Travel Ke Hatyai Dengan Keretapi Thailand Yang “Old School”

Fuhh, hampir setahun dah rasanya tak update blog.. Rindunyaaa nak menulis.. Kebetulan trip ke Hatyai baru-baru ni tersangatlah awesome nya, terus jiwa ni meronta-ronta terpanggil nak berblogging semula hihihi..

Kenangan bergambar di Stesen Keretapi Hatyai bersama Auntie Thai mana ntah.. Tak sampai hati nak mintak dia bangun so pasrah je snap gambar sama-sama.. hahahaha

Actually tercetusnya idea trip kali ni sebab ada wedding kawan baik kat Kangar, Perlis.. So, alang-alang dah ke sini dan Mia Qaisara pun tengah cuti sekolah, terus plan nak lajak ke Thailand.. Lagipun, masih tak bolehΒ move onΒ dengan kelazatan makanan Thai masa bercuti ke Krabi 2 tahun lepas.. πŸ™‚

Disebabkan masa yang agak terhad, so kitorang cadang nak ke destinasi Thai yang dikira agak dekat dengan sempadan iaitu Hatyai.. Kalau drive atau naik keretapi lebih kurang 1 jam perjalanan je dari Sempadan Padang Besar.. Sebab tak nak bersesak-sesak kat imigresen sebab tengah cuti sekolah, so kitorang decide untuk naik train je dari Padang Besar..

Jarak KTM Padang Besar ke Hatyai Station.. Lebih kurang 1 jam je perjalanan..

Lepas je wedding kat Kangar, terus cepat-cepat gerak ke Arau dulu nak park kereta.. Nak parking kat KTM Padang Besar tak berapa nak percaya sangat, sebab tak sure macam mana condition nya.. So, parking kat rumah sewa anak sedara je, kebetulan dia memang belajar kat UiTM Arau.. Rasa selamat la sikit kan..

Khalif dah ready nak backpack ke Hatyai.. Ada gaya tak?? πŸ™‚

Dari Arau ni, kitorang ambik Komuter untuk ke KTM Padang Besar.. Tiket RM 3.20 je sorang.. Selesa dan sangat-sangat convenient.. Kalau drive lebih kurang sejam jugak tapi naik Komuter ni lebih kurang 20 minit je πŸ™‚

Ruang menunggu Komuter Arau sejuk ber’aircond’..
Khalif ni memang tak leh dok diam sesaat pon..
Ambik Komuter pukul 1.57 pm.. nak sampai dah tu..
Khalif ngan sepupu, Abg Akmal.. Seiras tak muka diorang πŸ™‚
Ok, train komuter nak sampai dah.. kita tunggu kat platform pulak..
Ok, naik dah.. Komuter sampai tepat pukul 1.57 pm..
Makan popcorn dapat dari rumah kenduri tadi.. Seronok Khalif..

Lebih kurang pukul 2.20 petang, kitorang pun sampai ke KTM Padang Besar terus jumpa ngan Abg Yuih.. Dia dah sampai dulu walaupun dari KL sebab dia naik flight awal-awal pagi tadi.. Landing kat Kepala Batas, lepas tu ambik Komuter jugak ke Padang Besar ni..

First time ke sini, jakun jugak la.. Sebab imigresen Malaysia ngan imigresen Thailand sebelah menyebelah je.. heheh.. Tapi tak leh nak beli tiket lagi sebab kaunter cuma bukak sejam sebelum perjalanan.. Setiap hari cuma ada 2 trip je tau.. Harga tiket pulak cuma 50 Thai Baht je sorang (Lebih kurang RM 7).. Ni jadual train:

Padang Besar —> Hatyai (9.55 pagi & 4.40 petang)*

Hatyai —> Padang Besar (7.30 pagi & 2.00 petang)**

* Refer Waktu Malaysia

** Refer Waktu Thailand

Macam model iklan Thailand tak? ;p
Depan opis jual tiket train..

So, kitorang ambik train yang pukul 4.40 petang tu..Lepas beli tiket, beratur untuk cop passport kat imigresen.. Jangan risau, kat situ jugak kaunter imigresen Malaysia dengan Thailand.. Dalam setengah jam, setel dah semuanya..

Seat ada nombor tapi sebab masa ni tak ramai orang, main duduk je mana-mana pun πŸ™‚
Bangku pun old skool tapi selesa je dengan konsep ‘open-air’ nya..
Mia n’ Pakcik Yuih..

Lebih kurang sejam je perjalanan, dah sampai ke Hatyai.. Walaupun train tersangatlah old-skool nye, tapi memang enjoy sepanjang perjalanan. Especially Khalif, tak lepas pandang kat luar menghayati view kampung-kampung kat Thailand.. Katanya nampak banyak animal hehehe.. Sim-card DTAC Thailand pun kitorang beli dalam train je, ada orang yang jual.. Alhamdulillah, lebih kurang sejam, kitorang pun sampai ke Stesen Keretapi Hatyai Junction..

Ni la pandangan koc kitorang dari luar..

Untuk penginapan pulak, kitorang stay kat Lee Garden Hotel.. Dari Hatyai Junction ke hotel ni dekat je, leh jalan kaki lebih kurang 10 minit.. Nak naik tuktuk pun boleh tapi kitorang decide nak jalan kaki je.. Sambil tu, leh singgah kedai makan dulu.. Lagipun, ni antara objektif utama ke Thailand, jalan-jalan cari makan..

Masing-masing dah tak sabar makan tomyam Thai asli..
Ni la hidangan pertama kitorang kat Thai.. yummy..
Thai Green Tea.. minuman wajib ni kalau ke Thailand..

Bila dah kenyang, kitorang teruskan perjalanan ke Lee Garden Hotel.. Booking thru Agoda dengan rate RM 190/malam untuk 1 bilik.. Total untuk 2 bilik bersambung untuk 2 malam lebih kurang RM 760.. Kalau nak tau, hotel ni pernah kena bom satu masa dulu huhu.. Ngeri tak?? Tapi sekarang dah ok, security tip top sampaikan nak masuk ke Hotel pun kena lalu scanner macam kat airport tu..

Sumber: Lee Garden Hotel Hatyai
Sumber: Lee Garden Hotel Hatyai
Sumber: Lee Garden Hotel Hatyai

Luas dan selesa bilik kat hotel ni.. So, malam tu kitorang cuma turun kat bawah urut kaki, cuci-cuci mata ngan berehat je kat bilik.. Lagipun dalam bilik ada bathtub jugak, boleh la budak-budak ni berendam puas-puas.. Urut kaki cuma 200 Thai Baht je sorang untuk sejam.. murah kan?? heheh..

Street food.. memang menggugat iman..
Udang tu sama saiz dengan peha ayam tu.. leh bayangkan tak??? huhu
Mia ngan ibu siap beli masker kat 7eleven pastu tepek kat muka sebelum tido.. hihi

2nd Day

Paginya turun breakfast kat hotel je.. Untuk Mia kena tambah 80 Thai Baht, tapi Khalif pulak free of charge.. Staff hotel ni bagitau kat sini takde sijil HALAL tapi no-pork served.. So, pandai-pandai la pilih makanan ye.. Yang mana ada ayam atau daging tu kitorang tak ambik sebab was-was..

Lepas makan terus terjun swimming pool pulak.. yeehaa!!

Lepas penat mandi-manda, rest2 dulu kat bilik pastu siap-siap keluar lunch pulak.. Kali ni try makan kat Hamid Restaurant pulak.. Boleh jalan kaki kat sebelah Lee Garden Hotel je.. Kat sini, restorannya sangat bersih, staf yang friendly fasih cakap Bahasa Melayu dan MasyaAllah makanannya memang terbaik sangat.. yummy.. πŸ™‚

Lepas dah makan, window shopping je ngan beli souvenir sikit-sikit dalam Lee Garden mall sebelum naik ke hotel dan berehat lagi.. hahaha.. santai sungguh trip kitorang kan?? Lepak makan, lepak makan je.. hehehe

Malamnya pulak, kitorang plan nak cari-cari makan kat Khlong Hae Floating Market.. Lokasi lebih kurang 6 km daripada hotel so terpaksa la naik tuktuk.. Ambik kat luar hotel je, 400 Thai Baht untuk trip pegi dan balik.. Bagusnya sebab tuktuk tu tunggu kat Floating market tu sampai la kitorang balik.. heheh.. Lagi sekali, Khalif ngan Mia la paling happy sepanjang trip naik tuktuk.. asyik pandang ke luar je.. excited la tu sebab kat Malaysia xde..

Khalif dok buat muka pulak.. aduhhh

Ni lah dia Khlong Hae Floating Market..

Bagi duit ngan ambik baki guna bakul..

Akak pembuat Maggi Tomyam..
Termimpi-mimpi lagi Maggi Tomyam ni sampai sekarang.. Terbaikkkkk!!

Malam tu pulak sambung shopping souvenir sikit ngan baju kat area sekitar Lee Garden mall je.. Khalif punyala seronok dapat baju superheroes sampai bawak ke tido malam even dah lebih sebulan balik ke umah pon.. So, Khalif dapat la 4 pasang baju (Bumblebee, Optimus Prime, Spiderman & Captain America).. Mia pulak belikan handbag yang boleh custom made letak nama sendiri.. Suka Mia dapat beg ni..

Mia pilih handbag Hello Kitty..
Penat berjalan, lepak makan aiskrim kelapa dulu..
Sedapppp..

Besoknya, lepas breakfast kat hotel, kitorang pun siap-siap nak balik ke Malaysia.. Abg Yuih ambik direct flight Hatyai – KLIA.. kitorang pulak, naik train tengah hari balik ke Padang Besar.. So, macam tu la serba-sedikit experience travel ke Hatyai dengan menaiki train yang old-school tapi best.. Trip kali ni memang santai dan penuh dengan lepak makan je.. InsyaAllah boleh repeat lagi nanti.. hehehe..

Bergambar kenangan dengan anak sedara kat umah sewa dia sebelum kitorang gerak balik ke KL.. Jumpa lagi Akmal.. Belajar rajin-rajin k..

-MIAQAISARAH-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s