Pantai Ao Nang, bukannya di Krabi Town ye πŸ™‚ ~cari di Agoda/Traveloka/Trivago/Booking/Sawadee~
Shopping di Decathlon Sri Damansara sebagai persediaan ke Krabi.. Waterproof bag, selipar, topi Mia & Khalif, short mandi, t-shirt mandi dan lain-lain..
Waterproof shoes untuk Mia dan wifey pun beli kat Decathlon..
Sport/Action Camera beli online di Lazada.. Tak mampu nak beli Go Pro, so dapat beli SJCAM ni je.. harga lebih kurang RM300 termasuk memory card 16 GB..

 

Saiznya?? Besar sikit je dari syiling 20 sen.. kecik kan?

Planning untuk trip kali ni memang ad-hoc jugak.. Itu yang dapat tiket flight agak mahal (RM 400++/pax) sebab booking dalam masa 3 minggu je sebelum nak pergi.. Sebenarnya kalau beli awal masa promo Air Asia, boleh dapat dalam RM 200++/pax.. Plan pulak nak pergi masa Krismas, so dah agak harga pun mesti akan sedikit mahal.. Dalam masa yang pendek ni jugak, nak setelkan travel insurans, penginapan dan itenerary kat sana..

 

Itenerary kami:

Date: 22 – 25 Disember 2017 (Jumaat – Isnin)

Flight: Air Asia (RM400++/pax) @ 5.05 pm

Hotels: Ao Nang Sunset Hotel (2 malam) + Krabi Seabass Hotel (1 malam)

Pakej: Cari kat sana je, senang πŸ™‚

Day 1 – Departure

Trip kami macam biasa.. berlima je, termasuk Abang Yuih sekali.. sama je macam masa holiday ke Perth last year.. heheh.. Pergi ke airport naik ERL Transit je senang.. Parking kereta kat Putrajaya Sentral, penuh pulak tu parking kali ni.. Sebab cuti sekolah kan.. So, main parking tepi-tepi dinding je, nasib baik tak kena clamp huhu..

Dari rumah lagi dah start pakai sun glassess.. punya la bersemangat kan? heheh
Khalif dengan Mia dah kena bayar tiket ERL.. Pastu kena masuk sendiri.. Nasib ada uncle baik ni tolong diorang..
Sambil tunggu ERL pun sempat lagi.. Khalif dah macam terminator.. hehehe

Gaya macam backpackers tak?
Sampai kat Stesen Salak Tinggi, abang Yuih pulak naik.. macam dah berjanji pulak tapi memang janji pun πŸ™‚
Always a happy face πŸ™‚
Happy Mia dengan Khalif dapat jumpa dengan Pak Cik..

Pengalaman nak boarding masa ke Perth tu banyak mengajar dan bagi pengalaman.. Masa tu kami la yang paling last masuk dalam flight sampaikan pintu dan nak tutup.. hahaha.. So, sentiasa la datang awal kalau boarding dari KLIA 2.. Sebab airport ni teramat la besar.. Alhamdulillah, kami sampai awal kali ni.. Lagipun dah buat web check-in, boleh la boarding dengan tenang..

Muka kagum dapat naik travelator..
Mia & Pak Cik..

My big bro & me..
Aduhh.. budak kecik ni keluar buah silat pulak dalam kapal terbang hahahaha
Mia duduk dengan Pak Cik..
Khalif pun dah kena beli seat sendiri sebab dah lebih 2 tahun huhu..
Kena isi declaration form ni dulu dan bagi masa kat imigresen counter kat sana nanti..

Alhamdulillah, setelah 1 jam 20 minit, akhirnya kami pun sampai ke Airport Krabi.. Sekejap je rasanya.. Maklumlah, negara jiran sebelah je.. heheh.. Lepas sampai je, terus terjah kedai telco DTAC, cari sim card.. Senang nak wasap ngan update fb nanti.. Kalau tak silap, ambik yang pakej 200 baht @ RM26, cukup dah tu kan..

Alhamdullilah, safely landed..
Dah sampai negara orang, wajib la cari sim card dulu..

Masa nak keluar airport tu, akan ada la agen company yang approach.. Siap boleh cakap Melayu lagi pulak tu.. hahaha.. dengar dia punya cakap, memang boleh cair dengar.. harga pun sebenarnya macam ok je, tapi kami tabahkan hati jugak, ingat nak cari pakej island hopping dengan elephant tracking kat Ao Nang je.. So dengan akak kat Airport ni, kami cuma ambik taxi ke hotel dengan booking taxi masa nak balik masa Subuh 25 Disember tu nanti je.. So, tak perlu dah fikir pasal transport balik.. Taxi ke Ao Nang 600 baht @ RM76 dan masa balik nanti disebabkan daripada Krabi Town je, so tambang cuma 300 baht @ RM38..

Lupa nama akak ni, tapi sangat fasih speaking Melayu..
Dapat naik Honda Civic.. terbaik la.. Kat sini baru pukul 6 petang tapi dah gelap sebab sini waktu awal sejam dari Malaysia..
Check-in dulu.. payment semua dah buat through Agoda so kita ambik kunci je terus.. Setel..

Masa booking kat Agoda, kami ambik 2 bilik tapi request bilik inter-connecting room.. Alhamdulillah, dapat sepertimana yang di request.. hehehe.. Seronok Mia dengan Khalif, kejap-kejap masuk bilik pak cik, kejap kejap masuk bilik sendiri pulak sebab ada pintu sambung dalam bilik.. Hotel ni pun cantik sangat dan sangat recommended.. Kami akan stay 2 malam kat sini.. 2 bilik untuk 2 malam RM700++..

Dapat Large Bed..

Bilk Pak Cik pulak 2 Twin Bed..

Lepas letak beg, kami terus turun nak gi cari makan pulak.. Dengar-dengarnya Bangboo Halal Seafood ni sedap tapi mahal sikit.. Takpe, kita pergi try k.. Jaraknya tak la jauh sangat, dalam 500 meter je.. tapi disebabkan thrill nak merasa naik tuk tuk, so kami plan nak try la.. Tuk-tuk jenis motosikal ni 100 baht @ RM12..

Tuk-tuk jenis motosikal.. memang berangin dan syiok.. Siap ada lampu warna-warni lagi kat dalam, meriah betul.. heheh
Kalau kat Pantai Ao Nang, boleh try makan sini..

Kat Krabi ni, kalau ada lambang bulan dan bintang tu, InsyaAllah la halal.. Lagipun pekerja yang ambik order kitorang tu pun fasih cakap Melayu, senang nak order..

Green Tea kat restoran ni wajib try, memang sedap..
Alololo.. Khalif pun nak tunjuk gak air dia, sampai tak nampak muka dah.. besar sangat cup air tu.. hahahaha.. yang ni Thailand Ice Tea..
Nampak sedap kan?? Memang sedap sangat pun..

Alhamdulillah, kenyang makan.. Yang kami order, Nasik, Tomyam Seafood, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar, Ayam Sweet Sour (Sedap gilerrrrrr), Frenh Fries dengan minuman.. Total semua lebih sikit dari 1000 Baht @ RM 120.. huhu.. sedikit pricey, tapi agak setimpal dengan portion makanan tu dan of coz la memang sedap sangattttttttttttttt.. recommended!!

Perut pun dah kenyang, so jom cari pakej untuk Island hopping untuk besok pulak.. Rasanya hampir setiap 10 meter ada kaunter agen pelancongan ni.. Kedai serbaneka dengan 7-Eleven pun terlampau banyak.. Farmasi pun ada.. Itu la yang best nya stay kat pantai Ao Nang ni, nak makanan halal pun senang.. So, kami ambik dengan agen situ je pakej Island Hopping ke Four Islands.. Pakej naik Long Tail Boat termasuk lunch dan yuran National Park, 2800 Baht @ RM360 untuk 3 dewasa dan 1 kanak-kanak (Khalif free je).. Ada jugak pakej lain ke Hong Islands, Phi Phi Island, Seven Islands dan jugak naik speed boat tapi harga lain-lain la.. Tepuk dada tanya selera heheh

Misi mencari pakej Island Hopping sambil jalan-jalan ambik angin malam..

Ok, so aktiviti untuk besok dah ada, so jom balik berehat, mandi dan tidur dulu.. yuhuuu..

Day 2 – Island Hopping

Disebabkan sini awal sejam, so pukul 6 pagi tu dah terang benderang.. Subuh pun awal je kat sini.. Pagi tu, siap-siapkan barang untuk ke Island Hopping.. Sambil breakfast kat cafe hotel, sambil tunggu agen datang pick-up untuk bawak ke bot.. Biasanya pakej kat sini diorang akan pick-up dalam pukul 9 pagi.. Dah siang, baru la nampak rupa hotel kami ni.. Cantik jugak, dan yang penting dekat je dengan pantai Ao Nang..

Hotel yang kami stay untuk 3 hari 2 malam.. highly recommended.. boleh jalan kaki je ke pantai Ao Nang.. dekat sangat, dalam 5 minit je jalan..
Kat Hotel ni, massage ada, money changer pun ada.. kedai serbaneka dengan farmasi pun sebelah-sebelah tu je.. sangat2 convenient.. Bilik kami kat tingkat 2, mengadap ke luar..
Seberang jalan ada live band kat bar ni.. Lagu sedap-sedap.. heheh
Cafe hotel.. makanan boleh tahan jugak sedap..
Khalif pun happy dapat makan macam-macam..
Tempat duduk dan meja makan yang bersih dan selesa.. Pekerja hotel pun ramah sangat..
Hobi baru Khalif, ratah marjerin..
Mia macam biasa, sambil makan mesti nak kena tengok kartun kat you tube..

So, tepat dalam pukul 9 pagi macam tu, agen pun datang pick-up kami dengan tuk-tuk kereta.. Tuk-tuk ni besar sikit, muat naik ramai orang.. Tapi ramai orang-orang kulit putih je kat sini huhu..

Walaupun padat, tapi best naik tuk-tuk, sebab berangin.. hehehe
Kesian Abg Yuih, sebab dah penuh, terpaksa bergayut je kat pintu masuk tuk-tuk.. tapi nampak dia enjoy je, maybe sebab lagi berangin kot dok situ..
Ni la transport kami tadi.. hehe.. comel kan?
Pendaftaran, taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan..

Budak-budak ni pantang nampak pasir.. Sementara tunggu nak naik bot, kita main pasir dulu..

Jom cari bot masing-masing..
Tempat parking bot..
Towel pinjam yang hotel punya je..
Yang baju hijau tu, tour guide kami sepanjang trip nanti..
Kena bukak selipar la pulak..
Bot kami no. 3..
Ni la hasilnya apabila cuba selpie guna kemera DSLR.. fokus dah ke laut.. hahaha
Free seating, duduk je kat mana yang berkenan..
Macam-macam bangsa ada dalam bot ni.. bukan setakat 1 Malaysia dah..

Β ~ ISLAND HOPPING (FOUR ISLANDS) ~

1st Island – Tub Island

Pulau pertama kami, menuju ke Tub Island.. Cantik pulau ni, sesuai nak bergambar dengan nak mandi-manda.. Disebabkan masa kami pergi ni peak season, so tengok la berapa ramai orang kat sini walaupun pulaunya kecik je.. Kat sini, kami diberi masa lebih kurang sejam untuk buat apa-apa yang patut πŸ™‚

Dari jauh dah leh nampak pulau ni.. cantikkk

Bukti kami dah sampai ke Krabi.. yuhuuuuu

Lifeguard on duty yang garang.. tourist semua tak dibenarkan berenang jauh dari pantai..
Antara pulau dengan pulau boleh jalan kaki je lintas laut..
Camera SJ4000 in action πŸ™‚
Macam cover majalah Mangga pulak Mia ni..
Mia Qaisara, diving expert hehehe
Handsome boys of Krabi.. hahahaaha

2nd Island – Chicken Island

Pulau yang kedua ni dinamakan Chicken Island sebab rupanya dari jauh seakan-akan bentuk ayam.. kat sini, kami dibenarkan untuk snorkeling.. tapi bila naik pakej yang murah ikut long tail boat ni, macam-macam la kekurangan dia.. boleh pulak tak cukup goggle untuk budak-budak.. Kesian Mia tak dapat nak pakai goggle.. kalau tau macam ni, bawak je goggle Mia yang kat umah tu.. Tapi apa pun, Mia memang happy je hari tu.. Good job Mia, tak takut langsung dengan air yang dalam tu πŸ™‚

Pulau bentuk ayam -Chicken Island
Tak sabar-sabar dah nak turun.. Aduyaiii Mia..
Steady je Mia buat kuak lentang..
Kagum ayah dengan Pak Cik dengan skil Mia..
Peaceeeee kat ibu ngan Khalif yang dok atas bot je..
Kesian budak kecik ni tengok dari atas je.. tunggu besar sikit ye sayang πŸ™‚
Aduhh.. buat muka tak puas hati pulak hahaha
Cantik kan air dia??
Layankan si Khalif atas bot pulak..
Sayang budak kecik comel ni..

3rd Island – Poda Island

Akhirnya, tiba lah aktiviti yang kami nanti-nantikan sepanjang trip.. Apa lagi?? Of course la lunch di Poda Island.. hehehe.. lapar oo perut bila mandi-manda ni.. Menu hari tu, nasik putih krapaw (ayam cincang).. nampak je simple, tapi lepas tambah dengan cili kicap.. fuhhh.. terangkat betul tambah-tambah makan tepi laut.. siap makan bertambah lagi sebab ada banyak je lebih.. Kat sini pun ada kedai serbaneka tau, jangan tak caya..

**Masa ambik pakej Island Hopping tu, jangan lupa tanya sama ada pakej ni disertakan dengan lunch halal atau pun tak..

Menghampiri Poda Island.. Tak sabar nak lunch dan enjoy kat sini pulak..
Makanan tengah disediakan.. halal dan toyyiban..
Nasik krapaw (ayam cincang).. walaupun makan di atas rumput beralaskan towel hotel, tapi tetap menyelerakan.. yummy..
Pringles beli kat kedai serbaneka pulau ni.. Made in Malaysia pulak tu, sebijik huhu..

Sambil makan tu, dok melayan Mia ngan Khalif mandi & main pasir.. Seronok budak-budak tu sebab kat sini pasir dia cantik bersih.. halus je, leh Mia buat sand castle.. Kat sini, kami diberi masa sejam untuk enjoyyyyyy!

Mia buat sand castle.. Tak ingat nak makan dah..
Pantai pun landai je, selamat untuk budak-budak main..
Berjemur bawah matahari ala-ala omputeh.. hahaha

Ombak tak kuat pun, gimik je lebih Mia ni..

4th Island – Railay Island

Ni pulak destinasi pulau kami yang terakhir dalam pakej.. Railay Island ni dah agak dekat dengan pantai Ao Nang.. Disebabkan stop kat sini hanya selama 30 minit ke sejam, so ada antara tourist yang tak berapa nak puas lagi.. Sape yang berjemur lama-lama kat sini, boleh balik ke Pantai Ao Nang dengan menaiki bot teksi je.. Ada disediakan kat sini dengan bayaran lain, tak silap dalam 100 Baht kot.. So, masa kami balik hari tu, bot dah tak penuh sebab ramai yang nak tinggal kat sana je.. heheh..

Racing dengan longtail boat lain ke Railay Island.. nampak tak sebab apa nama dia longtail boat??
Ada jugak yang berkayak kat sini..
Railay Island.. ada taxi boat dan ada jugak bot yang jual makanan.. Massage pun ada tau.. tempat best kalau nak berjemur kat sini..
Cubaan menahan nafas selama 5 minit, tapi hanya berjaya beberapa saat je..
Walaupun background kurang sopan, tapi kita abaikan je.. maybe diorang kepenatan, tu yang bergelimpangan je.. heheh

Dalam pukul 3.30 petang, kami pun selamat sampai balik ke Pantai Ao Nang.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. Terima kasih kepada tour guide kami, Bao yang sangat banyak membantu.. Memang fun trip island hopping ni..

Best trip ni.. thank u tour guide kami, Bao..

Day 3 – Elephant Trekking & Baby Elephant Show

Disebabkan Thailand kan sinonim dengan gajah, so tak lengkap pulak rasanya kalau ke sini tapi tak merasa naik gajah.. Untuk hari ketiga ni, pakej Elephant Trekking dengan Baby Elephant Show ni kami ambik dengan pihak hotel kami je.. Diorang yang uruskan semua.. Tapi make sure, dah booking sehari sebelum ye.. Macam kami, selepas balik je dari Island Hopping semalam, terus booking pakej ni.. Pakej ni separuh hari je, dalam pukul 11.30 pagi dah selesai.. Sebab kami perlu check-out hotel dalam pukul 12 tgh hari so kitorang decide ambik pakej dengan hotel je la, senang sikit sebab dapat la kaw tim untuk check out lewat sikit.. heheh

Naik tuk-tuk jenis minivan macam ni pulak.. best..
Mia tak berapa nak sihat pulak pagi ni, tapi still nak pergi naik gajah..
Jalan masuk ke tempat Elephant Trekking..
Ambik seat dulu sementara Baby Elephant Show nak mula..
Baby Elephant ni dok menari-nari ikut lagu sambil menunjukkan aksi.. Kiut sangat..
Beli pisang, lepas tu leh bagi makan kat baby gajah ni.. jinak je..
Platform nak naik gajah.. lebih kurang macam bus stop la ni..
Cool je brader ni handle gajah..
Jom tunggu gajah..

Gajah ni suka mengusik Mia.. heheh

Day 3 – Krabi Town

Dalam pukul 11.00 pagi, kitorang pun sampai ke hotel balik selepas elephant trekking.. Ready-ready untuk check-out.. Malam ni, kitorang akan bermalam di Krabi Town pulak iaitu kat Krabi Seabass Hotel.. Dah book through Agoda masa kat Malaysia lagi.. Rate lebih kurang RM 170/malam.. Lagi special hotel kitorang malam ni.. Sebab apa??? sebab hotel ni ada pool access.. Maksudnya, bukak je pintu bilik, terus boleh terjun ke swimming pool.. heheh.. Untuk Abg Yuih pulak, kitorang booking bilik Corner Suite Deluxe sebab yang jenis pool access dah fully booked.. Harga pun lebih kurang sama..

Dari Pantai Ao Nang nak ke Krabi Town lebih kurang 30 minit naik teksi, agak jauh jugak la tapi senang sikit nak ke airport sebab dah dekat.. lagipun pagi-pagi esok selepas subuh kitorang dah kena check-out semula untuk ke airport..

Pros Krabi Seabass Hotel: Hotel baru, cantik, ekslusif, staf ramah, lokasi dekat dengan Krabi Night Market dan airport..

Cons Krabi Seabass Hotel: non-halal cafe dan tiada restoran halal berdekatan (boleh naik tuk-tuk untuk cari makan kat area night market)

Sebelum ke Krabi Town, mintak pakcik teksi singgah jap tepi Pantai Ao Nang untuk pic kenang-kenangan dengan landmark Krabi statue Barracuda ni..
Check in kat Krabi Seabass Hotel, Krabi Town..
Krabi Seabass Hotel entrance..
Bilik kitorang yang kat hujung sekali tu.. huhuhu.. menarik!!

Bilik DUPLEX POOL ACCESS

Tingkat bawah ada sofa dengan flat screen tv besar gedabak.. Paling best, bukak je sliding door tu terus boleh terjun ke dalam swimming pool.. Mia dengan Khalif dah tak sabar-sabar tu.. Abang Yuih menunngu kat bilik kitorang sebab bilik dia belum ready lagi, tengah dikemas..
Waaahh.. tak sabar dah nak terjun tiruk..
Tangga menuju ke tingkat atas.. toilet dengan katil ada kat atas tu la..
Tangga sedikit curam, tapi menarik design dia..
Feeling2 macam dalam kapal Titanic pulak rasanya..
Katil yang luas dan empuk untuk kitorang 4 beranak nak tido malam ni..
Menarik konsep dan mewah design hotel ni..
Sangat berpuas hati dengan hot shower.. Air pun laju..
Toilet yang super duper bersih..

Bilik Corner Suite Deluxe

Ni pulak bilik Abg Yuih.. Bilik ni kat tingkat 2, bertentangan dengan bilik kitorang.. Memang cantik dan ekslusif.. Terpegun jap πŸ™‚

Ada katil besar dengan sofa..

Happy Mia dengan Khalif main sebab luas sangat bilik Pak Cik ni..

So, next activity, jom kita mandiiiiiiiiiiiiiiiii sampai puas.. yuhuuu..

Swimming sambil pakai sunglasses memang jarang-jarang dibuat orang..
Haiiiiii πŸ™‚

KRABI NIGHT MARKET

Dah penat mandi, so kitorang ke Krabi Night Market pulak.. Jalan kaki pun boleh ke sana, lebih kurang 10 minit je.. Ingat nak dinner, lepas tu cari souvenir sikit untuk bawak balik nanti.. Night market cuma bukak pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad je.. pukul 5 petang ke atas macam tu..

Bergambar dengan statue Crab pulak kat town..
Kalau kat Krabi Town, recommended makan kat sini.. Sedap dan murah.. Macam-macam menu ada..
Faveret Mia mee sup..
Sabar menunggu makanan samapai.. Servis cepat jugak kat sini.. Nice!!
Try pancake chocolate + susu.. Terbaik..
Sementara tunggu makanan, kita selpie baju dulu.. hahaha.. berjalan-jalan kat Krabi dengan bangganya pakai t-shirt ni.. I Love u, Malaysia..
Nasik seafood sweet sour.. Sedap!
Nasik ayam krapaw.. Yang ni lagi sedap daripada masa lunch Island Hopping semalam tu..
Nasik seafood masak kari.. Marvelous!!
Night market seberang restoran ni je..
Tips: Datang siang senang nak jalan dan pilih barang sebab tak ramai orang lagi πŸ™‚
Pertunjukan sambil buat kutipan untuk sambung pelajaran..
Pilih kedai terbaik untuk beli t-shirt souvenir..
Awal-awal lagi Mia dah siap beli toy untuk dia dengan Khalif..
Buah-buahan yang fresh.. Lagi murah dari kat Pantai Ao Nang..

Bos kecik melawat kawasan sambil pegang toy baru beli..
Lastly, decide beli borong kat kedai akak ni je.. Beli banyak, dapat la t-shirt free 1.. hehe
Kecik-kecik baya Mia pun dah pandai buat show nak cari duit.. kesian tengok diorang, so bagi Mia ngan Khalif duit, hulur sikit ke dalam tabung diorang..

 

Balik ke Hotel naik tuk-tuk.. Aduhh, gegar pulak pic ni, abang tuk-tuk yang snap kan.. Nampak tak hasil tangkapan kat night market, meriah tak? hehehe..

Sebelum tidur, sempat bawak Khalif lepak kat bilik Abg Yuih jap.. malam ni nak kena tidur awal sebab Subuh besok dah nak check-out dan bertolak balik.. Tengok kat bawah, meriah sebab ada Krismas celebration..Β Ye la, kan besok Krismas.. Seronok tengok diorang enjoy kat bawah dinner sambil dengar-dengar muzik & menari.. Nasib baik dalam pukul 11 malam, habis dah event.. Dapat la tidur dengan lena hehehe..

Mencari bilik Pak Cik..
“Assalamualaikummmmmmmm pak cik”
Resit booking teksi untuk ke airport pagi besok..
View dari bilik Abg Yuih krismas dinner kat bawah.. romantik, tapi tak halal la pulak.. huhu..
Sebelum tidur, kita layan dulu pulut mangga yang beli kat night market tadi.. fuhh, sedapppp!

Day 4 – Balik Malaysia

Subuh-subuh, teksi airport dah sampai.. Wow, tak sangka naik kereta MG.. ekslusif sangat ni, macam VVIP walaupun bayar cuma 350 baht @ RM40 je.. terbaik la, Love Krabi.. heheh

Terasa macam VVIP..

Overall, percutian kali ni memang best sangat-sangat walaupun sekejap je.. Kalau ada peluang dan rezeki lagi, definetely will come back, with no doubt.. Next time boleh try stay kat hotel lain pulak kat Ao Nang, Island Hopping ke Phi-Phi Island pulak, ke Emerald Pool yang cantik tu dan lain-lain tempat menarik kat sini.. Dan yang paling best, of coz la akan merindui masakan tom yam Thailand.. huhu..

-MIAQAISARAH-

Advertisements

30 comments

  1. nice entry!
    nak tanya ade x amik insurance (air asia @ other insurance), dekat krabi town tu ade jual luggage x? hahaha.. planning nk backpack tapi takut in case terbeli souvenir lebih pulak.

    Liked by 1 person

    • Thanksss 😊
      Masa pergi tu just ambik travel insurans dari AXA.. apply online je.. air asia @ flight insurance tak ambik sbb flight sejam je, lagipun pergi backpacking je so x risau sangat kalau beg hilang atau flight delay heheh..
      InsyaAllah kat sana ada je jual luggage bag, dun worry k 😊

      Like

    • Waalaikumussalam cik syamimi.. bestnya kat krabi ni, apa2 pakej yg kita nak semuanya boleh diaturkan so don’t worry k.. tak perlu naik teksi, just arrange dengan agen je.. agen2 pun ramai je kat sana 😊

      Like

  2. slm kak mia
    hehehe best entry and now tgh survey2 sbb bln july in shaa allah akn pegi sane..nnti de cutey2 lg pls update yea..seronok baca blog kak mia..

    Liked by 1 person

  3. Assalamualaikum, hai sis saya nak tanyaa kalau dari airport krabi nak ke ao nang selain teksi kita boleh naik transport lain ke? Atau memang teksi sahaja? Harga tu semua teksi sama atau boleh survay lg murah, saya ingat nak buat mcm sis 2malm ni ao nang, satu malam last day di krabi town,.

    Liked by 1 person

  4. salam.. nak tanya yang jual pakej hopping island tu buka sampai pukul brp? Insya Allah sy pun akan naik airasia mcm schedule puan. takut pula lambat sampai di ao nang agen yang jual pakej dah tutup.. perasan tak ada pakej half day hopping island phi phi island?

    Liked by 1 person

    • Harga tu per taxi 😊 pakej phi phi island berbeza-beza ikut jenis bot sama ada speed bot atau long tail boat.. lain company lain jugak harganya.. kena survey yg terbaik

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s